Tanjong Malim, 10 Nov –
TNC JHEPA, Datuk Junaidi masih mengambil pendekatan mengugut mahasiswa supaya
mereka tutup mulut.
Tindakan tersebut
dibuat ekoran satu kenyataan Muhammad Syafiq yang meminta pihak JHEPA supaya
telus dalam mengendalikan proses PRK nanti dan berharap peristiwa memalukan seperti di
UIAM tidak berulang.
Junaidi dikatakan telah
menghantar pesanan berbaur ugutan kepada beliau (Muhammad Syafiq) dan memberi amaran
bahawa laporan polis telah dibuat dan memintanya supaya berhati-hati.
“ saya telah ambil
semua post dan kenyataan fitnah terhadap saya, dan saya telah buat laporan polis. Polis akan
menyiasat dengan kerjasama SKMM, kandungan sms Junaidi yang diterima mahasiswa
tersebut.”
Junaidi sebelum ini
telah dikritik hebat dalam kalangan mahasiswa kerana tindakannya memberi arahan
kepada Pengetua kolej supaya mengeluarkan seorang mahasiswa yang dikatakan
bakal bertanding atas tiket Mahasiswa Pendidik.
1 comment:
elok la DDJ dan report polis.. kita di upsi ni dah lama menanti saat blog ini disiasat kandungannya..
Post a Comment