January 25, 2010

Pro Kebajikan ubah pendekatan, guna nama ‘Mahasiswa Pendidik’ dekati mahasiswa

Tanjong Malim, 25 Jan. – Kumpulan Pro Kebajikan yang menjadi sebutan ramai warga UPSI selepas gelombang baru Pilihan Raya Kampus tahun lalu mengaku menggunakan nama ‘Mahasiswa Pendidik’ dalam kempen PRK kali ini.

Ketua Penerangannya dalam kenyataan ringkas yang dihantar ke UPSIkini lewat tengah hari tadi mengatakan nama ‘Mahasiswa Pendidik’ digunakan berdasarkan perbincangan bersama Majlis Tertinggi Pro Kebajikan bagi memberi nafas baru kepada kumpulan tersebut.

Nama ‘Mahasiswa Pendidik’ dipersetujui untuk dijadikan ‘tagline’ kita pada kali ini kerana nama tersebut mempunyai maksud yang lebih mendalam dan merupakan satu usaha membentuk pemikiran baru mahasiswa UPSI di samping meletakkan tanggungjawab menjaga kebajikan pelajar sebagai tunjang perjuangan kita,”ulas beliau.

Tambahnya,”dengan penjenamaan baru ini, diharapkan mahasiswa akan lebih ke depan bersama kami, terutamanya selepas PRK ini nanti".

Terdahulu, beberapa sumber melaporkan wujud persamaan dalam cogan kata beberapa calon yang bertanding dalam PRK kali ini.

3 comments:

Anonymous said...

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

*Nukilan SN Dato Usman Awang

P/S: Jika hari ini ada pemimpin 'bitara', sejarahnya dimulakan dengan 'pendidik' yang bergelar seorang guru...

Anonymous said...

saya sokong 'mahasiswa pendidik' sesuai dengan status kita sebagai mahasiswa yang akan mendidik.. 'pimpinan bitara' mungkin tak berapa sesuai dengan keadaan kini,seolah2 kelihatan seperti gilakan jawatan dan hanya ingin berada diatas. kene cari tagline lain yg lebih sesuai...

p/s:Pro-mahasiswa pendidik (sedap juga)

Anonymous said...

Saya mencadangkan agar pro mahasiswa selalu mengadakan rapat umum agar kekuatan dapat dilihat oleh para pelajar. Lancarkan kempen kesedaran serta idea-idea ynag bernas bagi perjuangan upsi. Jangan mengambil skop yang terlalu luas. Agar objektif dapat dicapai. Gunakan segala kekuatan yang ada. Saya juga mencadangkan diadakan konvoi moto kekolej-kolej.