December 31, 2009

'Posting' bukan hak keistimewaan pelajar UPSI

Amin Mukhlis
14 Okt 2009

Isu penempatan sememangnya isu sensitif yang boleh menggugat kestabilan dan keamanan di UPSI sekiranya ia berpanjangan. Biar apa isu yang timbul tetapi isu penempatan atau lebih kerap digunakan warga UPSI dengan perkataan ‘posting’ jangan sekali-kali disentuh.

Baru-baru ini heboh SATU MALAYSIA dengan khabar mengatakan 'posting' bakal dibeku. Kemudian diperbetul pula dengan kenyataan mungkin dilewatkan. Semuanya gara-gara laporan blog UPSIkini yang mengambil ucapan TNC Akademik & Antarabangsa UPSI semasa satu program di UPSI. Sampai sekarang pun masih ada bunyi-bunyi tentang isu ini.

Apapun yang mahu diperdebatkan tentang isu ini, satu perkara yang perlu disedari, “Penempatan bukan hak istimewa pelajar UPSI”. Itu seharusnya diakui pelajar UPSI. Tidak ada satu dokumen yang mengatakan pelajar UPSI mempunyai hak untuk mendapat penempatan, cuma mungkin pihak yang berkaitan berasa terhutang budi dengan sejarah UPSI dalam menjadi pusat melahirkan guru-guru sejak zaman sebelum kemerdekaan.

Hakikat ini semakin mula dizahirkan sedikit demi sedikit. Keadaan mula berubah setelah kementerian yang dulunya SATU menjadi DUA – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). UPSI diletakkan di bawah KPT dan membesarkan anak yang mahu berbapakan KPM. KPM juga punya anak sendiri, IPGM, dan ada anak susuan – DPLI dan KPLI. UPSI di mana agaknya?

Memang UPSI ada mencetak Ijazah yang bertatahkan pendidikan namun bagi KPM Anak Kandung Suluh Budiman ini anak orang lain biarpun bin atau bintinya pendidikan. Tak ada dalam mana-mana wasiat mengatakan anak dari UPSI ini akan dilamar KPM untuk jadi menantu. Semuanya bermula bila KPM dan KPT bercerai. Dan hak istimewa posting tak terpakai oleh Anak Kandung Suluh Budiman!!

Mungkin keadaan ini akan kembali pulih apabila KPT merujuk semula dengan KPM untuk menjadi SATU keluarga semula. Mungkin boleh dipanjangkan kepada Tok Kadi yang SATU itu.

*penulis merupakan salah seorang pengikut setia UPSIkini yang telah menghantar pendapat beliau ke upsikini@gmail.com.

Dan post ini diambil dari isu penempatan yang lepas. Kenyataan Dr Mohd Puad Zarkhasi hari ini mengesahkan kebenaran isu penagguhan 'posting' Novemer lalu. rujuk beberapa entry lepas UPSIkini,

7 comments:

Anonymous said...

MPP boleh buat petiton x. kumpul tandatangan dan serahkan kepada menteri

Anonymous said...

upsi jgn jd lembik..
kpd plajar upsi jgn jd bacul...
lawan slagi termampu..
ini masa dpn anda..
ini cita2 anda..ini periuk nsi anda..
klu dok wt x tau je lg maka bangang lah anda...
jomm.. DEMO...
U yg tnama lain x lembik mcm anda..

Anonymous said...

kami malu dengan u kami!

Anonymous said...

ptadbiran jgn jga periuk nasi sndri ja wt sesuatu untuk kami...

Anonymous said...

ISMP pehal ni smpai gn tv kutuk dpli, nk bgtau psl posting nape nk kutuk dpli skali..

kata guru bkualiti tinggi x kan skolah swasta x mo ambik kot..

upsi ptut dbubar jd insitut pguruan je sng..dok bwh kpm..x de la dgr org dok bsg psl posting..bosan!!!

Anonymous said...

salam ukhwah kepada rakan UPSI

Guru adalah kerjaya yang mulia. Guru merupakan contoh dan teladan yang paling dekat dengan murid dan menjadi benteng pertama untuk membentuk peribadi dan jati diri anak-anak seterusnya membentuk warga yang terbilang.

Persoalannya??

kita keluaran UPSI keluar nanti akan menjadi guru, mendidik anak bangsa dan membentuk jati diri murid kita. adakah budaya membuat DEMO, menghantar petisyen dan mencaci cela orang lain menjadi budaya kita? KPLI dan DPLI adalah rancangan KPM untuk menangai maslah kekurangan guru yang berlaku di negara kita. Dalam hal ini tidak ada istilah anak susuan ataupun ibu tumpang sekalipun.

kepada warga UPSI sekalian, sekarang dunia pendidikan sedang giat berputar dan terus berubah. kita yang ada di UPSI kena terus memperlangkapkan diri dari segi fizikal dan metaliti kita.

jangan menjadikan budaya menunding jari dan mencari kesalahan orang lain sebagai budaya kita.

sekian wasalam.

Roxal said...

KPM mangkuk!
Pelajar UPSI terus la lawan. Lawan bukan dengan lemah lembut tapi kasar. Paling penting undi PRU nanti pakat satu family jgn pangkah puak mangkuk jamban ni. Aku mmg benci betul ngan penchacai semua ni. ku berdoa tersungkurlah BN PRU akan datang ni.