November 21, 2013

MP dakwa staf kolej diskriminasi mahasiswi berpurdah

Tanjung Malim, 21 Nov.- Kumpulan Mahasiswa Pendidik (MP) menerusi laman sosialnya hari ini mendakwa wujud diskriminasi staf kolej terhadap mahasiswi yang memakai purdah.

Menurut mereka, wujud segelintir  staf kolej yang tidak melayan mahasiswi berpurdah dan menganggap boleh mengancam keselamatan UPSI.

"Staf kolej tidak melayan mereka yang berpakai purdah dan menganggap mereka ini boleh mengancam keselamatan UPSI, " ujar mereka menerusi laman sosial Facebook.



Katanya lagi "Seharusnya pihak terbabit perlu bijak dan bertolak ansur dalam menangani masalah ini bukannya terus menghukum seolah-olah mereka melakukan kesalahan yang besar."

3 comments:

Anonymous said...

so what, berpurdah ni memang dilarang dalam kod etika berpakaian semasa belajar. mmg patut la tak dilayan. sapa suruh taksub sangat. korang tak jatuh dosa pun kalau tanggal purdah tu. muka bukannye aurat pun. bila ada urusan rasmi, patuhila etika. bukan nak pung pang pung pang macam ni

Anonymous said...

tula...kena ada pertimbangan pelajar itu sendiri, muka bukannya aurat. kalau nak pakai jugak pun time lain jika memang nak elak fitnah or tak mau lelaki kacau/tengok...time berurusan di pejabat dan kuliah, bertudung cam biase la untuk interaksi yang lebih berkesan. admin pn jangan la emo sgt publish story ni...publish story pasal kebajikan, info terkini atau penasihatan kpd kes student kolej yang degil tak mau ikut peraturan...mohon publish ye baru adil..

Anonymous said...

setuju, hukum berpurdah hanyalah harus, dan setiap urusan rasmi di pejabat maupun di kuliah, pengenalan diri amat penting, muka perlu dapat dilihat...