Mahasiswa UPSI mengucapkan jutaan terima kasih kepada barisan Mahasiswa Pendidik kerana telah berjaya membawa isu PTPTN sehingga selesai. Reaksi tersebut dapat dilihat apabila ramai yang memberi komen tanhian dan terima kasih kepada Mahasiswa Pendidik melalui facebook.
Isu sebegini diharap tidak berlaku lagi pada masa akan datang kerana ia memberikan kesan yang amat besar kepada lebih 80% mahasiswa UPSI yang terlibat dengan pinjaman tersebut.
Selepas isu ini semakin selesai, ramai mahasiswa yang bimbang akan kedudukan mereka pada semester akan datang iaitu melibatkan pelajar semester 6 da 7 ( sekarang ).
Koordinator Mahasiswa Pendidik (MP), Mohd Zahar Mohamed Nor ketika merespon masalah tersebut memberitahu bahawa isu ini telahpun dikenalpasti dan diteliti sebelum ini. “kami telah lihat masalah ini dan telah dibawa dalam perbincangan bersama Dato’ dalam pertemuan petang semalam. Pihak Dato’ amat berterima kasih diatas peringatan tersebut dan berjanji akan melihat situasi ini dengan serius, ujarnya lagi.”
Pelajar yang akan keluar berpraktikum pada semester hadapan dijangka akan menghadapi masalah PTPTN kerana kemasukan semester baru yang berubah kepada bulan September. Sebaliknya mereka akan masuk ke sekolah pada bulan Julai, dua bulan lebih awal daripada pelajar lain.
Masalah sama ( PTPTN )mungkin akan berulang apabila tarikh kemasukan pelajar melibatkan perbezaan yang agak jauh.
Ketika ditanya tentang isu penyelewengan surat KPT oleh saudara Razik, beliau memberitahu bahawa tidak tahu pun pasal isu tersebut. “saya tak tahu pun pasal isu ini, saya hanya dapat maklumat berkenaan surat KPT apabila Dato’ NC menghubungi saya lewat petang semalam bagi memaklumkan PTPTN akan dikreditkan pada 28 Jan ini, katanya ringkas.”
“saya tak berminat pun untuk ikuti perkembangan mereka ( Pimpinan Bitara )kerana apa yang lebih penting adalah khidmat kita untuk mahasiswa, itu saja, tambahnya lagi.”
Kumpulan Pimpinan Bitara pada pagi tadi telah mengambil tindakan mengedarkan beribu-ribu salinan surat KPT kepada para pelajar di sekitar kolej kediaman. Kaedah tersebut telah diambil bagi menghebahkan kepada para mahasiswa bahawa mereka telah berjaya menyelesaikan masalah PTPTN.
Tindakan tersebut dilihat sebagai cara mereka untuk mendapatkan publisiti murahan daripada para pelajar. Mohd Zahar ketika menjawab perbuatan tersebut, berkata “saya pun tak tahu nak kata la, terpulanglah kepada pelajar yang bijak untuk menilai semuanya, kami dah lakukan yang termampu. Mereka sebelum ini menuduh saya untuk dapatkan publisiti, tapi nampaknya sekarang dah terbalik, katanya berseloroh.”
2 comments:
hahahahha..putar belit no 1..spinmaster Anwar...rata2???sapa yang rata2 tu kalo bukan pencacai2 korg?xnak citer ke sound dengan Datok ikutlah ketua walapun kita tidak bersetuju dengan dia??Datok terima kasih dengan Zahar????x logik langsung!!!!
Payahla kalau masing2 gila kuasa..korang ni ikhlas ke x?
Post a Comment