January 21, 2011

Lepas 'referendum': PTPTN mesej nyatakan maklumat pinjaman dikreditkan

Tanjong Malim, 22 Januari – Selepas mahasiswa mengumpul pungutan suara (referendum) bermula Rabu lalu, PTPTN hari ini telah mengeluarkan makluman berhubung pinjaman akan dikreditkan menerusi mesej kepada mahasiswa Upsi.

Sebilangan mahasiswa disini petang tadi telah menerima mesej dari PTPTN yang menyatakan tempoh wang akan dikreditkan. Namun, mesej tersebut dikatakan tidak dinyatakan dengan tepat bila wang akan dikreditkan sebaliknya menggunakan perkataan ‘dijangka’ dan ‘mulai’.

Mesej yang diterima daripada PTPTN.INFO tersebut berbunyi “Pengeluaran pembiayaan PTPTN untuk semester II sesi 2010/2011 dijangka akan dikreditkan ke akaun tuan/puan mulai 31hb Januari 2011.Sekian terima kasih.”

Dalam pada itu, rata-rata mahasiswa menyatakan bahawa maklumat tersebut tidak ada apa-apa perubahan daripada apa yang telah dimaklumkan sebelum ini, dimana PTPTN paling awal 31 Januari.

Makluman tersebut masih tidak dinyatakan dengan jelas berkenaan tarikh sebenar akan dikreditkan namun ianya hanya dijangka dan mulai 31 Januari.

Namun begitu, beberapa mahasiswa disini mengucapkan terima kasih kepada PTPTN atas makluman tersebut dan mereka berharap ianya dapat dipercepatkan.

3 comments:

Anonymous said...

sepatutnya upsikini siarkan info yg berguna seperti ini sahaja. isu provokasi tak perlu. banyak lagi maklumat terkini untuk disiarkan.blog pun upsikini kan? bukan apa, tak sanggup tengok mahasiswa berpecah-belah. tambah-tambah orang melayu, rupa-rupanya kita mula berpecah atau 'dipecahkan' sedari di sekolah, universiti rupanya. lagipun, kelihatan upsikini agak berat sebelah. isu sebelah sini baik-baik sahaja, yg buruk semuanya dari sebelah sana. yg baik dari sebelah sana tak pernah disiarkan. apa motif sebenar upsikini tak tahulah. - jarang baca blog sebegini, cuma tergerak nak beri pandangan selepas isu mb datang tu. ada yg komen kata orang felda bodoh. tak kena dengan isu yang dibincangkan.jika si pemberi komen itu membaca, anda warga felda? saya rasa bukan. sebab anda tidak 'bodoh'.

Anonymous said...

Anon 1, tolonglah jangan rosakkan bahasa dengan banyak kesalahan tatabahasa dan parafrasa...terima kasih...

Anonymous said...

anon2, saya anon1 minta maaf atas kesalahan bahasa tersebut. terima kasih atas teguran, memang saya kurang pandai dengan istilah2 tersebut. tapi cuba menggunakan bahasa mudah tetapi masih bahasa yang elok. mungkin anda cikgu BM yang lebih bijak. saya cuba gunakan bahasa dengan baik, berbanding komen2 lain yang bukan sahaja menggunakan bahasa pasar, malah ada yang menggunakan bahasa yang kasar.terima kasih