January 9, 2010

Mahasiswa kecewa gereja dibakar

Tanjong Malim, 9 Jan - Mahasiswa UPSI melahirkan rasa kecewa terhadap peristiwa kebakaran di beberapa buah gereja kelmarin. Menurut bendahari Persatuan Pendidikan Islam (PPI), Ahmad Farid Mohamad, perkara ini perlu diambil serius oleh pihak yang bertanggungjawab kerana ia boleh membawa banyak kesan buruk.

“Saya mengharapkan agar pihak berkuasa dapat menyiasat perkara ini dengan lebih teliti. Kita tidak perlu menuduh sesiapa kerana kita takut jika ianya merupakan satu provokasi untuk membuat satu pertembungan antara Islam dan Kristian.

“Kita mahu perkara ini diambil serius oleh semua pihak terutama pihak yang bertanggungjawab. Perkara seperti ini boleh menimbulkan sensitiviti agama dan perkauman yang sekaligus bertentangan bukan sahaja dengan syariat Islam malah juga bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia,” katanya.

Ketika ditanya apakah nasihat dan jalan terbaik dalam menangani isu ini, beliau menyarankan agar kita semua kembali kepada sirah Nabi Muhammad S.A.W. beliau juga menyarankan agar mahasiswa sama-sama berdoa agar perkara ini dapat diselesaikan dengan baik.

“Kita perlu kembali kepada sirah Nabi S.A.W, di mana baginda begitu berhikmah dalam menyelesaikan segala isu. Saya berpendapat sebenarnya isu Kalimah Allah yang timbul baru-baru ini boleh diselesaikan dengan baik dan bukannya dengan tindakan-tindakan yang boleh mencetuskan provokasi. Sebagai mahasiswa, marilah kita sama-sama berdoa supaya perkara ini dapat diselesaikan dengan baik dan tenang,” tambahnya lagi.

Semalam, satu diskusi telah diadakan bagi membincangkan penggunaan kalimah Allah yang dianjurkan bersama oleh Pejabat Naib Canselor UPSI dan Penyandang Kursi Tun Ghafar Baba dengan kehadiran yang memberansangkan.

10 comments:

Anonymous said...

saya sokong..kita perlu menggunakan akal fikiran yang jelas bagi menangani isu seperti ini kerana jika tersilap langkah ia akan merugikan dan mungkin akan membawa bahana yang besar kepada kita umat islam.sokong farid..cayokkk

Anonymous said...

Apasal la g bakar gereja tuh, pegi la bakar sampah ke apa ke elok juga. Susah la.....

ukashah said...

membakar tempat ibadat agama lain satu perrkara yang di tegah dalam agama..ia tidak pernh diajar oleh Nabi MUhammad. sekiranya yang membakar adalah islam, dia tidak belajar apa islam itu sebenarnya. islam meletakkan akal dihadapan nafsu. sekiranya meletakkan nafsu dihadapan,maka ia akan bercelaru.

sekiranya yang membuat satu provokasi untk menjatuhkan islam, AWAS..kerana umat islam akan bangkit.

namun,saya secara peribadi menentang keras pembakaran gereja tersebut

Anonymous said...

sy takot yg bkr gereja 2 bkn umat islam tp ada bangsa yg nk bg islam n kristian bgaduh...itu yg kita tkot..ada negara yg tgu msa saja lau kita xaman akan masuk campur...kerajaan tlg la btindak tegas n pkr kn apa yg patut anda ptahankan..jgn tlalu blembut akhr skali rosak negara...kami syg negara kami n agama kami...

Adam Brown said...

Salam.

Kalau ikut sejarah (sejarah Islam pun ada mengisahkan), 4 kitab yang diturunkan itu datangnya dari tuhan yang satu.

Cumanya, perbezaan berlaku dalam konteks siapa nabi dan rasulnya serta pegangan akidahnya.

Jika keempat-empat percaya kepada tuhan (Allah), mengapa ada golongan yang sensitif apabila nama itu digunakan. Sedangkan penggunaannya sudah berlaku sejak berabad lepas.

Saya rasa tindakan segelintir individu yang melampau sangat tidak bijak. Saya juga berharap agar mahasiswa/wi UPSI yang terdidik ini tidak buta sejarah dan tidak sentimen dengan apa yang berlaku.

Jangan kiranya kita terus sahaja membuat satu kesimpulan yang negatif dengan perkara ini.

Sekian
Wassallam

Anonymous said...

mcm la umat islam yang lakukan.. jangan main sebut je saudara di atas.. ada bukti ke..?/ kalau ada bukti .apasal tak serahkan pada polis je.huh..!!

Anonymous said...

aku pelik gan adam brown ni....asyik nk agp umat islam ni ganas ja...tali barut ka apa ka...jgn nk tunjuk baik sgt la...ko ni agama apa...ko tau tau ke apa hal yg sbenarnya asyik2 nk tduh segelintir umat islam ni kejam...tah2 yg bakar 2 bkn umat islam tetapi dalang yg nk mgeruhkn lg keadaan hub agama antara satu sama ln...mmg la islam xmgalakkn kganasan..aku pn sokong jgn bkr tmpat ibadat agama lain..tp jgn nk tduh org islam klu ko islam ko letak mna agama ko...jgn trus mnuduh fitnah 2...mcm saudara ukashah aku sokong apa yg ko ckp..jgn asyik tuding jari trus kpda umat islam...kita tdk tahu inn pmainan siapa...

Anonymous said...

bakar la sate..ni bakar rmh ibadat.tmpat suci agama kristian.apa reaksi seluruh dunia andai berita ini tersebar dgn mluas???sapa yg malu?kita juga,rkyat msia yg slama ni terkenal di mata dunia dgn keharmoniannya wlaupun brbeza bangsa dan agama..susah la mcm ni.

Adam Brown said...

Salam

Sempitnya pemikiran. Orang kata lain dia kata lain.

Saya orang Islam dituduh tali barut.

Aduhai,
Susahnya terima kenyataan. Susahnya berfikiran terbuka. Susahnya berfikiran positif.

teruskan berjuang saudara.

Wassallam:)

Anonymous said...

Setiap perbuatan ada balasannya..