February 22, 2012

UPSI KEMBALI KE ERA 2005 -2007? Siri kelapan : Apabila Paluan Gendang Pemilihan MPP Mula diPalu Oleh Dato’ Dangdut.

Setelah berehat agak lama untuk memberi ruang kepada mahasiswa UPSI yang sedang bercuti. Penulis juga percaya DD… telah menggunakan kesempatan ini untuk berdandud dan berkaraoke sepuasnya tanpa memikirkan tingkah lakunya itu akan dipaparkan di UPSIKINI. Penulis mendengar khabar dalam seminggu dua ni, DD… begitu ligat berdangdut dan berkaroeke di majlis anjuran HEPA. Teringat kata DD… ketika gambar kakitangan HEPA bergambar dengan Raja Muda Perlis di Kota Baharu terpapar dalam UPSIKINI sedangkan beliau masih belum pulang ke UPSI. “Dah ramai aku buang kakitangan HEPA tapi ada lagi yang bagi maklumat kepada UPSIKINI”. Cuma penulis juga nak ingatkan kepada DD… kisah “Dato’ Paduka Firaun” pernah memerintahkan agar semua bayi yang baru dilahirkan dibunuh bagi mengelakkan lahirnya insan yang akan membawa kebenaran, lantas akan memerangi kebatilan dan salah lakunya.

Walaupun ribuan bayi yang baru dilahirkan dibunuh oleh firaun dan juak-juaknya, Namun takdir Allah telah menetapkan bahawa Nabi Musa hidup dan membesar dalam istananya sendiri. Akhirnya menjadi penentang tegar terhadap kebatilannya. Sendiri mahu ingat itu kisah wahai DD…

Bagi menyahut paluan gendang pemilihan MPP yang mula dimainkan oleh DD… dan juak-juaknya, penulis akan memulakan fasa kedua siri penulisan ini untuk mengulas beberapa pendekatan yang mungkin akan digunakan oleh DD… dan juaknya bagi memastikan calon tajaannya memenangi pemilihan MPP yang akan diadakan sama ada pada penghujung bulan Februari atau awal Mac nanti.

Sebagaimana yang dijelaskan pada siri yang lepas, DD… telah melantik beberapa orang juak-juaknya dalam kalangan pengetua untuk memastikan “agenda pembersihannya” di UPSI berjaya dilakukan. Maka juak-juak yang dilantik akan memainkan peranan masing-masing. Dr. Seni Hitam Putih akan memainkan peranannya untuk memujuk dan mengugut pelajar melalui seni pidatonya yang lebih baik daripada pengetua yang lain. Caranya mudah difahami, iaitu memujuk dan mengugut pelajar dengan faktor kebendaan, antaranya menggunakan isu posting dan pembangunan universiti. Cara tersebut pernah digunakan oleh Dr. Seni Hitam Putih semasa era pemerintahannya di KAB pada tahun 2005-2007.

Sementara Dr. Songkok akan memainkan peranannya dalam aspek tipu daya, kerana Dr. Songkok ada Phd dalam “ilmu jiwa manusia”. Tidak dilupakan peranan Dr. Badigon yang akan menghalalkan apa sahaja tindakan DD… dengan ceramah agamanya di hadapan pelajar. Penulis cadangkan agar pembaca menyiasat peranan ketiga-tiga pengetua ini dalam UMNO. Seorang sahabat penulis pernah mengemukakan kehairanannya kenapa Dr. Badigon diterima masuk di UPSI selepas membuat onar di UM dan UNISEL. Mungkin pembaca boleh mendapat maklumat lanjut onar apa yang dilakukan oleh Dr. Bagidon di kedua-dua universiti tersebut.

Maka tersebutlah kisah salah satu tajuk yang dibengkelkan oleh pengetua dan felo di Kota Baharu baru-baru ini. Tajuknya ialah BAGAIMANA UNTUK MEMASTIKAN CALON MPP TAJAAN DD… MEMENANGI PEMILIHAN MPP AKAN DATANG. Maka juak-juak lantikan DD… telah dilantik untuk mengetuai bengkel tersebut. Masing-masing mengemukakan cadangan, cuma yang lebih menariknya semua cadangan tersebut merujuk kepada pengalaman juak-juak DD… pada era 2005 – 2007. Maka pengetua dan felo perlu MENGGUNAKAN APA CARA SEKALIPUN untuk memenangkan calon-calon ASPIRASI tajaan DD…

Bersambung...

1 comment:

Mat Jaoh said...

Dr Songkok adalah org kuat UMNO Selangor. Lahir dalam keluarga UMNO di Perak. Bergiat dalam UMNO di Selangor di sebalik topeng INMIND di bwh kelolaan Dr Khir Toyo..kalau x caya leh la siasat sejarahnya