January 20, 2010

Isu 'posting' bakal jadi bahan kempen


Tanjong Malim, 20 Januari - Isu penempatan graduan pendidikan mengikut kekosongan yang dinyatakan Timbalan Menteri baru-baru ini dijangka bakal dimainkan sebagai bahan kempen calon-calon PRK kali ini.

Sebelum ini, isu posting sering dimainkan dan menjadi perhatian seluruh pengundi di sini. Isu posting menjadi begitu hangat apabila berlaku masalah posting graduan-graduan UPSI pada beberapa tahun sebelum ini.

Pihak Aspirasi pada masa itu mengatakan bahawa masalah itu berpunca daripada barisan MPP 2004/05 yang kononnya daripada pembangkang. Isu itu merupakan faktor kemenangan pihak Aspirasi pada PRK selepas yang menang tanpa bertanding dan dijangka akan digunakan sebagai bahan kempen calon-calon PRK kali ini.

Dalam pada itu, MPPUPSI dibawah pimpinan Hairi sesi lepas dikatakan tidak berperanan dalam menyatakan pendirian mahasiswa berhubung isu penempatan selain isu PTPTN yang lambat dikreditkan serta berlaku diskriminasi dalam kepimpinan beliau yang lepas menjadikan MPP kali ini dilihat tidak berperanan untuk mahasiswa.

Menurut Akmal Madzir, beliau tidak percaya kepada kepimpinan Hairi, katanya, mereka merupakan anak didik kerajaan , masakan mereka akan berjuang untuk mahasiswa , Hairi sebelum ini pun pernah menyatakan isu penempatan hanyalah rekaan pihak tertentu dan cuba menutup isu sebenar.

PRK UPSI dijangka akan berlangsung pada minggu ini dan dijangka isu posting bakal dimanipulasi oleh pihak tertentu untuk meraih sokongan mahasiswa.

14 comments:

Anonymous said...

Dah sampai masanya kamu semua memperjuangkan yang HAK

مَعهَدين الُمعلمْ said...

Sama-sama kita posting ngan Yayasan Islam Kelantan..

Kita pakat-pakat ajar budak2 sekolah agama di Kelantan..

Antara sekolah Yayasan Islam Kelantan yang berjaya adalah Maahad Muhammadi Lelaki dan Perempuan

Anonymous said...

Bakal yang dipilih..jangan jadi MPP boneka semata2...lihatlah macam mana U lain bergerak..mereka habis2an kalau nakkan sesuatu hak!!! so pastikan hak kita terbela..terutama bagi course Pendidikan Sekolah Rendah yang hanya tinggal 2 batch ini...yang tiap kali posting kami adalah graduan yang akan tercicir dari mata KPM sendiri.....PlzlaH MPP...ingatlah ini tanggungjawab..kalau anda tak lakukanya......balasan di sana pasti menanti.....teruskan perjuangan....jangan pandai berkata sahaja...

Anonymous said...

-PENGUNDI MANUSIA-

Bagi aku la.. Sape2 yang bertanding janganlah gunakan isu posting ni sebagai manifesto korang... Sebabnya korang takkan mampu laksanakan manifesto korang tu nanti... Isu posting ni di bawah kuasa kementerian... ko mgkin leh berjumpe ngan kpm n berbincang.. tapi ko xleh nak wat keputusan utk kpm.. Tp kalu ko nak perjuangkan juga, itu bagus la... korang yg nk sangat jadi mpp ni perlu perjuangkan isu ni... tp jgn la jdkan ini sebagai manifesto... Ni pendapat aku la... Tak setuju xpe..

Anonymous said...

bila ptptn nk msuk??dh bjanggut tgu ni..kata 20hb

Anonymous said...

ptptn pny duit bila nk kdtkn nih??

Anonymous said...

Alhamdulillah jika isu posting dijadikan bhn kempen...
dan sy menyeru kpd pelajar2 upsi supya menyokong MPP yg menegakkan isu posting ini.Posting adalah salah satu matlamat kita menuntut ilmu di UPSI.sape kata kementerian berkuasa mutlak?bukankah kuasa dtg nya dr tangan2 pengundi?
Wahai pelajar2 upsi,usah takut lagi,usah jd timun lg,kita org yg berpendidikan,kita bukan mat rempit yg xde hala tuju.
undi parti yg tidak tkut pd KPM supaya kita dpt kumpulkan tenaga yg maksima utk menuntut posting dr KPM.jd kan UMT sebagai contoh,jadikan UIA sebagai contoh,jd kan UM,UPM sbgai contoh.
Jgn jd UPSI yg dulu yg lembik,yg penakut, yg berlagak tp bodoh.Ingatlah wahai pelajar2 upsi,byk isu yg mpp sblum ni xdpt setelkan lg.sbb ape?sbb mreka lembik,mreka penakut,mreka bodoh dan sombong.ingatlah...KUASA DI TANGAN ANDA...berubah...

Anonymous said...

satlekan dlu ptptn kami! bru cite psl posting! sedangkn hal kecik pOn xble satle ini kn plak nk bw isu bsr.
(janji 20hb tp mana????????)

Anonymous said...

thu xpe.bodoh.jnji 20 hb.siap kua portal.ingt kteowg ank org kaya ker hah?if bnde ni blarutan jgn tkejut ak akan report bnde ni kat media or paper..ak dh busan.kije lua blmbak..tp nk grk cne klu xde wit!u len elok jge stdent dye.tp upsi ni nth pape.pntadbiran cm pe.ak dh busan!nyesal gler pilih upsi!

Anonymous said...

dah2 la pasal posting... BOSAN!

Anonymous said...

Mana PTPTN ni.. nape x masuk2 lagi.. ckap 20hb... sekarang ni dah 21hb.. kesian kawan2 aku yang dah tumbuh janggut tu.. kalau dia tumbuh janggut.. aku lak.. dah tumbuh uban ni.. bulu roma pon dah nak tumbuh.. tapi PTPTN x masuk lagi...
kesian kat kami ni... hari2 makan Mi Maggi.. dah tu 1 hari sekali je.. nak pinjam KAT HEP.. aduh.. x pa lah.. lepas ni kena lah cari cari sugar dad & sugar mum.. conform makan Pizza & KFC hari... hahahah...

Anonymous said...

lalalalalaalalallalal

Anonymous said...

SALAM

DAHULU SEMASA KHASYATUL RODZIAH (MPP 2008/2009) BERKEMPEN MCM2 DI UAR2KAN..

KENAPAKAH SEMASA ZAMN KEPIMPINAN BELIAU TIDAK PERNAH MAHU PERJUANGKAN ISU PENEMPATAN PSR(KOS BELIAU).. TATKALA TELAH TERHANTUK BARU NAK TERNGADAH.

LIHAT, KINI SERAMAI LEBIH 30 ORG PSR TERMASUK BELIAU TIDAK DITEMPATKAN LAGI(MENGALAMI MASALAH PENEMPATAN0

KITA BUKAN TIDAK SUKAKAN BELIAU, NAMUN CARA DAN MENGAPA BELIAU GAGAL DALAM ISU INI..

MAHUKAN KALIAN MAHU PEMIMPIN PRO ASPIRAS YANG BERDEGAR2 SAHAJA BERKATA2 TAPI GAGAL MELAKSANA.

WALLAHUALAM.
MAAF JIKA BUAT ADA TERASA

Anonymous said...

yeaaaa,,, elaun ipgm dah masukk!!! hahahahahhaa.....