January 28, 2011

PTPTN telah dikreditkan, mahasiswa di minta semak penyata

Tanjong Malim, 28 Januari - Pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang tertangguh tempoh hari telah pun dikreditkan ke akaun pelajar pada hari ini.

Bagi memastikan amaun yang dikreditkan menepati jumlah yang sepatutnya, pelajar dinasihatkan untuk menyemak penyata kewangan menerusi My Upsi Portal di bahagian 'Fincancial' masing-masing.

Sekiranya berlaku ketidaksuaian pada penyata kewangan yang dikemukakan, atau berlaku kekeliruan sila semak dan rujuk ke bahagian Bendahari Universiti Pendidikan Sultan Idris bertempat di Bangunan Canselori bagi mendapatkan penjelasan. Sekian


1 comment:

Anonymous said...

assalamualaikum..
saya cuma ingin menyatakan kemusykilan mahasiswa berkenaan jumlah wang ptptn yg dikreditkan pada semester ini hanyalah RM3193.84 dan bukannya 3250.kenapa berlaku sedemikian? Telah bertanya kepada pihak bendahari mengenai hal ini tetapi pihak terbabit menyatakan mereka hanya menguruskan yuran pelajar sahaja sebaliknya meminta kami bertanya kepada hep dan ptptn. Kami harap pihak upsikini dapat mencari penjelasan dan merungkai permasalahan ini.