Dalam kenyataan yang di emailkan kepada Upsikini, saudari Aqilah, mantan Exco Akademik dan Kerjaya menyatakan bahawa ianya adalah satu tindakan yang baik dan memberikan peluang yang luas kepada sesiapa yang ingin mempelajari bahasa tamil.
“Kos yang baru diwujudkan ini nmerupakan satu langkah yang baik. Hal ini dapat memberikan peluang kepada semua bangsa untuk mempelajari bahasa tamil. Sebagai contoh, di SMK Sg Pelek, terdapat guru-guru berbangsa cina yang mengajar bahasa melayu. Dan perkara ini tidak mustahil jika guru melayu yang akan mengajar bahasa tamil kelak.
“Saya juga mengira langkah ini seiring dengan hasrat YAB Perdana Menteri kita untuk mewujudkan satu Malaysia yang mempunyai keharmonian dikalangan semua kaum.jadi mungkin ada peluang untuk semua bangsa mempelajari bahasa bangsa lain.
Dalam kesempatan itu, beliau juga mewakili mantan MPP Pro kebajikan sesi 08/09 turut mengucapkan selamat tahun baru cina kepada semua bangsa cina dan berharap tahun baru ini membawa satu perubahan yang baik kepada semua.
“Saya ingin mengambil kesempatan untuk mewakili MPP Pro Kebajikan ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua bangsa Cina. Semoga Tahun Harimau memberikan sinar baru kepada anda semua,”katanya.

Dalam pada itu, mediawan UPSIkini pagi ini menerima mesej Facebook dari Nik Azrul menyarankan agar mahasiswa menyahut cadangan TNCA untuk turun ke bengkel 'posting' yang berlangsung esok. Baru-baru ini, TNCA mencadangkan kepada seluruh mahasiswa untuk turun ke bengkel 'posting' dan mendengar sendiri penjelasan berkaitan isu terbabit yang akan disampaikan oleh pegawai Bahagian Sumber Manusia Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Mahasiswa turut disarankan agar bertanyakan soalan tentang sebarang keraguan mengenai isu terbabit.




