January 22, 2011

Kolumnis: ‘Referendum’ perlu difahami sebagai cara demokratik

Ahmad Wafiuddin
22 Januari

Sebagai golongan cendekiawan, mahasiswa yang boleh disifatkan sebagai ‘civil society’ bagi negara maju tidak sepatutnya keliru dengan maksud ‘referendum’ dengan ‘memorandum’ atau demonstrasi. Referendum atau pungutan suara bukan memorandum atau demonstrasi. Jauh sekali membawa konotasi 'radikal'.Tidak.

Referendum dalam bahasa Melayu ialah pungutan suara dimana ianya merupakan satu cara demokratik yang digunakan dalam sesebuah masyarakat maju, dimana mahasiswa berhak menyatakan sokongan secara langsung tentang sesuatu isu tertentu secara bebas yang melibatkan kepentingan semua.

Pungutan suara juga disfatkan sebagai salah satu cara untuk menyatakan pendapat orang ramai secara aman mengenai persetujuan (tandatangan) sesuatu isu yang tidak jelas sokongannya. Dengan pungutan suara, maka sesuatu isu dapat dijelaskan sokongannya daripada pihak yang ramai.

Mengulas tindakan wakil JHEPA yang cuba menggagalkan usaha mengutip tandatangan atau ‘referendum’ semalam, saya berpandangan ianya adalah satu cubaan anti-intelektual untuk menyekat suara majoriti mahasiswa berhubung hak mereka terhadap kualiti sesuatu perkhidmatan (pinjaman PTPTN) mahu pun perkara lain.

Mahasiswa harus sedar mengenai hak mereka dengan lebih jelas walau pun kita tahu bahawa kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan. Tetapi, kita perlu tahu bahawa itulah tugas ‘wajib’ bagi kerajaan untuk menjadi ‘khadam’ kepada rakyat. Bukan menyusahkan kita.

7 comments:

Anonymous said...

Dont forget.. u all also akan jadi khadam terpelajar kepada rakyat.. almaklum la.. akan menjawat jawatan sebagai guru dengan Kerajaan Malaysia.. hahaha.. lawak..

Anonymous said...

Anonymous 1, x kisah jadi "khadam" selagi "khadam" punyai hati ikhlas, jujur dan semangat juang yang tinggi memajukan anak2 muridnya.... X kisah jadi "khadam" asalkan dapat pahala... =)

Anonymous said...

Jawatan guru adalah tanggungjawab dengan Allah.

Pendidik yang menyedari tanggungjawab dengan Allah hanya akan taat mutlak kepada Allah bukan kepada kerajaan yang zalim.

Pendidik yang menyedari rasa hamba kepada Allah mendidik murid agar berahklak mulia dan cemerlang.

"khadam terpelajar kepada rakyat" ialah mencerahkan rakyat agar tidak dibodohkan dengan dogma-dogma sempit yang merosakkan mereka.

Anonymous said...

Anon 1 - Rilek la... kalau mereka ni tak buat kecoh kat UPSI ni tak meriah hidup. Kita ni dah dijamin posting.. mrk tu belum lagi. Lagi banyak hal mrk buat lagi banyak peluang utk orang lain posting... Kita jgn masuk campur hal bdk2 PTPTN ni nak demo ke, hantar referendum ke, apa ke... biar mereka jer buat kecoh. Lagipun yang nak kena bayar hutang tu balik mrk juga bukan kita.. dah! dah! dah ! kita diam-diam jer kat UPSI ni. Jangan campur urusan mrk.

Anonymous said...

hahahaha.. what ever.. bila kena batang hidung sendiri terus tukar fakta.. the best part is.. bila tang diri sendiri.. terus sentuh soal agama.. adeh..

Anonymous said...

bahasa melambangkan bangsa.. hahahaha.. lawak2

Anonymous said...

sombong nya orang kat ats tue.. dah bahagia sangat kot dengan duit2 dia..tak yah bayar ptptn.. sekali ALLah tarik nikmat yg kau dapat.. baru padan muka...
diam2 lah nanti k..