Tanjung Malim, 11 Nov- Kesatuan Perkhidmatan Pendidikan Kebangsaan (KPPK) atau NUTP menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) memansuhkan perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) kerana disifatkan membebankan guru.
Menurut presidennya , Hashim Adnan yang dipetik dari Sinar Harian, 'guru yang selama ini dibebani tugasan yang banyak kini terpaksa berdepan pula dengan PBS sekali gus menjadikan bebanan golongan itu terus meningkat.'
Katanya "Sepatutnya PBS dilaksanakan di beberapa buah sekolah sebagai perintis untuk menilai keberkesanannya, dan bukan terus dilaksanakan di seluruh negara,"
Dalam hal berkaitan, wujud beberapa desakan secara senyap oleh guru-guru menerusi laman sosial Facebook. Rata-rata guru merungut tentang perlaksanaan PBS terutamanya SPPBS yang sangat perlahan dan membenankan guru.

No comments:
Post a Comment