Tanjong Malim, 6 Nov –
Ketua Mahasiswa Pendidik (MP) hari ini memberi amaran kepada JHEPA UPSI supaya
bersikap adil dalam PRK yang dijangka akan berlangsung hujung November ini.
Ketuanya, Mohammad
Syafiq bin Abdul Majed dalam kenyataan terbaru melalui laman facebooknya, memberi peringatan kepada pihak JHEPA supaya tidak mengulangi tindakan tidak matang
sebagaimana episod hitam yang berlaku di UIAM.
Dalam hal berkaitan,
pihak HEP UIAM telah bertindak campur tangan dalam pemilihan kabinet MPP
setelah pihak Pro-M menang bergaya mengalahkan Pro-A minggu lalu.
“ kami bagi amaran kepada pihak JHEPA UPSI supaya berlaku adil dalam pemilihan yang akan berlangsung
nanti, jika terdapat bukti campur tangan daripada pihak JHEPA kami tidak akan
teragak-agak untuk mengambil tindakan yang tegas, tulis Mohd Syafiq.”
1 comment:
Ini semua poyo
Post a Comment