January 23, 2010

“Jangan Permainkan Kami sebagai Mahasiswa”

Tanjong Malim, 23 Jan- Rata-rata mahasiswa UPSI menyatakan rasa kekecewaan dan kesal dengan sikap pentadbir di Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang seolah-olah ingin mempermain serta memperkecilkan peranan mahasiswa.

Menurut Ketua Penerangan Pro Kebajikan, pada awal-awal pilihanraya kampus (PRK) untuk tahun ini pihak HEP sudah mula menunjukkan sikap tidak profesional mereka dan memperbodohkan mahasiswa di UPSI.

“Awal-awal lagi pihak HEP telah membenarkan calon yang tidak layak untuk ke kem. Bukan itu sahaja, mereka dibenarkan bertanding dan ada diantara mereka yang sudah menang tanpa bertanding di kerusi fakulti. Bagaimana perkara ini berlaku? Apabila ada calon yang bertanya tentang hal ini, pihak HEP seolah-olah mengelak untuk menjawab persoalan tersebut.

“Saya dan rakan-rakan selaku mahasiswa begitu kecewa dengan sikap ini. Kita tahu ada segelintir pegawai HEP yang berpakat untuk memperbodohkan kami sebagai mahasiswa tapi pegawai-pegawai tersebut perlu ingat, suara kami adalah suara majoriti dan kami akan mengembalikan semula semangat ‘student power’,” tambahnya.

Apabila diajuakan apakah pihak HEP ditekan atau dipaksa oleh pihak lain, beliau berkata perkara itu tidak mustahil kerana suasana politik sekarang seolah-olah memaksa pihak yang ditekan melaksanakan seperti lembu yang dicucuk hidung.

“Kami cukup risau jika tindakan yang diambil HEP ini adalah tindakan paksaan. Sebab itulah kami katakan pihak HEP tidak profesional. Kami dapat rasakan ada suatu yang tidak kena dengan tindakan HEP kali ini kerana mereka sudah menunjukkan ketidaktelusan mereka sebelum bermulanya kempen PRK lagi.

“Kami selaku mahasiswa yang prihatin ingin menyatakan kekesalan kami di sini atas tindakan tidak profesional HEP ini. Kami berharap mahasiswa sedar dan jalankan tanggungjawab dengan sebaiknya. Kepada calon-calon yang ‘di taja’ terbabit, kami mengharapkan agar anda malu. Kami ingin ingatkan bahawa suara kami takkan pernah padam walaupun kami sudah tiada,” katanya lagi.

Sebelum ini, pihak HEP telah membenarkan beberapa calon yang tidak terlibat dalam kem MPP siri 1 dan 2 untuk terlibat dalam kem MPP siri 3. Perkara ini menimbulkan keraguan dalam diri calon-calon yang lain dan menyatakan ketidakpuasan hati mengenai perkara terbabit. Namun ianya diabaikan oleh HEP dan yang lebih menyedihkan pihak HEP telah membenarkan mereka menjadi calon PRK pada kali ini.

5 comments:

Anonymous said...

Truskan perjuangan,,
tunjukkan suara mahasiswa lebih kuat dr suara HEP..
...kmi sokong anda..

Anonymous said...

Hahahaha...pdan muka ko..huhuhuhu...

Anonymous said...

Salah satu strategi utk menang...

Anonymous said...

kamu semua baru tau kee...hehe...HEP upsi memang gituu..suka main2kan pelajar

Anonymous said...

tak best PRK UPSI calon aspirasi haprak.. tak da mandat buat malu jek bertanding...tambah2 yg tak ikut kem nampak sangat dah ad kumpulan yg mencaturkan semua ni. muzakkir afiq masuk kem mase siri 1 tanpa ada keputusan peperiksaan, sedangkan itu salah satu syarat kalu nk masuk kem siri 1. tolong la rasa malu.. jgn rasa bangga sangat..