Kalau kita membuka lambaran sejarah silam, putarannya adalah sama. Orang yang takut kepada kebenaran akan berusaha sedaya upaya untuk menyekat segala maklumat agar masyarakat terus tertipu dengan segala tipu dayanya. Lihatlah apa yang dilakukan oleh “Dato’ Paduka” Firaun yang sanggup membunuh ribuan bayi lantaran amaran tukang sihirnya bahawa akan lahir manusia yang akan membawa kebenaran, lantas memerangi kejahatannya”. Jangan lupa kisah “Dato’ Paduka” Abu Jahal dan Abu Lahab yang melaksanakan sekatan kepada Rasulullah dan para sahabatnya ketika berada di Makah, agar kebenaran yang dibawa oleh Nabi dan para sahabat tidak dapat disampaikan kepada masyarakat Quraisy pada ketika itu. Itulah putaran sejarah yang akan terus berlaku sampai hari ini.
Kisah yang berlaku hari ini di UPSI tidak jauh bezanya. Apabila DD… dan jauk-juaknya cuba menutup segala pintu kebenaran di UPSI agar segala kebenaran dan maklumat yang didedahkan melalui UPSIKINI tidak sampai kepada kakitangan dan mahasiswa UPSI. DD… merasakan dengan cara itu dia boleh menutup segala aktiviti pembaziran yang dilakukan olehnya di HEPA, memadamkan segala penyalahgunaan kuasanya menggunakan duit universiti untuk kepentingan politik peribadinya serta dapat melenyapkan beberapa penyelewengan lain yang berlaku di HEPA. Penulis yakin ramai yang tahu berkaitan beberapa aktiviti “perabis duit” di HEPA yang TIDAK DILULUSKAN oleh MPE universiti tetapi masih dilaksanakan oleh DD… dengan helahnya, dalam masa yang sama perbelanjaan aktiviti pelajar banyak yang dipotong, alasannya tidak ada duit. Penulis dikhabarkan pada penghujung tahun lepas HEPA begitu galak menghabiskan hampir RM100,000.00 melalui beberapa aktiviti yang tidak mendatang sebarang faedah. Juga ramai yang tahu DD… kerapkali “berlagak” menginap di bilik-bilik hotel yang melebihi kelayakannya. Cuma tidak ada siapa yang berani bersuara. Jika berani bersuara dan melawan TUNGGULAH KUNJUNGAN HANTU PAK INDON. Isu ini penulis akan ulas pada siri-siri akan datang…
Untuk menutup kisah tersebut daripada pengetahuan umum maka DD… telah mengarahkan agar laman Facebook, Youtube dan UPSIKINI disekat untuk dimasuki oleh mahasiswa di kolej kediaman pelajar bermula jam 7.00 mlm – 7.00 pagi. Maklumat ini penulis perolehi daripada pegawai di Pusat ICT sendiri pada masa artikel ini ditulis. Jadi penulis nasihatkan supaya sahkan maklumat ini dengan pegawai di Pusat ICT. Namun, setelah beberapa desakan dibuat, sekatan tersebut ditarik balik dan mahasiswa boleh kembali melayari laman tersebut.
Penulis ingin bertanyakan kepada DD… dan juak-juaknya, apa haknya untuk menghukum ORANG YANG TIDAK BERSALAH dengan menghalang mahasiswa mencapai laman facebook dan youtube?. Perkhidmatan tersebut bukan disediakan secara percuma kepada mahasiswa, ianya dibayar pada setiap semester oleh mahasiswa. Semua tahu bahawa laman facebook dan youtube banyak memberi manfaat kepada mahasiswa yang ingin mengambil manfaatnya. Jadi mahasiswa perlu sedar bahawa itu adalah haknya yang dirampas oleh DD… dan juak-juaknya.
Oleh yang demikian penulis cadangkan kepada semua mahasiswa agar mengambil tindakan berikut:
1. Menggunakan saluran MPP dan JMK yang dilantik untuk mendesak pihak pengurusan universiti membuka kembali kedua-dua kemudahan tersebut. Penulis tidak risau apabila DD… menghalang pelajar daripada ases ke UPSIKINI kerana semakin di halang semakin di cari, kalau tak percaya lihatlah jumlah pengunjung UPSIKINI yang makin bertambah pada setiap hari.
2. Menggunakan segala saluran yang ada termasuk menghantar laporan kepada pihak-pihak atasan di KPT dan Kerajaan Persekutuan agar UPSI menyemak kembali peraturan JAKUN yang dikuatkuasakan oleh DD…
Penulis juga menyeru agar semua mahasiswa UPSI tanamkan tekad dalam hati masing-masing untuk jatuhkan HUKUMAN YANG SETIMPAL ATAS PERBUATAN DD… DAN JUAK-JUAKNYA INI DENGAN MEMASTIKAN CALON-CALON MPP TAJAANYA TEWAS DALAM PEMILIHAN MPP NANTI. Sebagaimana yang penulis tegaskan sebelum ini MEMBERIKAN KEMENANGAN KEPADA CALON MPP TAJAAN DD… AKAN MEMANJANGKAN HAYAT DD… DI UPSI, MEMBERIKAN KEKALAHAN ERTINYA MEMBUKA SALAH SATU PINTU KELUAR KEPADA DD… DARI UPSI. Sekali gus membawa bersama-samanya HANTU PAK INDON KELUAR DARI UPSI… Jangan lupa untuk menggunakan undian anda yang bijaksana untuk menghukum DD… dan juak-juaknya.
No comments:
Post a Comment