Pilihanraya Kampus UPSI kian terasa bahangnya selepas daripada kem anjuran HEP baru-baru ini. Sumber maklumat melalui penulis yang menghantar ke emel Upsikini memberitakan satu perkara yang besar kepada mahasiswa dan mahasiswi UPSI iaitu isu posting.
Dikatakan, semasa minggu suai kenal bagi sesi ini pihak aspirasi telah menganjurkan kem dengan kehilangan orang-orang aspirasi dalam tempoh tersebut. Kem ini bertujuan untuk mengrekrut ahli aspirasi yang baru seterusnya mencari calon-calon yang akan dipertandingkan dalam PRK pada kali ini.
Dalam kem tersebut, turut hadir bagi memberi ucapan dan amanat kepada pihak aspirasi ialah Tan Sri Muhyidin Yasin, Timb Perdana Menteri. Dalam ucapannya, dengan gah menyatakan “jika aspirasi kalah dalam PRK kali ini, posting akan digantung selama dua tahun”.
Pandangan berkenaan dengan steament ini memperlihatkan pihak mereka terlalu terdesak dan dangkal dalam menentukan petempatan mahasiswa UPSI. Dimana keadilan kementerian jika benar perkara ini. Kemungkinan besar pihak aspirasi akan melakukan dengan pelbagai cara bagi memenangkan calon mereka termasuk akan berkerjasama dengan HEP bagi mengalahkan calon-calon lain.
1 comment:
SALAM..
kami mengikut segala perubahan yang dibuat oleh pentadbiran upsi. diminta untuk berpraktikum awal, selesai berpraktikum desas desus kata konvo bulan 3, tapi skrg sunyi sepi ja. bersimpati juga dengan senior2 kami yang sama-sama berpraktikum tempoh hari, lama menunggu. bila sbnrnya konvo ni? kami dah serik dijadikan sebagai bahan uji kaji...
-wakil kpd makhluk yang diuji kaji-
Post a Comment