January 17, 2011

PTPTN: Mahasiswa cadang ke pejabat NC

Tanjong Malim, 17 Januari - Kelewatan pinjaman PTPTN dikreditkan ke akaun pelajar pada semsester ini telah menerima pelbagai reaksi daripada mahasiswa. Mereka rata-rata telah menyatakan kekecewaan berhubung hal tersebut.

Rungutan tersebut telah menimbulkan perlbagai reaksi termasuk wujud cadangan daripada beberapa kumpulan mahasiswa untuk turun ke pejabat Naib Canselor bagi mendapatkan penjelasan berhubung kes kelewatan tersebut.

Dalam pada itu, pelbagai komen mahasiswa muncul, antaranya menurut Razak Rahim yang bertanya "adakah betul dakwaan bahawa pihak yang berkepentingan sengaja melewatkan penyaluran wang PTPTN kepada pelajar untuk memeram wang tersebut bagi mendapatkan dividen atau faedah dari wang PTPTN yang bernilai berjuta ringgit tersebut. Mushkil".

Selain itu, mereka juga telah mewujudkan 'fan page' di Facebook yang bernama "Kami Mahu Pinjaman Wang PTPTN di Upsi Masuk Cepat" dan berjaya mengumpul lebih 800 rakan.

Dalam hal berkaitan, setakat ini kesemua 'front' mahasiswa sama ada MP (Mahasiswa Pendidik), LMP mahupun Pimpinan Bitara masih 'membisu' dan belum mengeluarkan sebarang kenyataan penyelesaian atau kesediaan untuk mengetuai pertemuan bersama NC berhubung isu ini.

7 comments:

Anonymous said...

~kalo rasa tindakan tu rasional....troskan jela...xsalah pon kalo nak dapatkan penjelasan..pegi jumpe PM pon boley...tp jgn sekadar cakap n post di blog je...nak wat isu panas la, tapi xbertindak..hampeh la gitu..upsikini ni post artikel je lbey, tp xde wat pape pon..~

Anonymous said...

Kenapa pemimpin bitara hanya membisu? Sedih dan sayu rasa hati.mereka seronok makan malam di hotel mewah dan juadah yang hebat bersama kenamaan sedangkan pelajar upsi menanggung derita, menyatu makanan...ambillah tindakan segera..setiap kepimpinan kita akan dipertanggungjawabkan nanti..

Anonymous said...

kenapa kepimpinan bitara berdiam diri sahaja sedangkan dalam manifesto terdengar sayup suara semasa kempen ingin mempercepatkan PTPTN dimasukkan kedalam akaun. telah ditelan angin lalu agaknya..sedih dan sayu..setiap kepimpinan akan dipertanggungjawabkan nanti..janganlah tersenyum riang makan malam di hotel mewah dengan juadah istimewa sedangkan mahasiswa lain kekeringan duit poket dan nak makan pun susah...

m i a said...

thanks 4 sharing dis ya..

anon 1 : try baca balik artikel ni..upsikini hanya menyampaikan berita bahawa ade certain pelajar yg berniat nk jumpe NC..bukan pihak upsikini yg nak buat tindakan tu..saya percaya, upsikini menggunakan blog untuk menyampaikan berita saja..perlu faham yang itu betul-betul ya..

Anonymous said...

huhuhuhu..

betul tu MIA..
mungkin mereka menyangka upsikini nie adalah organisasi politik kampus seperti MAHASISWA PENDIDIK dan pimpinan bitara.

Sebenarnya upsikini tak ubah seperti malaysiakini, harakah, malaysianinsider dan lain sebagai wadah penyampai maklumat..

Anonymous said...

suka sangat cakap x supa bikin ANON1..yang x bertindak tu pimpinan bitara..bitara la sangat..blh pulak YDP mpp kata MALAS DAH..jawapan yang x sepatutnya di jawab oleh mulut seorang pemimpin..harapkan glamour je..kata nak jaga kebajikan mahasiswa..poda!

Anonymous said...

baik ler ambik dpli............ leh elaun... kierja pon dah nampak