Tanjong Malim, 3 Jan. – Slot bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) petang tadi mengundang pelbagai reaksi daripada hadirin atas ucapan Mohd Hairie Abdullah, Yang Dipertua MPP 08/09 yang dikatakan murahan dan tidak memperlihatkan kredabiliti sebagai orang nombor satu MPP.
Beliau yang berucap di hadapan kira-kira 500 pelajar baru ambilan Disember bertempat di Auditorium hanya menyentuh isu-isu remeh dan tidak relevan dengan mahasiswa.
Dalam pada itu, beliau juga dikatakan mengugut pelajar dengan isu AUKU selain sering memperkatakan tentang MPP sesi lepas.
Beberapa mahasiswa yang ditemui mendakwa ucapan Hairie sebagai kurang berkualiti dan membosankan sehingga menyebabkan ramai hadirin tidak memberi tumpuan terhadap ucapan tersebut.
“Kami kurang faham apa yang ingin disampaikan sebenarnya kerana sebagai pelajar baru kami ingin tahu apakah peranan MPP yang dikatakan sebagai wakil mahasiswa tetapi apa yang dia ucapkan tadi jauh dari apa yang kami harapkan”,ulas mereka.
Menurut salah seorang urusetia yang bertugas semasa slot tersebut berlangsung, ucapan Hairie gagal menarik perhatian pendengar kerana isu yang disentuh tidak kena pada waktunya.
“Ucapan Hairie gagal menarik perhatian pendengar kerana beliau kurang bijak dalam memilih perkara yang perlu disentuh apabila berhadapan dengan pelajar baru,”katanya. Tambahnya lagi,”ucapan seperti ini sedikit sebanyak menjatuhkan imej barisan MPP di kalangan pelajar baru.”
Esok merupakan hari ketiga Minggu Suai Kenal Pelajar Baru Ambilan Disember yang bermula semalam.
January 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
2 amanat yang disampaikan oleh ydp mpp:
1. zaman universiti adalah zaman untuk mencari "kekasih hidup". hairie berkata "yang perempuan kalau dah tua, saham jatuh".
2. mpp akan guna wang pelajar dalam dana kebajikan untuk pergi ke luar negara atas alasan "baktisiswa".. sedangkan di malaysia sendiri, baktinya mana?
Post a Comment