January 4, 2010

Kursus Kepimpinan Siri -3 , peserta pertikai 8 muka baru


Tanjong Malim , 4 Disember - Peserta kursus kepimpinan dihadiri bakal calon PRK mempertikai 8 muka baru di Kem Kepimpinan Siri-3 baru-baru ini. Dilaporkan dari 55 peserta terlibat terdapat 8 peserta baru yang tidak pernah ke Kem Kepimpinan Siri 1 dan 2 sebelum ini.

Menurutnya, pihak JHEPA tidak adil dalam menguruskan program dan dimana integriti mereka berhubung isu ini. Adakah patut mereka yang hanya sekali ke kem dibenarkan untuk menjadi calon sedangkan yang lain terpaksa menempuh 3 kem berturut-turut.

Tindakan JHEPA membenarkan calon yang tidak mengisi borang menghadari kem menunjukkan wujud cubaan untuk mempermainkan mahasiswa dengan menyusun calon tajaan mereka agar bertanding dengan laluan mudah. "Kalau mereka membenarkan individu yang tidak ke kem kepimpinan siri 1 dan 2 menyertai siri 3, lebih baik JHEPA buat sekali sahaja, tak bazir duit yang boleh digunakan untuk kebajikan pelajar, kalau mereka boleh manipulasi hal ini, aku tak percaya PRK kali ini telus dan benar-benar demokrasi”, kata seorang peserta yang ditemui pagi tadi.

Seorang peserta yang ditemui pagi tadi menyatakan bahawa, tindakan JHEPA tidak sepatutnya berlaku , dan ini menggambarkan sesetengah pihak pentadbiran JHEPA tiada integriti dalam menguruskan Pilihan Raya Kampus sekaligus meruntuhkan demokrasi kampus dan menutup ruang politik kampus yang telus dan adil.

Katanya, kemungkinan berlaku pihak JHEPA akan memanipulasi borang calon pada PRK akan datang dengan meletakkan syarat sekurang-kurangnya sekali menyertai kem atau syarat itu tidak dimasukkan terus. Kita tidak boleh percaya pada orang-orang sebegini menguruskan PRK, kami akan mengemukakan bantahan dan jika terdesak kami akan menghantar surat kepada Naib Canselor berhubung isu ini”.

Menurut sumber, tindakan membawa 8 calon baru kem kepimpinan siri-3 ada kaitan dengan kegagalan beberapa peserta yang ke kem sebelum ini memenuhi syarat calon dimana keputusan peperiksaan mereka kurang dari 3.0 dan digantikan muka baru.

PRK UPSI dijangka berlangsung dalam masa terdekat dan akan menyaksikan pertembungan hebat demokrasi kampus antara calon-calon bertanding.

14 comments:

Anonymous said...

Sokong 100%. kami mahasiswa inginkan bakal MPP kami mempunyai integriti. Kami berharap siapa yang tidak melengkapkan 3 kem ini kalau tidak malu untuk tidak bertanding walaupun syarat nanti menyatakkan boleh bertanding kalau menyertai mana-mana satu kem..Kami berharap supaya bakal MPP kami telus dan bersih je bertanding...Ini suara kami...

Anonymous said...

pilih pemimpin yang berkualiti... Islam meletakkan syarat pemimpin yang berkualiti. Jika kita suka2 memilih pemimpin, maka dikhuatiri pimpinan organisasi adalah buruk. jangan jadi seperti kepimpinan lepas di mana YDP pun tak berkualiti...

Mantapkan kepimpinan diri. Patut sertai ketiga0tiga bengkel...

Anonymous said...

memilih pemimpin yang berkualiti. Mengikut kempimpinan Islam. Mantap pemimpin, maka organisasi yang dipimpin terbaik.

Semua calon mesti pergi ke ketiga-tiga bengkel kepimpinan. Ni main masuk bila dah takde calon. Jangan jadi macam kepimpinan lepas. YDP pun takde kreadibiliti kepimpinan...

Anonymous said...

salam...alahai penulis blog ini seakan-akan takut dengan kehadiran 8 org muka baru itu...kenapa anda timbulkan isu ini...dan jika anda rasa anda dipihak yg benar teruskan perjuangan dan bukannya awak menyerang pijhak-pihak yang berkaitan...org yg benar tidak takut kpd pekara yg benar selagi dia merasakan ianya benar...ingat awak bukan mudah untuk menjadi pemimpin dan hal ini akan dituntut...apa salahnya jika kedua-dua pihak ini duduk semeja dan berbincang apa sebenarnya matlamat dan tujuan dalam kepimpinan mereka dan bukannya menyalahkan mana2 pihak...jadi kepada semua calon2 yg akan bertanding jgnlah kamu terus menyalahkan anatara satu sama lain tp kamu berbincanglah utk kebaikan semua pihak dan pelajar...

Raja Hasbullah said...

Hari tu dalam program BTN ada slot Integriti..

Aku tak faham ape yang HEP faham pasal integriti..

Aku jugak x faham ape yang HEP faham tentang konsep keadilan..

Wahai HEP.. jangan buat taik..

Hang ajar orang berjalan betol tapi hang sendiri jalan mcm minah mabuk..

Sama la dengan anak2 taik hang dalam SMU tu..

yang terbaru anda beranak anak luar nikah dalam Sekatariat Rukun Negara..

Anonymous said...

Ini soal integriti.bukan soal LAIN..kAMI MAHASISWA INGIN TAHU KENAPA 8 orang baru tiba tiba masuk kem ke-3..kami ingin kenyataan daripada mereka dan kami mahasiswa ingin UPSIKINI siarkan nama 8 orang itu supaya semua mahasiswa dan mahasiswi UPSI tahu siapakah 8 orang yang masuk tiba-tiba..

Anonymous said...

kata-kata yg sangat kesat bagi seorang pendidik wahai raja hasbulah..ko nampak je mcm baik n bagus.tapi hakikatnya sama je..ak tengok sekretariat rukun negara ok je tp ko timbulkan fitnah..sedarlah wahai raja hasbulah, sekiranya ini adalah fitnah, ak sebagai exco dalam SRN doakan moga-moga ko dapat berfikir lebih waras lagi sebelum mengeluarkan hujah.usah membuat fitnah mengenai SRN.sesungguhnya fitnah itu lebih berbahaya daripada membunuh..renung2kan

Cik Eija said...

Salam...Saudara Raja Hasbullah...
Di mana nilai budi dan maruah anda sebagai mahasiswa? Anda & sesiapa sahaja mmg berhak bersuara & menyatakan pandangan mahupun luahan rasa. Namun, tutur kata & budi bahasa jgn dilupa. Malu 'kita' sebagai bakal pendidik jika orang luar melihat & menilai diri 'kita' sebagai insan tinggi ilmu tp 'cetek' budi bahasa & bicaranya. Saya cadangkan lebih baik anda & sesiapa sahaja yang tidak berpuas hati berhubung terus dengan pihak HEP untuk mendapatkan penjelasan sebelum membuat sebarang tafsiran dan menghukum pihak tertentu tanpa ada kesahihan maklumat daripada sumber yang betul. Itukan lebih baik. "RENUNG-RENUNGKAN & SELAMAT BERAMAL"

pemelihara cahaya said...

KAMI MAHUKAN KEADILAN!!!

jangan pandai berkata2 tetapi tidak mengamalkannya..

Anonymous said...

hal ini pun nak dipertikaikan....saudara raja hasbullah,sy rasa anda tidak layak untuk bergelar pendidik mahu pun mendapat tempat utk mengajar..ini kerana bg sy bahasa yg anda gunakan tidak menunjukkan anda sebagai seorg bakal pendidik...atau pun anda ni langsung tak layak bergelar warganegara malaysia...ni lah dia ibarat menderhaka kepada ibu yang telah melahirkan kita kedunia...org dah bg tmpt blaja,dah bg bantuan kewgn,bg segl kemudahan yg diperlukan..tp ckp mcm2..tak reti nak berterima kasih...sudah lah...ingt2 lah sikit kita dok katne...fikirkanlah mcm mn nak majukan negara...bkn nak hancurkan negara....

Anonymous said...

Huhuhu...telus & bersih ekk..
Manifesto yg korang utarakan terlaksana ke x????
Jgn jadikan agama perkara utk korang main-mainkan...
igt la, Amanah yg diberi akan disoal di akhirat kelak....
jgn salahkan stu sma lain sedangkan keburukan dkt dri kt x tgk....
Cb lihat ape korang bt utk kebajikan semua mahasiswa..!!!

Anonymous said...

Kami Mahukan Keadilan

HEP tolong tarik balik 8orang yang tidak mengikuti kem 1&2 tersebut. Jika mereka-mereka ini meneruskan usaha mereka untuk masuk bertanding, jangan salahkan mana-mana pihak jika mereka mendapat malu atas kesilapan pihak HEP sendiri. Bersifat jujur dan telus adalah penting dalam melahirkan pemimpin yang berwibawa..

Kami Menyokong HEP yang TELUS

Anonymous said...

thah la nk cakap per...
xpaham la ngan kita punya sistem pengurusan di upsi ni...

Anonymous said...

kami nak keadilan ditegakkan..upsikini kami minta anda siarkan nama sapa yg 8 orang itu supaya nampak ketelusan...biar semua mahasiswa tahu sapa 8 orang tu