January 26, 2010

Isu 'posting', TNCA cadang mahasiswa pendidik jumpa BSM

Tanjong Malim, 26 Januari - Timbalan Naib Canselor Akademik Prof Dr Zakaria Kasa menyarankan agar seluruh mahasiswa pendidik mendengar sendiri penjelasan dan bertanya soalan kepada wakil Bahagian Sumber Manusia (BSM) Kementerian Pelajaran Malaysia akan hadir ke UPSI dalam masa terdekat.

Beliau ketika dihubungi oleh mediawan UPSIkini menjelaskan bahawa UPSI telah bertemu dengan Timbalan Setiausaha Bahagian Sumber Manusia, KPM dan dikatakan ada wakil MPP dalam perbincangan tersebut. Namun menjadi tanda tanya kenapa wakil MPP tersebut tidak tampil untuk menjelaskan penyelesaian dan status isu tersebut.

Dalam hal berkaitan TNCA turut menyarankan kepada seluruh mahasiswa agar membuat persediaan secukupnya untuk menjadi pendidik, katanya "Siapkan diri dari segi pengetahuan umum selain pengetahuan teknikal pengkhususan. Saya malu apabila diberitahu pelajar UPSI gagal menjawab soalan mudah seperti apakah ibu negeri Perlis ? Jawapan yang diberikan ialah Arau? Ada pelajar yang tidak tahu siapakah Naib Canselor UPSI , bukankah ini memalukan!"

Menurut beliau , "Saya rasa untuk mengetahui lebih detail lagi tentang isu penempatan ini, lebih baik dengar sendiri daripada pegawai Bhgn Sumber Manusia KPM yang akan datang pada hari terbuka Kolej Za'ba."

Wakil mahasiswa pendidik Mohd Zahar Mohamed Nor menyatakan persetujuan dengan kenyataan TNCA dan menyokong penuh agar mahasiswa pendidik turun untuk bertemu dan bertanya sebarang keraguan kepada wakil BSM KPM yang akan hadir pada hari terbuka Kolej Za'ba.

Isu penempatan menjadi isu hangat mahasiswa lantaran dakwaan penempatan mahasiswa pendidik ikut kekosongan yang dinyatakan Tim. Menteri baru-baru ini dan dilihat masih belum mendapat jawapan konkrit untuk menyakinkan seluruh mahasiswa pendidik Universiti Pendidikan Sultan Idris.

5 comments:

Anonymous said...

Razik ada membei kenyataan kepada penyokong-penyokong pihak mereka berkenaan isu posting. Mungkin dia salah seorang wakil MPP yang tahu berkenaan isu itu, namun cuba mendiamkan diri dan mengambil kesempatan memberi kan isu itu dibawa sebagai manifesto calon umum mereka iaitu Shaiha.... Licik...licik sgt pimpinan bitara ni.

Anonymous said...

bukan licik tp ada sebab kenapa dia berdiam diri. mungkin dia xtau. fitnah kot korang ni..

Anonymous said...

korang ni asik sibuk dgn posting.. kalau u all mmg betul2 bagus posting ni no isue apa..takkan perjuang MPP ni setakat pada posting jer.. byk lagi isu.. yg tu tak pulak ambik tahu..

baru semester 2 dah sibuk pasal posting.. bukan nak sibuk pasal PNGK ke? apa ke? asik2 hak.. hak.. hak hakkkkkk hak apa? hak hogan

Anonymous said...

Sebenarnya, apakah jawapan konkrit yang budak2 upsi ni nak? Bukan ke "POSTING MENGIKUT KEKOSONGAN" merupakan jawapan konkrit... Apa lagi yang budak2 upsi nak.. Adakah selagi tak dapat jawapan "HABIS BELAJAR, PELAJAR BOLEH TERUS MENJADI GURU" merupakan satu-satunya jawapan konkrit sehinggakan jawapan lain tak konkrit.. Belajar la terima kenyataan macam aku ni...

Anonymous said...

lucu la o bro ....hak hogan... mmg betul pelajar2 UPSI kini semakin bengong....x tau menilai. UPSIKINI ok best...I love u... Kasilah updated best2 skit...gmbr2 terbaru ker...hehehehe