Daripada 15 kerusi yang diadakan pengundian, 5 adalah kerusi umum di mana 3 daripadanya dimenangi Pimpinan Bitara dan kedua-dua calon yang dihantar Mahasiswa Pendidik menang dua kerusi tersebut.
Bagi kerusi Fakulti Bahasa, kedua-dua kerusi dimenangi calon Mahasiswa Pendidik yang menyaksikan pertembungan 4 calon – 2 daripada Mahasiswa Pendidik dan 2 Pimpinan Bitara. Kerusi tersebut pada sesi sebelum ini dimenangi calon Pimpinan Bitara dengan kemenangan tanpa bertanding.
Di Fakulti Perniagaan & Ekonomi (FPE) dan Fakulti Seni & Muzik (FSM) pula, calon Pimpinan Bitara bertanding sesama sendiri dan menguasai kesemua kerusi yang dipertandingkan apabila tiada calon yang dihantar Mahasiswa Pendidik.
Bagi Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK) calon Mahasiswa Pendidik dan Pimpinan Bitara masing-masing menguasai satu kerusi dengan pertandingan 2 lawan 2.
Manakala Fakulti Sains & Teknologi pula, satu-satunya calon Mahasiswa Pendidik menang satu daripada 2 keusi yang dipertandingkan. Calon Pimpinan Bitara juga berjaya merampas satu kerusi tersebut yang sebelum ini dikuasai Pro Kebajikan menjadikan kedudukan di kfakulti tersebut 1 Mahasiswa Pendidik dan 1 Pimpinan Bitara.
Daripada keseluruhan keputusan pengundian yang diadakan hari ini, Mahasiswa Pendidik berjaya mendapat 6 kerusi manakala Pimpinan Bitara 9 kerusi.
8 comments:
TAHNIAH
KEPADA PEWAKILAN YANG MENANG!
TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB ANDA SEBAGAI PEMIMPIN!
JALANKAN JANJI-JANJI YANG TELAH DITABURKAN!
JANGAN JADI 'IKUTAN' HEP
GUNAKAN HAK ANDA SEBAGAI PEMIMPIN MAHASISWA!
BUKTIKAN KEPADA MALAYSIA, BAHAWA UPSI ADALAH YANG TERBAIK DARIPADA YANG TERBAIK!
TAKBIR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Alhamdulillah..
PRK kali ini menampakkan kematangan mahasiswa dalam menilai pemimpin yang dikehendaki. Peratusan bilangan yang mengundi juga telah meningkat. NC juga menyatakan PRK kali ini lebih aman berbanding yang sebelumnya. Besar harapan kami mahasiswa yang ingin melihat perubahan yang dibawa oleh saff kepimpinan MPP pada kali ini. Diharap barisan MPP pada kali ini lebih diplomasi dalam merencana agenda2 yang ingin dibawa. Lihatkan kesatuan anda. Jangan ada lagi persengketaan. Anda adalah suara kami. Tak kira mahasiswa pendidik ataupun pimpinan bitara. Masing-masing perlu tunjukkan sikap profesional.
Wassalam.
sedikit analisis kekalahan calon mahasiswa pendidik fakulti sains sosial & kemanusiaan:
bannner & poster merata-rata.
gantung pula tempat strategik.
rakan seprogram sehingga 500org.
rakan sekuliah 100 lebih.
berjawatan di kolej kediaman.
persoalannya:
mengapa kalah?
mana pergi undi 500 rakan seprogram dan sekuliah?
mana pergi undi penghuni rakan kolej kediaman?
mana pergi undi mereka yg melihat banner & poster beliau?
jika diamati, calon ini paling kurang boleh mendapat paling kurang 500 undi. tetapi mengapa kalah?
1. calon ditolak oleh mereka yg mengenali peribadi.
2. calon x popular, hatta dikalangan rakan.
kesimpulan: calon tangkap muat? atau mahasiswa pendidik ditolak oleh mahasiswa upsi?
skang masa untuk bekerja..cukup2 la menuduh ..ingat sebagai pemimpin..anda akan dipersoalkan tentang tanggungjawab anda kelak di depan Rabbul Jalil..ketepikan persengketaan utamakan kebajikan
Aku jangkakan kabinet UPSI akan diketuai oleh YDP yang menang tanpa bertanding lagi. Sama macam yang lepas.
Aduh, tak bestlah macam ni. Tak teruji dengan undi.
Bolehkah yang perempuan pula jadi YDP?
respon untuk anonymous yg ketiga:
bagus jg anda ni bersifat analisis, namun..terdapat kedangkalan anda dalam menganalisis,
adakah 500 org teman seprogram, 1000 penghuni kolej, yg melihat banner beliau tu ambil cakna dengan PRK?
aku yakin jika jawapan diatas 'ya'. maka beliau akan menang. Tetapi disini, rata2 mereka tidak cakna. Undi main pakai tekan.
Jika nak menganalisis sila buat soal selidik. baru nampak konkrit. siap keluarkan andaian kg kat bwh. ish2 buduh sungguh anda ni.
untuk anonymous ketiga..mahasiswa pendidik menang satu kerusi di fakulti FSSK..Noranoo..tolong semak fakta..sebelum terserlah kepandiran kamu..kalu kaji kenapa mahasiswa pendidik kalah disitu kena kaji sama mengapa pimpinan bitara juga kalah disitu..
mahasiswa pendidik kalah di FSSK.hakikatnya mereka kuasai 2 kerusi pada PRK lalu.kini tinggal 1.kalah tetap kalah
Post a Comment