November 23, 2013

PRK: Kempen tiga hari tak cukup

Tanjong Malim, 23 Nov - Beberapa kumpulan mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini menyatakan bahawa tempoh kempen selama tiga hari dalam pemilihan MPP tidak mencukupi.

Menurut Wan menerusi email, tempoh tersebut tidak mencukupi bagi mahasiswa berkempen memandangkan mereka juga mempunyai kekangan masa untuk ke kuliah dan sebagainya.

"Tiga hari mahasiswa tidak punyai masa yang cukup untuk kenal pasti calon pilihan mereka. Ditolak hari penamaan calon dan hari pengundian sebenarnya tak sampai 3 hari pun. Saya rasa tempoh sesuai mungkin 5 hari. " ujarnya.

Pihak JHEPA wajar memanjangkan tempoh kempen bagi menyuburkan kesedaran sivil mahasiswa agar sedar tanggung jawab memilih pemimpin.

Dengan tempoh kempen 3 hari saya rasa kurang 50% mahasiswa turun mengundi"

Untuk makluman, tempoh kempen Pilihanraya Kampus UPSI bermula pada 25 hingga 27 November 2013. 28 November merupakan hari mengundi.

2 comments:

Anonymous said...

Lepas tu nak berapa hari? kita student bukan ahli politik..nanti result teruk salahkan orang lain..tapi diri sendiri yang xnak belajar.

Anonymous said...

Cukuplah 3 hari, kita student, bukan ahli politik..