Tanjong Malim , 24 Januari - Calon-calon yang bertanding pada PRK kali ini dikatakan lebih bersedia dari segi kempen melalui poster dan kain rentang. Seluruh kawasan kampus dan kolej kediaman dilihat telah dipenuhi dengan poster dan kain rentang calon di segenap sudut ruang.
Upsikini menerima kiriman emel tadi daripada seorang sumber yang mahu dikenali sebagai Wafi mengatakan terdapat persamaan cogan kata beberapa calon yang bertanding kali ini. Dalam emel tersebut beliau menjelaskan, setelah dianalisis, beliau mendapati 2 perkataan utama yang banyak digunakan calon adalah ‘Mahasiswa Pendidik’ dan ‘Pimpinan Bitara’.
Beliau bagaimanapun tidak mengemukakan calon-calon yang menggunakan kata kunci tersebut. Tambah beliau, merujuk kepada analisis ini, dilihat terdapat satu pola perbandingan yang mewujudkan seolah-olah terdapat 2 kumpulan.
Sekumpulan calon menggunakan ‘Mahasiswa Pendidik’ sebagai kata kunci dalam cogan kata mereka dan sekumpulan lagi menggunakan kata kunci ‘Pimpinan Bitara’. Beliau yang turut mengikuti perkembangan PRK ini mendakwa kemungkinan terdapat kumpulan dalam pertandingan kali ini memang ada tetapi tidak dilabel dengan nama-nama tertentu. Namun katanya, ada juga calon yang tidak menggunakan 2 kata kunci ini dan boleh jadi mereka ini adalah calon bebas.
Beliau berpendapat trend pertandingan kali ini dikatakan hampir sama dengan tagun lepas dimana calon-calon begitu berhati-hati kerana tidak mahu dilabel dan dilihat berkumpulan. Buktinya, calon-calon bimbang untuk berhujah kerana dikhuatiri mempunyai persamaan dengan calon yang lain dan ini boleh mengundang persepsi yang mengatakan calon-calon tersebut bergerak secara berkumpulan. Dalam perenggan akhir emel tersebut, beliau mengatakan pertembungan 2 kumpulan ini mungkin boleh dinamakan pertandingan antara Mahasiswa Pendidik dan Pimpinan Bitara.
Naib Canselor UPSI walaubagaimanapun tidak menytakan secara rasmi menegah mana-mana pihak yang ingin melabel mana-mana calon dengan Pro Aspirasi dan bukan Pro Aspirasi melalui kain rentang yang dinaikkan di kampus. Namun ditegaskan peraturan pada kali ini adalah sama dengan sesi lepas.

5 comments:
"1 MALAYSIA,1 UPSI,1 PIMPINAN BITARA"
Kesimpulannya, dalam UPSI kena ada 1 sahaja MPP yang mengelar mereka sebagai Pimpinan Bitara.
bapak poyo mamat atas ni
hahahah..betul2...
Salam...
Macam hebat PRK kali ini...macam lah...tapi ok la adik2 dah nampak apa yang berlaku pada PRK...
hm gambar2 calon yang abg tgk pun..yang abg kenal la...macam rakan exco MPP yang lepas2...yang byk terlibat ngan program MPP la...terus terang abg katakan...dari segi riak muka..ketokohan kepimpinan tu mmg takde..tapi tak boleh cakap jgk kan..bak kata org putih..dont judge the book by it cover..huhu
ni abg nak bagi tips la..kalau nak buat manifesto tu..biar yang logik..selesai kan isu dalaman dulu..isu pelajar2 UPSI..bab posting ke tak ni..jgn risau..kita tgk contoh dulu2..org yang dilabel pembangkang (tak yah la sebut namanya k) dulu pun dah posting dah..ramai dah..pembangkang ke tak..posting jgk..janji korng tak kantoi PNGK tu je...abg nak pesan, bg calon2 MPP ni tak kira la pro aspirasi ke, pro mahasiswa ke..ape ke..selesaikan isu dalaman dulu..kalau korang buat kerja org akan tau..tak yah nak heboh kat org tu korng punya jasa..tak yah la nak bandingkan ngan IPT lain..mereka dengan cara mereka, kita dengan cara kita..satu lagi tips yang nak abg bg..korg kena berani..jgn takut..HEP ke, Naib Canselor ke ape ke...korang pelajar..pelajar adalah pelanggan UPSI..dalam piagam pelanggan ada sebut...kena gunakan pendekatan tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus..tepung tak berselerak...bila dah jadi MPP..jangan fikir kroni je..org akan cakap..kalau aku tak undi ko..ko takkan menang..abaikan je ayat tu..korng kena profesional..baik kawan atau lawan..korng kena khidmat kepada semua..bukan khidmat kepada kroni..paling penting jaga kebajikan pelajar..bila meeting ngan org atas..tny dimana kebajikan pelajar..sebab org atas ni akan settlekan hal staf dulu..pe2 pun tegaskan hal kebajikan pelajar...jgn takut kalau dorg nak band progm korng...tak kira la korng yang pilih nak jadi pemimpin atau korng terpaksa untuk dipilih sebagai pemimpin...so kena la kreatif...kreatif dari semua sudut...kata pemimpin...pandai2 la susun ayat...susah tu korang kena tanggung la...jgn pk pasal nak dpat nama...tak kemana nama korng pun...nama yang busuk yang org akan kenang...huhu sebelum nak abis ni...kalau guna e-voting ni..hm mintak maaf la nak telus..hancus adalah...undi dah di susun..dah diprogram..sebagai contoh dorng boleh buat sapa yang undi A, undi tu akan pegi ke B...haha sapa yang pandai komputer mungkin taula pe namanya...ini diakui sendiri oleh beberapa pegawai HEP dulu...k la..gud luck kepada semua calon MPP kali ni...ingat Majlis Perwakilan Pelajar..bukan Majlis Perwakilan Staf..bye2
betul2... first anonymous ni memang betul.. pimpinan bitara tu yg mostnya seluar ketat... yg lembut2.. ha ah.. ada 1 je kat upsi ni..
poyo sungguh.....
kalau nak bitara, biar pada semua.. jangan pada nama laungan pimpinan je.. akhlak pun kena bitara.. cara pakai pun kena bitara...
semuanyalah.. ini tidak, kata pensyarah aku.. ada yg rambut mcm trojan.. bitara macam mana tu..
jangan jadi pimpinan yg cantik pada mata manusia je..
baru betul sahut kebitaraan upsi..
Post a Comment