22 JANUARI 2010 - Hari ini saya sememangnya bersemangat untuk ke pusat penamaan calon. Segala persiapan yang sepatutnya sediakan sudah saya laksanakan. Segala dokumen penting, wakil-wakil calon, pencadang dan penyokong pun kelihatannya bersemangat untuk bersama-sama saya pada pagi tersebut.
2. Saya tiba ke pusat penamaan calon lebih kurang pukul 9.40am, sepanjang tempoh menunggu giliran untuk ke kaunter seketeriat, Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.
2. Saya tiba ke pusat penamaan calon lebih kurang pukul 9.40am, sepanjang tempoh menunggu giliran untuk ke kaunter seketeriat, Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.
3. 10.55am tibalah giliran saya, saya bersama-sama penyokong dan pencadang mengambil tempat. Saya agak rungsing dengan borang pencalonan saya yang ada sedikit masalah. Menurut rakan-rakan yang juga sama-sama menghantar borang pencalonan, borang pencalonan saya ada masalah.
4. Setibanya di Kaunter Pertama, saya terlebih dahulu memaklumkan kepada pegawai seketeriat akan masalah borang pencalonan tersebut. Masalah pertama borang pencalonan saya ialah pengunaan huruf kecil dalam ejaan nama. Pegawai yang terlibat pun kemudiannya memeriksa borang pencalonan saya. Dalam masa yang sama, saya mencadangkan agar saya menulis semula nama penuh dengan menggunakan huruf besar, namun pegawai seketeriat menghalang saya dari berbuat demikian.
5. Menurut pegawai terbabit hal tersebut tidak menjadi masalah asalkan jelas dan boleh dibaca. Namun saya tidak yakin dengan jaminan yang diberikan, lalu saya kemudiannya bertanya jika perkara ini akan menyebabkan pencalonan saya dibatalkan. Menurut pegawai seketeriat lagi, saya tidak perlu risau kerana hal terbabit tiada apa-apa masalah yang akan timbul kerana mereka mempunyai autoriti dalam hal ini.
6. Setelah yakin dengan jaminan yang diberikan, maka saya mengekalkan penggunaan huruf kecil tersebut kerana beranggapan hal tersebut sudah pun selesai. Segala kata-kata dan jaminan oleh pegawai seketeriat di Kaunter Pertama juga turut disaksikan oleh penyokong dan pencadang saya.
7. Maka dengan itu, saya kemudiannya beralih ke Kaunter Kedua untuk memaklumkan kepada Dr. Mohamad Suhaily Yusri b. Che Ngah, Tim. Dekan FSSK UPSI bahawa borang pencalonan saya telah pun disokong oleh Dr. Ibrahim bin Hashim iaitu Dekan FSSK UPSI.
Huraian selanjutnya rujuk :
“MAHASISWA PELOPOR”
“MAHASISWA PELOPOR”
4 comments:
kami mahasiswa melihat kepada watak dan pemikiran kamu, kami yakin kamu layak menjadi pemimpin kami dalam Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Kami mohon anda teruskan perjuangaN menerusi kerusi etnik!
Kami sokong pendirian anda dan seikhlasnya anda layak dan mempunyai ketokohan untuk memimpin mahasiswa !
Itu yang ditakuti oleh golongan "itu" yang hanya menjadiseolah-olah "lembu diikat hidungnya".
“ Bisa ada percetakan yang mampu mencetak mencetak pemimpin, pemimpin tidak lahir di bilik-bilik kuliah dan tutorial, tetapi tumbuh dari hempas pulas kancah, muncul di tengah-tengah pengumpulan masalah, menonjol di kalangan rakan-rakan seangkatan, lalu diangkat dan dijulang oleh ummat” -Mohammad Natsir (Mantan PM Indonesia -Masyumi)
Apa yang berlaku kepada Saudara Azri, adalah satu pengajaran yang berharga kepada semua yang punya impian untuk menjadi pemimpin. Sikap sambil lewa dan terlalu berharap kepada bantuan rakan-rakan dalam urusan pencalonannya, menyebabkan beliau disingkir dari menjadi calon dalam PRK kali ini. Kesedihan yang diluahkan di Blog beliau menampakkan kelemahan dari segi mental seorang ingin berjuang. Untuk Saudara Azri, No time for remorse but to move ahead with your plan. Tidak bertanding di PRK kali ini tidak bermakna Saudara sudah kalah, namun masih ada lagi peluang untuk saudara menyumbang dan menunjukkan skill saudara dalam memperjuangkan hak-hak mahasiswa. Saya percaya dengan semangat yang ada saudara seperti yang saudara tulis diblog. Saya yakin saudara mampu membuat YDP yang akan bakal dilantik malu-malu alah. Kerana mereka ini akan menjadi boneka kesayangan Universiti dan juga Toy Boy serta menjadi kuli batak kepada pegawai-pegawai HEP yang kebanyakkan hanya lebih berminat untuk makan gaji buta, sementara menunggu umur pencen. Pejuang seperti saudara akan dipastikan tidak akan mendapat tempat kerana saudara akan menyusahkan hidup pegawai-pegawai. Jika saudara tidak yakin dengan apa yang diperkatakan cubalah ke HEP dan tanyalah umur pegawai-pegawai yg dipertanggung jawapkan. Pasti saudara akan bersetuju dengan pendapat saya. UPSI penuh dengan pegawai-pegawai yang akan dlm tempoh beberapa tahun. Sebarang perubahan yang mahasiswa cuba lakukan umpama menganggu ketenangan usia tua mereka.
SELAMAT BERJUANG.. SAYA PASTI AKAN MENYOKONG SAUDARA.
kdg2 awal je bersemangat, cubaanlah dugaanlah tapi bila dah sampai ke arah yang dituju, kurang dah sgalanya.
Buat Saudara Azri..
Deria mahasiswa tidak buta..
Mereka tidak tergugat sedikit pun..
Bahkan kebenaran cerita saudara dotonjolkan dengan perbuatan khianat pihak tertentu...dan saya kira mahasiswa sedar akan hal ini...
Saudara,
Kita berterima kasih akan kegagalan saudara..
kegagalan saudara bermakna...
Bermakna "kemenangan"dalam konteks yang lebih mendalam.
Hanya kerana kegagalan saudara, isu penipuan, pengkhianatan dan sistem yang berat sebelah terbongkar dengan sendirinya...
Sekalian Mahasiswa...Bukalah Mata..
Bangun dari dibelenggu ketidaktelusan,
Bangun dari belenggu percaturan,
Bangun dari belenggu berkepentingan..
Sampai bila pemimpin disogok dengan ugutan, jawatan, wang dan kuasa..
Orang-orang berkepentingan mulai sedar akan hal ini,...dan mulai gentar sebenarnya..
Kadangkala menyamar sebagai anony dalam komen2..
Kadangkala menyokong dan memberi sogokan...
Kadangkala membuat fitnah..
Terimah Kasih saudara membuka Mata
p/s-sedar akan kehadiran beberapa "orang " pada malam ini mengiringi ucapan manifesto calon di dataran KHAR-dengan muka derk hahaha
Post a Comment