Tanjong Malim, 12 Dis. – Sahabat Mahasiswa Universiti (SMU) yang sebelum ini sering terlibat dalam Minggu Suai Kenal pelajar-pelajar baru dilaporkan tidak terlibat pada ambilan Disember ini.
Minggu Suai Kenal pada ambilan Disember ini dikatakan hanya melibatkan Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JMK) setiap kolej-kolej kediaman dan Majlis Perwakilan Pelajar. Menurut sumber, pengecualian SMU untuk terlibat pada MSK kali ini adalah sebagai langkah berjimat-cermat dalam perbelanjaan urusetia selain jumlah pelajar yang tidak begitu ramai pada sesi kemasukan kali ini. Sumber turut melaporkan sebagai berkata, langkah mengambil JMK dan MPP untuk bekerja dalam MSK kali ini merupakan percubaan untuk melihat keberkesanan kedua-dua organisasi ini bekerjasama untuk MSK kali ini dan berkemungkinan pada masa akan datang tanpa SMU.
Sehubungan dengan itu, ada cakap-cakap mengatakan SMU berkemungkinan akan dibubarkan bagi menangkis tuduhan yang mengaitkan SMU dan Kumpulan Pro Aspirasi. Isu mengaitkan SMU sebagai tapak gerakan Pro Aspirasi telah lama diperkatakan di kalangan mahasiswa terutamanya mereka yang pernah terlibat dengan beberapa siri kursus yang dianjurkan.
SMU sebelum ini turut dikaitkan sebagai jentera Pro Aspirasi dalam beberapa PRK yang lalu.
Pendaftaran pelajar baru dijadual pada 2 Januari 2009.
5 comments:
kita semua dalam satu universiti yang sama. kita bekerja untuk tujuan yang sama. kita bekerja dengan ikhlas dan bersungguh2. tiada istilah, siapa pandai, siapa tak pandai, siapa pro atau sebaliknya...
boleh tak tunjukkan kesungguhan kita sbg bakal pendidik bhw kita mampu lakukan yang terbaik. anggaplah semua ini sebagai amal jariah..
satu pihak jangan membiarkan satu pihak saja untuk buat kerja dan begitu juga sebaliknya..
saya tak menyebelahi mana2, apa yang saya cuma nyatakan... kalau anda rasa layak (sama ada sebelah sana atau sebelah sini, tunjukkanlah kewibawaan tu)...
kalau stkt bhbg dgn org kuat hep atau pandai guna blog atau aktif di kolej, buat apa???.. inilah masanya.. permulaan utk kebersamaan...
"UPSI ialah tempat keramat, b'banggalah kerana anda adalah sebahagian daripadanya"...
wasalam...
Salam…
Saya, adalah SAHABAT MAHASISWA UNIVERSITI. Sudah 3 sidang saya mengendalikan Minggu Suai Kenal, seperti yang dilaporkan untuk berjimat cermat, ianya adalah langsung x masuk akal. SMU bertugas siang dan malam tanpa dibayar sesen pun. Tiket pun x pernah dapat klim. Kowang semua mana taw? Sebab kowg bukan join MSK sebelum ini. Kami x cukup tidur…kami dimaki dengan pegawai atasan… adakah ianya berbaloi dengan sehelai t-shirt F1??? Kami x pernah mengira dengan usaha yang kami lakukan kepada universiti. Niat kami SMU hanya untuk membantu pihak atasan universiti dalam melicinkan perjalanan Minggu Suai Kenal. UPSIKINI, sumber mana yang anda dapat??? Jawab… Kami x dibayar sesen pun dengan komitmen dan usaha yang kami lakukan untuk melicinkan MSK yang lepas.
SMU dibubarkan? Apasal pulak? Sedangkan SMU merupakan salah satu kelab yang aktif seperti persatuan dan kelab lain. Kenapa? Kelab Lain Tercabar Ka? Kalau nak libatkan dengan pilihanraya, maaf lah… Kami bukan di mana-mana pihak. Kami sentiasa bersama universiti. Kenapa kelab lain x dipersoalkan seperti PERMAS, PPI, PENGGUNA dan sama waktu dengannya… Saya rasa, kelab-kelab ini yang ada link dengan Pilihanraya kampus dan bukan Sahabat Mahasiswa Universiti. Kami Sahabat Mahasiswa Universiti dan bukan Pengkhianat atau Musuh universiti.
Tentang statement urusetia hendak berjimat cermat. Helo UPSIKINI, kami hanya dapat makan percuma ja. Yang lain kami x dapat. Kami dengan kekuatan 120 orang untuk mengendalikan 2500 pelajar baru.
Untuk pengetahuan pihak upsikini… sekarang ini, seramai 150 orang JMK setiap kolej digunakan untuk mengendalikan hanya 600 pelajar dalam minggu suai kenal yang akan datang.
So, dimana pembaziran? Semasa SMU atau JMK? Kowang pk lah sendiri. Kalau kowg kira budget pon kowg mampu untuk menilai mana lagi jimat iaitu semasa SMU atau JMK yang langsung x de pengalaman dalam pengendalian MSK.
Kononya SMU terlibat dengan PRK. Excuse me, kami hanya sebuah kelab yang AKTIF, so jangan hendak pertikaikan Kelab kami.
Lain kali kalau nk kuarkan news kat UPSIKINI, kwg kaji betul-betul… jangan dok hentam kalo x taw cite sebenar. Kami hanya dapat T-shirt F1, pengalaman, penat, enjoy, kawan-kawan, dan ilmu dalam pengurusan dan sesen pon kami x dapat. Ada paham???....
Salam semua,,nk cmment ckit sal JMK yg dikatakan xde pengalaman langsung dlm pengendalian minggu suai kenal pelajar baru..org kata,kdg kala budak baru belajar ni lebih "fresh" ideanya dalam penghasilan sesuatu. So,isunya kepada SMU, berilah peluang dan ruang kepada JMK2 kolej untuk bergabung tenaga dan masa untuk sama2 bekerja dalam satu organisasi bagi mengendalikan msk ini.Insya allah yg terbaik mampu JMK berikan kepada pengurusan atasan khususnya HEP.
Seperti dalam SMU juga,niat JMK sama sahaja iaitu hanya untuk membantu pihak atasan universiti dalam melicinkan perjalanan MSK.Tiada gaji yang dibayar kepada kami, buat masa sekarang hanyalah makanan sahaja yang kami dapat.
Kita serupa sahaja, makhluk yang dicipta oleh Allah swt,hanya dibezakan dengan amalan sahaja. So, janganla berbangga dengan ilmu dan kepandaian yang ada.Kdg kala "pengalaman" sahaja tidak layak dijadikan ukuran sebenar dalam menentukan kejayaan sesuatu individu or organisasi. Hidup UPSI,BANGUNKAN UPSI yang gemilang ini dengan cara yg terbaik.
HEP tersilap percaturan apbl 'terlepas kata' mahu memberikn MSK kpd JMK klj akibat keinginan yg amat sngt oleh Mjls pengetua yg teringin sangat mengendalikan MSK.malangnya JMK2 klj kurang berminat utk menerimanya..YDP2 kolej kemudiannya bersidang dan tidak mahu menerimanya sehingga dikatakan ada ydp yg cuba memboikot msk...
kemudian, hep masih ingin meminta bantuan drpd smu untk mmbantu..malangnya semua mereka mmpunyai komitmen lain yg perlu dilakukn.
kpd jmk..gud luck 4 msk kali ni,anggap lh ini permulaan pd anda..bljr lah sebaik mungkin sementara bilngan pelajar yg x ramai. cabaran sebnr adlh sem dpn yg melibatkn pengambilan pelajr yg ramai..jd anda perlu byk berusaha
adlh amat mustahil smu akn dibubarkn..smu juga tlh merancang pelbagai program spnjg sem dpn..kpd ahli smu,teruslah aktif n menyokong smu..smu akn terus unggul dlm melahirkan pemimpin pelajar n terus menyokong universiti..dl, kini n selamanya..
PEMIMPIN KELUARAN SMU:
1.zulhemi (YDP KHAR 07/08)
2. Izi Nasiruddin (YDP KUO 08/09)
3. ZaiFahmi (YDP KZ 08/09)
4. Faizul/atok (YDP MPP 05/06)
5. Izwan Shahril (YDP MPP 06/07)
6. Raimi Rahim (YDP MPP 07/08)
7.Hairi (YDP MPP 08/09)
8.Hafiz (NYDP KUO 08/09)
9.Umi (TYDP KHAR 07/08)
10.khamelia (TYDP KHAR 05/6)
ini hnyalh sbhgian kecil nm2 yg telah menyumbg bakti diuniversiti n klj2 hasil drpd penglibatan mereka dlm smu.ini x trmsk president kelab n persatuan..
apalah awk upsikini..kita sama universiti..jgn kerana ideologi kita nak pecah belah..di Amerika walaupun terdapat perbezaan ideologi tapi mereka boleh bersatu..Itu sebab mereka kuat,...jgn lah nak salahkan SMU dan juga Pro Aspirasi..Diorang tu sebenarnya menjaga kebajikan siang dan malam..apalah gunanya kalau slogan kebajikan dilaungkan tapi kebajikan tak dijaga..mahasiswa nganga..tapi pro aspirasi ni lah yg jaga kebajikan kami terutama di kolej ungku omar mengenai penyimpan barang semasa nak cuti hari tu..mana dia MPP yang melaungkan kebajikan selama ni..nak tak nak MPP Kualiti yang banyak berkorban juga membantu kami...
Jadi seperti kata sejarahwan,jangan lah kita bias dalam menghukum SMU Atau Pro Aspirasi..kita kena lihat dari pelbagai sudut..
KKKK
Post a Comment