Tanjong Malim, 1 Mac : Lapan pemimpin mahasiswa yang terlibat perhimpunan kebebasan akademik di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 31 Disember lalu, hadir dalam kawad cam polis selama lebih satu jam bermula jam 3 petang semalam.
Mereka diminta berbuat demikian di Balai Polis Tanjung Malim. Dalam insiden itu berlaku pertembungan mereka dengan polis sehingga menyebabkan ada mahasiswa dilapor cedera.
Setiausaha Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) Khairul Naim berkata beliau menghubungi rakannya itu dan mereka dibahagikan kepada dua kumpulan – empat orang bagi setiap kumpulan – sewaktu kawad cam itu berlangsung.
Menurut laporan Malaysiakini, Khairul berkata setiap kumpulan memberi kerjasama dengan dikawad cam selama 40 minit bagi setiap kumpulan.
“Mereka dibebaskan dan masih menunggu sekiranya ada kes daripada pendakwaraya,” katanya sambil menambah semua mahasiswa itu hadir tanpa ditemani peguam.
Selain itu, Pemimpin Legasi Mahasiswa Progresif, Adam Adli; aktivis mahasiswa Gerakan Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi), Ekhsan Bukharee Badarul, aktivis mahasiswa, Mohd Zaini Mohd Ismail dan bekas presiden KAMI, Muhammad Hilman Idham turut dipanggil untuk kawad cam.
Mengulas lanjut, Khairul berkata polis juga mengadakan kawad cam mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
Mahasiswa itu juga turut diiringi beberapa akivis yang hadir memberi sokongan kepada mereka. – GZDaily
No comments:
Post a Comment