Tanjong Malim, 21 Januari - UPSI merupakan antara IPT yang menjalankan PRK lebih awal berbanding kampus-kampus lain seluruh negara pada sesi lepas . Namun pada kali ini, UPSI dikatakan antara IPTA yang dipantau dan menjadi perhatian dan dimasukkan di bawah zon panas setelah 8 calon pro-kebajikan menang pada sesi lepas.
PRK UPSI pada kali ini dijalankan serentak dengan kampus-kampus besar lain termasuk UM, UPM dan UKM. Menurut jangkaan, akan berlaku pertembungan hebat dalam PRK kali ini dan hal ini menyebabkan UPSI diletakkan serentak dengan tarikh pemilihan bagi kampus panas yang lain seperti UM.
Tinjauan yang dibuat melihat kepada pola sokongan masyarakat kampus UPSI terhadap calon yang berpegang kepada ideologi Aspirasi dilihat makin menurun. Meskipun perkara ini dinafikan pihak HEP yang berusaha menghapuskan corak pertandingan yang dinaungi kumpulan tertentu, namun hakikatnya pemerhatian sokongan kepada Aspirasi tetap dibuat. Rata-rata mahasiswa di sini beranggapan bahawa pasti ada calon-calon yang cenderung kepada ideologi tertentu walaupun tidak dapat dikesan secara zahir.
PRK UPSI merupakan antara PRK yang menggunakan sistem e-voting dalam proses mengundi.
3 comments:
dok sibuk pmlhn.gile kuasa je korg ni.mslh student yg kecil spt kelewatan ptptn pun xleh bantu.sume membisu.sama je kualti ke kebajikan ke.hampeh..sekarang isu pemotongan ptptn yg xselaras.ada yg dpt baki rm2013 ada yg dpt baki 2017 yg dpt sampai 2200 pun ada apa cite?korg berani bersuara ke?jgn nak tunjuk jaguh kt sini je.time pemilihan je.bantu la student.bkn dok gile kuasa!
UPSIKINI, minta jasa baik beri liputan terpantas untuk PRK kali ni. Walau pihak2 yang dicucuk hidung mereka itu mengecam kewujudan anda, kami sebagai Mahasiswa yang mampu menggunakan minda yg bijaksana yakin akan kesahihan liputan anda.
Teruskan menjadi suara alternatif MAHASISWA!!!
ha3.komen aku xberani nak keluarkan?
Post a Comment