January 14, 2010

JHEPA belum umum Pilihan Raya Kampus


Tanjong Malim, 14 Januari – Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) UPSI sehingga hari ini dilaporkan masih belum mengumumkan tarikh sesuai untuk adakan Pilihan Raya Kampus (PRK), berikutan tamatnya tempoh setahun perkhidmatan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sidang ini pada 8 November 2009.

Desas-desus sebelum ini mengatakan PRK berkemungkinan akan diadakan pada Oktober atau awal Januari ini bagi memilih barisan baru MPP nyata tersasar. Namun timbul juga cakap-cakap mengatakan PRK berkemungkinan diadakan pada minggu hadapan.

Pihak HEP telah menggunakan kaedah yang sama sebelum PRK diadakan dengan meletakkan pra syarat supaya semua calon yang berminat untuk bertanding perlu menghadiri 3 siri kursus bagi melayakkannya membeli borang pencalonan seterusnya bertanding dalam PRK.

Namun sehingga minggu ini, pengumuman berkenaan tarikh PRK tersebut masih belum dikeluarkan. Hal ini merumitkan mahasiswa yang berpersatuan membuat perancangan.

Menurut pimpinan persatuan ditemui semalam, ”tindakan JHEPA kurang bijak kerana lambat mengumumkan tarikh PRK, semester lepas bila kami nak buat program pada Oktober dia tidak bagi dengan alasan PRK, kemudian semester ini kita nak buat program pada hujung Januari juga tidak dibenarkan, ini menyusahkan kami merancang program dan terpaksa berkali-kali menunda tarikh aktiviti kami”, katanya.

Sementara itu, sumber dalaman turut memaklumkan pihak HEP telah mempunyai tarikh sebenar namun masih belum diumumkan kepada mahasiswa.

Dalam perkembangan berkaitan, PRK yang bakal berlangsung di UPSI dijangka akan menyaksikan pertembungan besar antara dua kumpulan utama seperti PRK sebelum ini.

Pro Kualiti yang dahulunya dikenali sebagai kumpulan aspirasi pada ketika ini dikatakan telah menjalankan kempen kecil-kecilan dalam menonjolkan muka-muka yang bakal bertanding dalam PRK kali ini.

Pro Kebajikan pula dilaporkan masih belum menumpukan sepenuh perhatian kepada PRK yang bakal berlaku kerana belum menetapkan sama ada akan menghantar calon untuk bertanding ataupun tidak. Namun, Pro Kebajikan dikatakan sudah menerima tawaran beberapa calon yang mahu bertanding atas nama kumpulan tersebut.

Walau bagaimanapun, PRK UPSI bakal mengukur kematangan mahasiswa dalam menentukan calon pilihan mereka dalam siri kempen yang dijalankan menjelang tarikh pembuangan undi yang masih menjadi teka-teki di kalangan pengundi di sini.

8 comments:

Anonymous said...

Tarikh pilihanraya kampus bila ya...kami sebagai mahasiswa nak juga syarat MPP wajib menghadiri kursus dilaksanakan di semua kerusi di pertandingkan termasuk di kerusi etnik..saya mengharapkan calon yang layak semua berkualiti

Anonymous said...

Saya menyarakkan agar prokebajikan terus melancarkan kempen saraf untuk mengekang pro kualiti ini. Saya yakin bahawa peruntukan kali ini paling sedikit dalam sejarah pilihanraya kampus. Gunakan peluang ini. Gendang perang telah lama berbunyi. Sebarkan kekuatan anda kepada semua. Mungkin pro kualiti mahu tunggu dah lihat. Tapi saya percaya bahawa tektik ini tidak akan berjaya kerana terlalu banyak isu dan kepincangan sekarang. Gunakan apa yang anda pelajari untuk mendekati mahasiswa. Percaya dengan diri. Satu lagi ialah bina hubungan yang mantap dengan universiti lain untuk merangka strategi.Insyaalah kemenangan pasti berpihak kepada kita.


Pemikir kecil

sang cinta said...

PRK!! PRK!!

HEP CEPATLAH UMUMKAN TARIKH..
KAMI TIDAK SABAR UTK BERPERANG NIH..

Anonymous said...

Jom kita pakat hukum pentadbiran UPSI......... Saksikalah dalam prk kali ini. Rasanye hepa dah tak lena tido la.

Anonymous said...

Tarikh PRK insyaalah dalam minggu depan atau satu lagi...

Anonymous said...

Siapa pun jadi YDP MPP sama aje. Semangat berjuang masa nak PR. Bila sudah pegang jawatan suara pun tenggelam jadilah kerbau dicucuk hidung. Kalau melawan nanti tak dapat posting pulak.. itulah hakikat MPP UPSI, ada ke takde rasanya sama aje, sekadar nak ada MPP.

"Jalan-jalan dipekan Taiping, singgah sebentar di Cangkat Jering, tiap kali PR isunya posting, isu-isu lain tak nampak penting"

"Jawatan didahulukan, Posting diutamakan."

Anonymous said...

dpli leh mngundi ke x? kalu blh, aku nk join gak guling kualiti nih..

Anonymous said...

Kalau Kualiti @ aspirasi menang kita pasti akan posting. Jadi undilah aspirasi..penjamin masa depan posting= Ini ayat biasa PRK...UPSIKINI ambil perhatian statement biasa ini..menakutkan pelajar untuk mengundi calon sebenar