March 20, 2012

Siri 15 : Mari Berkenalan Dengan Juak Pengetua Kesayangan DD…

Sebagaimana penulis tegaskan sebelum ini MEMBERIKAN KEMENANGAN KEPADA CALON MPP TAJAAN DD… AKAN MEMANJANGKAN HAYAT DD… DI UPSI, MEMBERIKAN KEKALAHAN ERTINYA MEMBUKA SALAH SATU PINTU KELUAR KEPADA DD… DARI UPSI. Wahai saudaraku warga UPSI, jika kita ingin melihat DD… ditunjukkan jalan keluar daripada UPSI, sumbanglah sesuatu walau sedikit manapun untuk memberikan kekalahan kepada calon tajaan DD… dalam pemilihan MPP.

Pada siri kali ini penulis akan mengulas kehebatan DD… dalam mengambil peluang daripada situasi yang berlaku. Oleh itu tidak hairanlah apabila kemelut lantikan pengetua timbul di UPSI, Maka DD… telah mengambil kesempatan itu untuk melantik beberapa orang pengetua, mungkin salah seorang daripadanya tidaklah begitu bersungguh-sungguh untuk bersekongkong dengan DD… tetapi yang pastinya tiada seorang pun yang akan sanggup menegur dan melawan kehendak DD… walaupun bercanggah dengan dasar AUKU dan Islam. Penulis akan membawa pembaca semua untuk mengenali latar belakang beberapa orang juak pengetuanya:

1. Pengetua yang pertama penulis gelarkan sebagai “Dr. Seni Hitam Putih”. Perlantikannya akan benar-benar mengembalikan UPSI ke era 2005-2007, kerana beliau merupakan salah satu seorang daripada pengetua yang menjadi pencatur utama pada era tersebut. Penulis tidak pasti sama ada universiti terlupa untuk melihat rekod pengurusan pengetua tersebut pada eranya. Atau rekodnya sengaja dipadamkan dengan tiada seorang pun akan menyebutnya. Penulis dikhabarkan terdapat beberapa salah laku yang dilakukannya pada masa dia menjawat jawatan pengetua sehinggakan kesalahan tersebut diheret ke Putrajaya. Antara kesalahannya ialah melakukan pembelian mejanya melebihi kelayakan yang sepatutnya, penulis dikhabarkan beliau masih lagi memegang rekod antara pembelian meja yang paling tinggi di UPSI, harganya dikhabarkan melebihi RM 9,000.00. mengalahkan harga meja DD.. sendiri.

Kesalahan kedua ialah melanggar peraturan kewangan dalam menyiapkan “bilik nyanyian” dan “pembelian alat muzik kegilaannya.” Untuk mendapat maklumat lanjut, sila rujuk pihak bendahari dan laporan yang dikemukakan oleh Unit Audit Dalam. Kesalahan ketiga adalah beberapa pembaziran yang dilakukan olehnya semasa menjawat jawatan di KAB. Buktinya, kalau pembaca berkunjung ke Kolej KAB di Proton City. Lihatlah tanda pembaziran di tepi padang KAB yang pernah ditinggalkan olehnya, dalam keghairahan untuk berhibur beliau telah menempah satu set pentas terbuka semata-mata untuk “mendidik” pelajarnya dengan paluan drum dan petikan gitarnya. Wahai saudaraku warga UPSI, jikalau kakitangan biasa yang tanpa sengaja telah kehilangan laptop yang dibekalkan oleh universiti dikenakan dengan berbagai-bagai tindakan. Adakah orang yang melakukan kesalahan yang begitu serius boleh dilantik kembali sebagai ketua jawatan di UPSI. Saya yakin pembaca yang budiman ada jawapannya…

Pendekatan Dr. Seni Hitam Putih dikala berhadapan dengan pelajar lebih mudah difahami. DIA AKAN BERIKAN APA YANG PELAJAR MINTA DAN DIA AKAN DAPAT APA YANG DIA MAHU. Penulis dikhabarkan Dr. Seni Hitam Putih dalam usaha membina rekod barunya di UPSI, iaitu rekod sebagai seorang pengetua yang membangunkan dua bilik nyanyian di dua kolej yang berbeza. iaitu satu di KAB dan kedua di tanah jajahan takluknya yang baru. Penulis dikhabarkan pihak audit dalam telah berkunjung ke pejabatnya untuk membuat auditan di atas kesalahan yang dilakukan walau hanya baru dilantik menjadi pengetua tidak sampai enam bulan. Kerana pihak bendahari dan audit yakin Dr. Seni Hitam Putih sedang mengulangi kesalahan lamanya. Rekod kehebatan Dr. Seni Hitam Putih ini tidak dapat ditandingi oleh orang lain. Penulis mendapat khabar dari pengetua yang lama bahawa pada tahun 2010, Dr. Seni Hitam Putih telah membina rekod baru iaitu menghabiskan wang kolej melebihi RM 120,000.00 dalam tempoh tidak sampai sebulan, dalam masa yang sama banyak aktiviti pelajar disekat dengan alasan tiada peruntukan. Ke mana pergi duit itu kalau tidak ke bilik nyanyiannya…

2. Pengetua kedua yang dilantik leh DD… penulis namakan dia sebagai “Dr. Songkok.” Pengetua ini penulis tidak ada rekod kepimpinannya yang lalu. Kerana sejauh yang penulis ingat dia tidak pernah pegang jawatan penting di UPSI. Rekod yang yang dipegang adalah pengetua yang paling banyak membawa cerita keburukan pengetua sebelumnya. Pada hal perkara tersebut semuanya adalah pembohongan.

Penulis dikhabarkan DD… sendiri pun naik pening dengan watak Dr songkok ini. Cuba pembaca bayangkan, sebelum DD… datang ke UPSI pun Dr songkok saban malam menghubungi DD… di rumahnya untuk menfitnah pengetua lama di KAB. Lagi kelakar, kakitangan unit perumahan sendiri naik meluap tengok muka Dr songkok ini setiap hari berkunjung ke unit tersebut untuk bertanyakan surat lantikan sebagai pengetua, berminggu-minggu kakitangan unit perumahan naik heran. Apa kena mamak ni, dah pernah dibuat orang sebelum ni… Bukan apa takut orang tak lantiknya jadi pengetua.

Dr. Songkok dalam usaha pembikinan rekod baru di UPSI sebagai pengetua yang mempunyai “talam lebih daripada dua muka” Bagi menunjukkan kehebatannya dia ada dua cara. Pertama, dengan cara PENIPUAN, mungkin pengerusi RPA dan YDP JMK KAB ada pengalaman yang ingin dikongsi dengan pembaca berkaitan isu tersebut. Di hadapan pengerusi RPA katanya; ”RPA adalah program yang baik dan saya akan menyokong sepenuhnya program RPA” tidak sampai 30 minit selepas itu, di hadapan YDP JMK KAB kata-katanya telah berubah: “saya sengaja melewatkan semua progaram RPA agar tidak boleh dilaksanakan semester ini.” Pada awalnya JMKnya menggap semua orang tersalah dengar. Lama-lama terserlahlah watak sebenar disebalik kehitaman songkok yang dipakai.

Cara kedua yang diperkenalkan oleh Dr. Songkok ialah melebalkan pelajar-pelajar UPSI sama ada biru atau hijau. Lagaknya lebih teruk daripada pengerusi JKKK daripada Kampung Lembu. Penulis berpesan agar pembaca perlu berhati-hati dengan Dr. Songkok kerana cap labelnya akan dipersembahkan ke hadapan DD… untuk tindakan lanjut. Kehebatan Dr. Songkok ialah dia merasakan penipuannya di percayai, padahal awal-awal lagi orang tahu dia adalah penipu besar. Penipuan yang paling mutakhir dilakukan oleh Dr. Songkok ialah bersungguh-sungguh memberitahu JMKnya bahawa peruntukan aktiviti kolej masih belum diketahui kerana masih di HEPA, pada hal semua JMK tahu bahawa bajet KAB terus diberikan kepada KAB tanpa melalui HEPA. Kasian Dr. songkok nak menipu tapi tak padai…

3. Pengetua ketiga yang dilantik oleh DD… penulis gelarkan “Dr. Badigon.” Sekali imbas dari kata-kata dan wataknya nampak alim, penulis sendiri pada awalnya agak hairan kenapa DD… melantik orang yang alim untuk bersama-samanya. Ingatkan DD… inginkan seorang tuan penasihat. Rupa-rupanya pengetua ini “terlebih alim” daripada ulama. Kerana ulama kerjanya adalah membenarkan yang betul. Kerja Dr Badigon adalah membenarkan segala kejahatan dan penyelewengan orang atasannya. Jadi tidak hairanlah Dr. Badigon dilantik oleh DD… berperanan UNTUK MENGHALALKAN APA SAHAJA KATA-KATA DAN TINDAKAN DD.. dengan lagaknya yang alim dan “Nampak banyak ilmu agama” tapi sebenarnya hampes. Jadi tidak hairanlah apabila banyak kata-katanya yang menyeleweng daripada Islam, antaranya “WAJIB taat kepada pemimpim walau pemimpin menyuruh kepada maksiat.” “Islam cukup dengan sembahyang, tidak perlu kepada undang-undang dan politik”. Untuk mendapat penjelasan lanjut penulis mencadangkan agar pembaca mendapat pandangan daripada ustaz-ustaz yang bertauliah kerana penulis bukan seorang ustaz.

Untuk maklumat lanjut penulis nasihatkan agar pembaca menyemak rekod latar belakang Dr Badigon ni, Asalnya dari UM, kemudian pindah ke Unisel. Ramai kawan-kawan lamanya hairan melihat perubahan luarannya. Ingatkan dah berubah dan bertaubat, rupanya untuk cari makan sebagai penceramah UMNO.

Penulis tidak akan mengulas seorang lagi watak pengetua yang di lantik oleh DD… kerana setakat ini penulis tidak begitu jelas peranan yang dimainkan oleh pengetua tersebut selain daripada mengikut rentak DD… dan menjadi penyokong setianya. Manakala seorang pengetua yang sudah sedia ada sedang berada dalam senarai yang akan dibuang oleh DD… lantaran pengetua tersebut tidak sanggup untuk menyerahkan “telurnya” untuk digenggam dan dipicit oleh DD… Dengan perlantikan keempat-empat pengetua oleh DD… ianya akan menentukan pendekatan DD… dalam memenangi pemilihan MPP akan akan datang. Nantikan ulasan dalam seterusnya berkaitan pendekatan DD… dan juak-juaknya dalam memenangi pemilihan MPP.

Bersambung…

5 comments:

Anonymous said...

salam penulis... mohon penulis bongkarkan pengaliran wang pelajar di kolej2. hal ini kerana, sejak saya menginap di kolej KAB dahulu (daripada sem 1-8), saya dapati peruntukan untuk aktiviti pelajar susah untuk diperoleh. tetapi jika melibatkan JMK, ada sahaja 'lampu hijaunya'. JMK, pergi merayau (makan angin), makan malam di hotel mewah, baju koperat, batik dan keistimewaan lain lebih daripada apa yang sepatutnya. penghuni-penghuni lain dilayan macam lembu. mana hak kami??

langsir kolej? usah cakap... koyak rabak, hitam legam, keras membatu.. sakit mata untuk lihat.. itu pun nasib ada, bagi rumah-rumah yang tiada... inisiatif apa yang kami buat, tidak lain tidak bukan tampal ja surat khabar pada cermin tingkap, gantung kain baju pada rail langsir.. lagi warna-warni.. teringat hal ini, tersenyum sendiri.. UPSI UPSI, gah namanya xpadan ngan isi di dalamnya..

lagi isu akan diutarakan kepada penulis.. mohon kerjasama penulis untuk membongkar hal ini dan membuka mata warga upsi. bukan tujuan untuk menjatuhkan mana2 pihak tapi untuk menjaga dan menuntut hak bersama.

tarima kasih daripada saya : bekas pelajar upsi yang sedang tunggu konvo dan posting serta bekas pelajar batch pertama menjadi bahan eksperimen upsi berpraktikum pada sem 7.

Anonymous said...

Dah banyak UPSIKINI membongkar banyak cacat cela dan ketidakmampuan DD untuk menjawat TNCHEP, namun tiada apa-apa yang dilakukan oleh pihak pengurusan universiti dan juga oleh KPT. Tak bolehkah kita berpiket dan membuat demonstrasi sebagai langkah terakhir untuk mendapat perhatian dan tindakan pihak atasan?

Anonymous said...

Jangan kita percaya sanagat dengan Mr Teller penulis blog ini.....bersubahat namanya....kalau betul tak pe.

Anonymous said...

Kalau buru sangat perangai DD saya cadangkan kita pakat ramai-ramai hantar memorandum atau berpiket depan pagar UPSI. Kita ajak kawan-kawan luar kita sekali> saya ada connection yang bagus. Kalau boleh, libat kan kawan politik kita, PAS dan Keadilan.

Anonymous said...

kesian la UPSI jd mcm ni...
yg susahnye pelajar2...
aku ingat lg dulu, g kampus naek bus restu barakah...azab beb...