Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan dan Kemanusiaan (FSSK) dilihat bakal menjadi penentu kepada kemenangan calon Umum yang bertanding di kerusi tersebut. Perkara tersebut disifatkan seorang penganalisis bebas PRK UPSI sebagai satu ‘pertukaran angin’ dalam politik mahasiswa di sini apabila pengundi-pengundi di fakulti tersebut merupakan yang terbanyak berbanding fakulti-fakulti lain.
Menurut beliau, PRK pada sesi lepas menyaksikan pengundi terbanyak berada di Fakulti Sains dan Teknologi yang membawa kemenangan majoriti besar kepada Akmal Madzir, calon Umum yang juga merupakan pelajar dari Fakulti tersebut.
Tambahnya lagi, dengan jumlah pengundi kira-kira 2300 dan hampir 35% daripadanya merupakan pelajar Pengajian Malaysia yang berada di FSSK, kemenangan mungkin berpihak kepada calon yang berjaya meraih undi terbanyak di fakulti tersebut.
Dalam pada itu katanya, perubahan ini akan memperlihatkan kematangan pengundi-pengundi di fakulti tersebut yang dilihat sebagai sebuah fakulti yang mempunyai pendedahan dalam idea politik di samping ‘karektor’ sebagai pelajar beridealisme.
Ketika mengulas pendekatan Pro Kebajikan yang membuat pendekatan baru dengan penggunaan nama ‘Mahasiswa Pendidik’ dalam PRK kali ini, beliau berkata kumoulan tersebut harus mempergiatkan penerangan kepada tema itu supaya pengundi memahami secara keseluruhan apa yang diperjuangkan mereka.
Beliau juga menyarankan kumpulan terbabit agar membuat kempen berkelompok dengan lebih kerap di fakulti-fakulti kerana daripada culaan yang dibuat, ramai pengundi mencari calon-calon Pro Kebajikan yang kini menukar identiti kepada ‘Mahasiswa Pendidik’.

1 comment:
Korang ni sibuk tuka nama... apa ada dengan nama tu.. aku sendiri pun dah konfius... kejap pendidik la.. kejap kebajikan la.. sibuk sgt pasal nama last2 calon nak bertanding pun hantar 8 je
Post a Comment