Tanjong Malim, 20 Januari - Mohd Amin Mat Sidik, Exco Akademik dan Kerjaya MPPUPSI yang juga merupakan mahasiswa Pendidikan Bahasa Melayu Universiti Pendidikan Sultan Idris hari ini menyatakan pandangan agar isu Interlok tidak dijadikan mainan politik yang boleh mencetuskan ketegangan kaum.
Beliau merujuk kepada isu Interlok yang masih belum reda dan saranan oleh beberapa pemimpin masyarakat India agar kerajaan menarik balik novel Interlok daripada menjadi teks sastera dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu (KOMSAS).
Katanya, "saya memandang Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain tidak sepatutnya dilihat dengan prejudis berdasarkan kepada perasangka perkauman sempit. Kita sebagai golongan yang berilmu, wajar menjadikan ianya sebagai bahan perbincangan atau dialog ilmiah yang berlandaskan nilai kecintaan kepada ilmu.
Karya sastera sepatutnya dinilai dengan adil mengikut kaca mata ahlinya yang boleh memahami bentuk komponen sastera dengan baik, isunya hanya beberapa ayat yang tidak tepat sahaja dan karya tersebut adalah penjelasan kepada keadaan Tanah Melayu sebelum Merdeka dan diakhir karya ini saya kira ianya menekankan persoalan perpaduan kaum.
Golongan pendidik (guru) perlu berperanan secara adil, bebas dan menjelaskan sebaik mungkin kepada pelajar agar wujud suasana sejahtera dalam perpaduan kaum. Mereka (guru) golongan yang berkhidmat untuk negara dan bebas dari pengaruh kepentingan tertentu. Sewajarnya mereka diberikan kepercayaan.
Oleh itu , karya sastera ini mesti dihentikan daripada digunakan untuk mainan politik dan para guru perlu berperanan untuk menghuraikan sebaik mungkin kepada pelajar tentang perpaduan, perbezaan kaum dan persamaan yang wujud dalam novel Interlok.

1 comment:
petang tadi telah berlangsung diskusi buku interlok: ahli panel mana sikana, a.halim ali dan prof. emiratus yusof hassan.
interlok ni satu novel berkenaan masyarakat majmuk.senang cerita 1 malaysia la.
cuma masyarakat india marah hanya dengan satu perkataan yang dikatakan menghina masyarakat tersebut iaitu 'paria'.
2 pandang sisi yang dikemukakan oleh ahli panel iaitu dari sudut sosiologi dan sastera.
sosiologi: novel ini boleh diteruskan tetapi perlu kepada pemurnian.
sastera: novel ini diteruskan utk dijadikan bahan sastera di sekolah tanpa diubah perkataan sensitif tersebut. sebaliknya masyarakat (terutama masyarakat india) perlu menerima hakikat sejarah kasta tersebut dan berfikiran positif.
Post a Comment