Tanjung Malim,20 Feb- Hari ini bermula Semester 2 sesi 2011/2012, walau bagaimanapun masalah tidak dapat mengakses laman sosial Facebook dan Youtube bermula jam 7 malam sehingga 7 pagi masih lagi berpanjangan. Masalah ini telah berlarutan semasa hujung semester lepas sehingga kini.
Menurut Exco Kebajikan dan Perkhidmatan Saudara Amirul Afzan, menyatakan bahawa “tidak ada alasan yang kukuh bagi pihak pentadbiran menyekat laman social facebook dan Youtube kepada semua pengguna Upsijaring, hal ini kerana banyak manafaat yang boleh digunakan dalam dua laman ini bagi mahasiswa dan mahasiswi UPSI”.
Menurutnya lagi “timbul persoalan, mengapa pihak pentadbiran mengambil langkah berkenaan, apakah ada sesuatu yang ditakutkan oleh pentadbiran UPSI kepada dua laman ini?”.
Dalam masa yang sama, beberapa perasatuan juga memberi respon yang senada dengan pandangan Saudara Amirul Afzan. Pimpianan persatuan seperti, PersatuanPendidik Islam UPSI, Persatuan Pengguna UPSI dan juga Persatuan Pengajian Malaysia menyatakan pandangan bersama tentang isu ini.
Dikatakan, mereka juga menyatakan sekepakatan bagi membawa isu ini diperingkat pentadbiran. Diharapkan semua mahasiswa dan mahasiswi bersabar diatas kesulitan ini.
No comments:
Post a Comment