January 30, 2009

Pro Kebajikan sifatkan situasi UM mirip UPSI

Tanjong Malim, 29 Jan. – Pro Kebajikan hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa situasi yang berlaku di Universiti Malaya mirip kepada apa yang berlaku kepada Pro Kebajikan di UPSI dalam mengisi kerusi nombor satu kabinet MPP.

Apa yang membezakan situasi di UM adalah bilangan kerusi yang dimenangi oleh Pro Mahasiswa di UM lebih 1 kerusi berbanding penggerak mahasiswa.

Jurucakap Pro Kebajikan UPSI menasihatkan agar semua pihak di UM menerima keputusan yang dibuat oleh para pengundi sebagai satu suara majoriti dan akur dengan calon umum yang mendapat undian tertinggi sebagai pilihan utama mengisi kerusi YDP.

“Pihak yang mendapat undian majoriti selayaknya mengisi kerusi YDP kerana ini adalah suara mahasiswa dan MPP adalah milik mahasiswa,”ulasnya.
Tambahnya lagi,”sekiranya pilihan mahasiswa ini ditolak, maka apakah maknanya calon berhempas pulas berkempen bagi memperoleh undi tertinggi?”.

Dalam pada itu, Pro Kebajikan turut menegaskan agar UM lebih matang dalam berpolitik sebagai unversiti terulung yang menjadi perhatian seluruh mahasiswa di Malaysia.

UM menyaksikan penguasaan kerusi oleh Pro Mahasiswa mandahului Penggerak Mahasiswa dengan kelebihan 1 kerusi.

2 comments:

Anonymous said...

woi magkuk
asment kau dah siap ke..ni sellalu politik je..dapat dekan tak sem lepas..kalau tak tak payah org mcm kau ni politik..betul betul perosak..takut nanti di ISA kan baru kau tau
Satu lagi jangan masukkan politi UM..kami UM tak nak ada org masuk campur..jaga je Univsty kau...

Anonymous said...

haha..politik UM plg best ant IPT...