January 24, 2011

3820 tandatangan akan diserah petang ini

Tanjong Malim, 24 Jan – Setelah empat hari team Mahasiswa Pendidik (MP) berkampung di seluruh kawasan kampus, mereka telah berjaya mengumpulkan sebanyak 3820 tandatangan daripada seluruh mahasiswa yang terlibat dengan masalah PTPTN.

Pengerusinya, saudara Mohd Zahar mengucapkan terima kasih kepada mahasiswa yang sensitif dan optumis menyokong tindakan yang telah dibuat. “Alhamdulillah kita telah Berjaya mencapai target untuk memungut sebanyak 3000 tandatangan, tetapi sokongan daripada mahasiswa yang menggalakkan menyebabkan jumlah tersebut meningkat hampir kepada 4000 tandatangan. Tahniah saya ucapkan, ujarnya.”

Pihak Upsikini dimaklumkan bahawa mereka akan pergi bertemu Dato’ Naib Canselor pada pukul 2.00 petang nanti. Perkembangan setakat ini, hanya ahli jawatankuasa khas tersebut iaitu seramai 5 orang yang akan dibawa bersama dalam pertemuan tersebut.

Harapan mahasiswa adalah supaya pertemuan tersebut akan membuahkan hasil yang positif ekoran keadaan yang terdesak akibat daripada kelewatan pihak PTPTN mengkreditkan wang pinjaman kepada para pelajar.

January 22, 2011

Kolumnis: ‘Referendum’ perlu difahami sebagai cara demokratik

Ahmad Wafiuddin
22 Januari

Sebagai golongan cendekiawan, mahasiswa yang boleh disifatkan sebagai ‘civil society’ bagi negara maju tidak sepatutnya keliru dengan maksud ‘referendum’ dengan ‘memorandum’ atau demonstrasi. Referendum atau pungutan suara bukan memorandum atau demonstrasi. Jauh sekali membawa konotasi 'radikal'.Tidak.

Referendum dalam bahasa Melayu ialah pungutan suara dimana ianya merupakan satu cara demokratik yang digunakan dalam sesebuah masyarakat maju, dimana mahasiswa berhak menyatakan sokongan secara langsung tentang sesuatu isu tertentu secara bebas yang melibatkan kepentingan semua.

Pungutan suara juga disfatkan sebagai salah satu cara untuk menyatakan pendapat orang ramai secara aman mengenai persetujuan (tandatangan) sesuatu isu yang tidak jelas sokongannya. Dengan pungutan suara, maka sesuatu isu dapat dijelaskan sokongannya daripada pihak yang ramai.

Mengulas tindakan wakil JHEPA yang cuba menggagalkan usaha mengutip tandatangan atau ‘referendum’ semalam, saya berpandangan ianya adalah satu cubaan anti-intelektual untuk menyekat suara majoriti mahasiswa berhubung hak mereka terhadap kualiti sesuatu perkhidmatan (pinjaman PTPTN) mahu pun perkara lain.

Mahasiswa harus sedar mengenai hak mereka dengan lebih jelas walau pun kita tahu bahawa kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan. Tetapi, kita perlu tahu bahawa itulah tugas ‘wajib’ bagi kerajaan untuk menjadi ‘khadam’ kepada rakyat. Bukan menyusahkan kita.

January 21, 2011

Lepas 'referendum': PTPTN mesej nyatakan maklumat pinjaman dikreditkan

Tanjong Malim, 22 Januari – Selepas mahasiswa mengumpul pungutan suara (referendum) bermula Rabu lalu, PTPTN hari ini telah mengeluarkan makluman berhubung pinjaman akan dikreditkan menerusi mesej kepada mahasiswa Upsi.

Sebilangan mahasiswa disini petang tadi telah menerima mesej dari PTPTN yang menyatakan tempoh wang akan dikreditkan. Namun, mesej tersebut dikatakan tidak dinyatakan dengan tepat bila wang akan dikreditkan sebaliknya menggunakan perkataan ‘dijangka’ dan ‘mulai’.

Mesej yang diterima daripada PTPTN.INFO tersebut berbunyi “Pengeluaran pembiayaan PTPTN untuk semester II sesi 2010/2011 dijangka akan dikreditkan ke akaun tuan/puan mulai 31hb Januari 2011.Sekian terima kasih.”

Dalam pada itu, rata-rata mahasiswa menyatakan bahawa maklumat tersebut tidak ada apa-apa perubahan daripada apa yang telah dimaklumkan sebelum ini, dimana PTPTN paling awal 31 Januari.

Makluman tersebut masih tidak dinyatakan dengan jelas berkenaan tarikh sebenar akan dikreditkan namun ianya hanya dijangka dan mulai 31 Januari.

Namun begitu, beberapa mahasiswa disini mengucapkan terima kasih kepada PTPTN atas makluman tersebut dan mereka berharap ianya dapat dipercepatkan.

January 20, 2011

LMP betulkan dakwaan: 'Kita mesra semua, kita cool'

Tanjong Malim, 20 Januari - Legasi Mahasiswa Progresif atau LMP mengeluarkan kenyataan untuk memperbetulkan dakwaan bahawa meraka merupakan kelompok yang 'keterlaluan'. Mereka menyifatkan bahawa mereka adalah 'front' untuk semua dan kita mesra semua pihak, kita 'cool' tiada istilah 'keterlaluan'.

Menurut LMP, pandangan yang salah diberikan terhadap mereka menerusi lama Facebook yang dikatakan berpunca daripada seorang mahasiswa yang menggunakan 'nick name' sebagai 'Cinta Palsu' yang juga merupakan mahasiswa daripada KAB. Katanya'be careful with radical fan page in Facebook' yang dikatakan dituju kepada LMP.

Mereka turut menyifatkan bahawa mereka merupakan 'front' yang mesra anak muda mahasiswa dan menyatakan bahawa mereka 'tunjukkan apa anak muda (mahasiswa) suka'. Tafsiran 'keterlaluan' tidak wujud sama sekali dalam kalangan mahasiswa kerana mereka adalah golongan cerdik pandai yang berfikir untuk kesejahteraan semua.

Dalam hal berkaitan, baru-baru ini LMP dikatakan telah menyatakan bahawa mereka bersifat 'inklusif' untuk semua. Semalam, mereka dikatakan turut menyokong isu PTPTN dan pungutan suara percepat PTPTN untuk mahasiswa, bersama mahasiswa.


Amin: Hentikan politik Interlok, peranan pendidik sampaikan dengan baik

Tanjong Malim, 20 Januari - Mohd Amin Mat Sidik, Exco Akademik dan Kerjaya MPPUPSI yang juga merupakan mahasiswa Pendidikan Bahasa Melayu Universiti Pendidikan Sultan Idris hari ini menyatakan pandangan agar isu Interlok tidak dijadikan mainan politik yang boleh mencetuskan ketegangan kaum.

Beliau merujuk kepada isu Interlok yang masih belum reda dan saranan oleh beberapa pemimpin masyarakat India agar kerajaan menarik balik novel Interlok daripada menjadi teks sastera dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu (KOMSAS).

Katanya, "saya memandang Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain tidak sepatutnya dilihat dengan prejudis berdasarkan kepada perasangka perkauman sempit. Kita sebagai golongan yang berilmu, wajar menjadikan ianya sebagai bahan perbincangan atau dialog ilmiah yang berlandaskan nilai kecintaan kepada ilmu.

Karya sastera sepatutnya dinilai dengan adil mengikut kaca mata ahlinya yang boleh memahami bentuk komponen sastera dengan baik, isunya hanya beberapa ayat yang tidak tepat sahaja dan karya tersebut adalah penjelasan kepada keadaan Tanah Melayu sebelum Merdeka dan diakhir karya ini saya kira ianya menekankan persoalan perpaduan kaum.

Golongan pendidik (guru) perlu berperanan secara adil, bebas dan menjelaskan sebaik mungkin kepada pelajar agar wujud suasana sejahtera dalam perpaduan kaum. Mereka (guru) golongan yang berkhidmat untuk negara dan bebas dari pengaruh kepentingan tertentu. Sewajarnya mereka diberikan kepercayaan.

Oleh itu , karya sastera ini mesti dihentikan daripada digunakan untuk mainan politik dan para guru perlu berperanan untuk menghuraikan sebaik mungkin kepada pelajar tentang perpaduan, perbezaan kaum dan persamaan yang wujud dalam novel Interlok.

January 19, 2011

KZ anjur hari terbuka

Untuk makluman semua, Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Zaba, Universiti Pendidikan Sultan Idris akan mengadakan hari terbuka esok 20-23 Januari 2010. Hari terbuka tersebut mengangkat tema " Memperkasa Ilmu Merekayasa Kepimpinan". Sebarang maklumat aktiviti boleh melayari Facebook Hari Terbuka Kolej Zaba.



MP ketuai pungutan suara, tuntut percepat PTPTN

Tanjong Malim, 19 Januari – MP (Mahasiswa Pendidik) hari ini telah menyatakan kesediaan mengetuai pungutan suara menutut percepat kemasukan PTPTN untuk mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Pungutan suara tersebut dilakukan sekitar Kampus Azlan Shah, kolej-kolej kediaman dan ruang legar utama bilik kuliah Proton City. Pungutan suara ini akan dibawa kepada Dato’ Naib Censelor pada 24 Januari ini.

Menurut Mohd Zahar, Koordinator MP merangkap Pengurusi Mahasiswa Menuntut Percepat PTPTN berkata “kita akan membawa isu ini untuk perhatian pihak Dato’ Naib Canselor. Merujuk kepada autoriti yang ada pada Dato’ saya yakin isu ini dapat ditangani dengan baik”.

Dalam pada itu, seluruh mahasiswa UPSI diharap memberikan sokongan dan kerjasama dengan menurunkan tandatangan di ‘referendum’ yang diedarkan supaya pungutan suara ini dapat dibawa kepada pihak Dato’ dan menyatakan bahawa majoriti mahasiswa menuntut agar ianya dipercepatkan , ujarnya lagi.

Jawatankuasa tersebut mensasarkan 50 peratus kutipan tandatangan daripada 8698 pemegang pinjaman PTPTN. Melihat kepada majoriti pelajar UPSI yang terlibat dengan pinjaman PTPTN usaha ini dijangka akan mendapat sokongan padu daripada mahasiswa.

Zahar: RM250 akan dimasukkan ke akaun mahasiswa

Tanjong Malim, 19 Januari - Mohd Zahar Mohamed Nor, Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah MPPUPSI merangkap Koordinator MP (Mahasiswa Pendidik) menyatakan bahawa pihak Bendahari Upsi telah bersetuju untuk memasukkan wang pendahuluan sebanyak RM250 ke dalam akaun setiap pelajar.

Menurut beliau, hasil daripada perbincangan dengan pihak Bendahari Upsi semalam, kita mendapat respon bahawa pihak universiti bersetuju memasukkan RM25O dan Bendahari Upsi sedang berusaha agar ianya dimasukkan seawal hari ini dan selewat-lewatnya pada hari Jumaat ini.

Puan Hajah Khadijah Hamdan (Bendahari Upsi) telah memaklumkan kepada beliau pagi tadi bahawa duit tersebut akan dimasukkan dengan kadar segera. Oleh itu,mahasiswa boleh mula menyemak akaun masing-masing bermula hari ini.

Kepimpinan lemah Razik: ‘Rupanya dia melancong ke Australia’

Tanjong Malim, 19 Januari – Berhubung kelewatan pinjaman PTPTN dikreditkan ke akaun pelajar, semakin ramai mahasiswa yang mengaitkan kelewatan tersebut dengan kelemahan kepimpinan Razik (YDPMPPUPSI) yang juga dikatakan ikon utama Pimpinan Bitara (pro aspirasi).

Menurut sumber yang diterima Upsikini, beliau pada 10-16 Januari lalu telah ‘melancong’ ke Australia dalam satu program Rentas Sempadan Pemimpin Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Namun begitu, beliau tidak pernah memaklumkan kepada seluruh mahasiswa malah MPP sendiri berhubung program tersebut dan menimbulkan kekecewaan dari kalangan mahasiswa disini kerana tidak tahu apa tujuan dan apa perkara yang boleh memberi manfaat kepada mahasiswa ramai dari ‘perlancongan’ tersebut.

Dalam pada itu, seorang mahasiswa yang dikenali sebagari Fatah menyatakan bahawa “ rupanya dia melancong ke Australia, kita mahasiswa tak tahu pun, sepatutnya dia wakil mahasiswa kena cerita la sikit apa tujuan ke sana..” ujarnya menerusi lama Facebook.

Dalam hal berkaitan, baru-baru ini ada ura-ura yang menyatakan bahawa kesemua MPP akan ke Australia pada tahun ini, namun perkara tersebut dikatakan telah dibatalkan atas sebab yang tak diketahui.

January 18, 2011

Zahar, tampil perjelas isu PTPTN

Tanjong Malim, 18 Januari –Mohd Zahar Mohamed Nor, Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah MPPUPSI yang juga merangkap Koordinator MP (Mahasiswa Pendidik) telah tampil memberi penjelasan berhubung isu PTPTN. Beliau telah menghubungi Upsikini lewat tengah malam tadi menerusi email.

Katanya “pada petang semalam saya telah berbincang dengan beberapa pihak termasuk dari Unit Kebajikan dan Kewangan JHEPA untuk mendapatkan beberapa penjelasan tentang kelewatan wang dikreditkan ke akaun pelajar. Saya dimaklumkan bahawa sepatutnya pihak akademik perlu menghantar keputusan ‘exam’ pada 20 Disember lalu kepada pihak PTPTN dan wang akan dikreditkan ke akaun pada 31 Disember lagi”

Namun katanya , disebabkan oleh kelewatan ‘submit’ keputusan tersebut maka tempoh pinjaman akan dikreditkan turut dilanjutkan. Pihak akademik telah menghantar keputusan peperiksaan pada tempoh sebelum 31 Disember dan sepatutnya pinjaman akan masuk pada sekitar 7 ke 10 Januari lalu , disebabkan pihak PTPTN sedang mengemaskini penyata kewangan awal tahun , maka tempoh penyelarasan kewangan dan kerja urus tadbir telah dipanjangkan”, ujarnya.

Dalam pada itu, Mohd Zahar turut menjelaskan bahawa beliau telah bertemu dengan beberapa pihak termasuk dari Pusat Islam , Bahagian Akademik dan Unit Kebajikan JHEPA bagi mencari ruang penyelesaian berhubung isu tersebut.

Setakat ini , hasil perbincangan semalam, kita telah mendapat persetujuan daripada Pusat Islam bahawa dalam minggu ini akan dibuka permohonan bantuan segera (zakat) disamping bantuan dari Unit Kebajikan dan Kewangan Pelajar JHEPA yang bernilai RM 20,000.

Ujarnya, “saya mengharapkan agar teman-teman mahasiswa yang benar-benar tenat kewangannya boleh merujuk kepada pihak berkenaan atau berhubung terus dengan kami di barisan MP, kami bersedia membantu”