Oleh sebab DD… tidak mempunyai apa-apa matlamat dan pelan dalam aspek pembangunan pelajar di UPSI, maka masanya banyak dihabiskan untuk membina keria politik peribadinya, dan bakinya dihabiskan di pusat-pusat karaoke. Jadi tidak hairanlah apabila semua pengetua dan felo dibawa berkunjung ke rumah Dato’ Mustafa Muhammad di Kelantan tempoh hari. Terbaru Dato’ Pa dijemput berkunjung ke UPSI. Tetapi orang seperti Dato’ Pa tak mudah tertipu dengan tipudaya DD… Akhirnya DD… begitu kecewa dengan pendirian Dato’ Pa sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan yang tidak akan menyenaraikan nama sebagai calon BN di Kelantan walaupun DD… bagaikan nak gila berkempen ke sana ke mari. Kekecewaan DD… terhadap Dato’ Pa terungkap dalam kata-katanya di hadapan beberapa orang pelajar “Kalau Dato’ Pa nak jadi baik tak payah jadi menteri” sambungnya lagi “Semua menteri yang aku kenal semuanya aku dah bagi makan “luar dan dalam” semasa aku berada di Indonesia”. Jika benar apa yang di ucapkan oleh DD… ianya sebagai sesuatu yang amat memalukan kepada semua pemimpin Negara.
Penulis secara peribadinya mengalu-alukan DD… untuk bertanding dalam pilihanraya yang akan datang, kerana UPSI bukan medan untuk berpolitik dan mencari kepentingan peribadi. UPSI ADALAH INSTITUSI PENDIDIKAN YANG MELAHIRKAN PENDIDIK. Wahai DD… silalah ke Kuala Krai kerana masyarakat Kelantan menunggu kehadiran anda untuk dikorbankan di sana.
Dengan perkembangan yang mutakhir ini, DD… sudah berubah niat bahawa targetnya bukan lagi untuk bertanding sebagai calon pilihan raya ke 13, tetapi untuk mendapat jawatan no 1 di UPSI. Maka khabar itu telah menggemparkan seluruh “Jajahan Selama”, betapa risaunya warga UPSI andai benar khabar ini menjadi kenyataan. Tunggulah kehancuran yang akan menimpa UPSI. Pesan penulis kepada semua pembaca “jangan sampai nasi menjadi bubur, buat lah apa sahaja yang termampu, sekurang-kurang berdoa agar orang sepeti DD… tidak dilantik menjadi orang no 1 di UPSI.
Dalam keadaan DD… tidak berkuasa sebagai no 1 pun, pihak bendahari dan unit audit dalam penat melayan kerenah DD… yang kerap kali tidak memperdulikan peraturan kewangan dan pentadbiran untuk memenuhi hobinya berhibur di UPSI.
1 comment:
Bagus juga kalau DD jadi No. 1. Ramai pensyarah, khasnya Pengetua Kolej dan pengkaraoke serta juak-juaknya akan dinaikkan pangkat ke PM/Prof. Tak perlu berhempas pulas tulis jurnal. Perlu rajin menyanyi. Nyanyian perlu ada impak. Buat masa ini, kalau nak naik pangkat, No. 1 sekarang akan pastikan pensyarah KENA memenuhi semua kriteria kenaikan pangkat, khasnya dari segi penerbitan jurnal berimpak, penyelidikan, dan penyeliaan.
Post a Comment