Tanjung Malim, 3 Mac- Legasi Mahasiswa Prograsif (LMP) baru-baru ini melancarkan kempen baru terhadap pihak Pro- Aspirasi. Kempen Asal Bukan Aspirasi (ABA) dilancarkan menerusi laman sosial Facebook mereka. Kempen ini bertujuan untuk memberi kesan kepada pihak Aspirasi disamping memanaskan bahang Pilihanraya Kampus (PRK) yang akan datang.
Fokus utama bagi kempen ini bagi menggugat kedudukan Aspirsi yang dikatakan giat menyusun gerak kerja bagi PRK yang dikatakan tidak lama lagi. Selain itu, kemungkinan besar kempen ABA ini sama seperti kempen ABU (Asal Bukan Umno) yang dilancarkan oleh pihak Pakatan Rakyat.
Walaupun sebegitu, sejauhmana kemampuan dan keberkesanan kempen ini dalam mengganggu gugat pihak Aspirasi tidak dapat dipastikan dalam masa terdekat. Menerusi laman sosial LMP juga, ada dalam kalangan pro- Aspirasi menempelak kempen ABA ini. Diharapkan, pihak LMP meneruskan kempen ini sehingga ke PRK yang akan datang.
1 comment:
Bagus upsikini memberi liputan terkini tentang TNCHEP dan gerak geri dia. Tapi, kalau boleh, bagi liputan terkini tentang TNCA, TNCPI, dan VC, serta isu terkini di UPSI seperti kenaikan pangkat yang diumumkan baru-baru ini sama ada betul ke mereka ini layak atau kangkung aje.
Post a Comment