Selepas berakhirnya proses pengundian bagi calon umum dan beberapa kerusi fakulti petang tadi yang menyaksikan kedudukan 15 Pimpinan Bitara dan 6 Mahasiswa Pendidik, tumpuan semua warga UPSI beralih kepada perebutan 4 kerusi etnik yang masih kosong.
Menurut sumber yang mengikuti keadaan terkini calon-calon yang berkemungkinan menyandang 4 kerusi tersebut, kesemuanya dikatakan bebas dan tidak terikat dengan mana-mana kumpulan.
Dalam pada itu timbul juga desas-desus mengatakan kesemua calon etnik dilihat condong kepada Pimpinan Bitara sepert PRK sebelum-sebelum ini.
Walau bagaimanapun, sebahagian besar para pemerhati melihat calon etnik boleh mengubah keadaan dalam menentukan kedudukan semua calon yang menang semasa pembentukan kabinet nanti.
Bagi Mahasiswa Pendidik, 3 kerusi diperlukan bagi menafikan penguasaan majoriti 2/3 Pimpinan Bitara dalam membuat apa-apa keputusan sebelum kabinet dibentuk termasuk memutuskan siapa calon yang harus diletakkan untuk menyandang kerusi Yang Dipertua MPP.
Pimpinan Bitara setakat ini masih belum boleh menarik nafas lega kerana kedudukan 15 kerusi masih belum mencukupi untuk menggunakan AUKU bagi menentukan posisi dalam kabinet MPP seperti yang dilakukan pada PRK yang lalu.
Namun, sekiranya Pimpinan Bitara mampu menarik 2 daripada 4 calon yang menang dalam pemilihan wakil etnik, kuasa majoriti 2/3 mungkin boleh digunakan dalam menentukan keputusan yang dibuat sebelum kabinet dibentuk.
Apa yang pasti, Mahasiswa Pendidik sudah semestinya berusaha bagi menafikan majoriti 2/3 Pimpinan Bitara bagi membolehkan suara mereka didengar dalam percaturan kedudukan kabinet MPP.
Esok merupakan hari penamaan calon bagi keempat-empat kerusi etnik sebelum pembuangan undi dibuat pada Isnin, 1 Februari 2010.

8 comments:
Apa kitaorg dapat kalau ubah side.. korang takde pun sebut nak membela warga lain dalam menifesto yang ada.. berdasar pengalaman lalu kumpulan ini akan buat apa sahaja untuk mendapatkan tempat dalm MPP tapi bila selesai masing2 balik pegangan masing.. cuma menjaga hak kumpulan korang je
aku pening dan konpius r ngn korg nih..
satu mahasiswa pendidik
satu lg pimpinan bitara
y mn satu pro-krjan?
Y mn satu pro-pmbkang nih?
regards
aku bdk baru kat upsi
Pimpinan Bitara (aspirasi)- dibelakang die UMNO la
Pro Mahasiswa - Mahasiswa Pendidik
Pro Kroni - Pimpinan Bitara
Pimpinan Bitara=Pro Aspirasi=UMNO..
Pimpinan Bitara nie anak didik Pemuda UMNO Malaysia..
Kalau tak percaya aku bleh dedahkan gambar dan video bakal calon MPP pimpinan bitara berprogram bersama Ketua Pemuda UMNO Malaysia iaitu Khairy Jamaluddin di Negeri Sembilan temph hari.
Jelas mereka membawa semangat UMNO dalam kampus. Hidup Melayu... Tapi diri sendiri merempat mcm melayu mabuk..
mahasiswa pendidik sesedap hati jer lebel sana sini.. kalau kami kata u all pembangkang camner.. dan siapa pulak dibelakang korang.. kalau bitara umno- so korang pas la kan.. keler baju melayu pun dah specifik sgt.. takde nak selindung2.. hahahahahaha.. korang mmg lawak gilers
mahasiswa pendidik memang hipokrit..
pakai tudung labuh sana sini..
kupiah/songkok x tngal..
ucapan umum guna sentimen agama..
guna nama Allah s.w.t.
pergunakan kelaknatan Allah...
tp prlu di ingat..
inilah juga mulut2 lahanat...
menyebar fitnah sana-sini...
mengutuk dan mnghina orang x tentu hala..
ini kan namanya mahasiswa pendidik yang kononnya memperjuangkan agama sebagai batu asas?
pikir lah oii..
jgn nak jadikan agama sebagai meraih undi,
tetapi kebajikan mahasiswa terabai..
publish pos aq!!!!
Xde politik nilai langsung puak2 Aspirasi ni...tau nak fitnah org je..(melalui flyers)sblm PRK UPSI...
Post a Comment