Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI meletakkan syarat supaya semua ahli MPP wanita memakai skirt labuh dan kemeja untuk satu lawatan ke Kementerian Pengajian Tinggi. Syarat ini dibuat bagi menyelaras semua pakaian ahli sebagai langkah mengikut protokol dalam lawatan tersebut. Syarat yang diletakkan ini mengundang reaksi kurang senang daripada beberapa ahli MPP ‘muslimat’.
Berikutan itu, syarat tersebut ditentang keras oleh beberapa ahli MPP ‘muslimat’ yang mendakwa syarat tersebut tidak relevan sama sekali kerana berbaju kurung tidak langsung melanggar etika pemakaian dalam lawatan tersebut dan kenapa syarat skirt labuh dan kemeja itu perlu dibuat?.
“Saya tidak faham apakah berpakaian seperti kami sekarang ini melanggar mana-mana etika pemakaian?”soalnya.
Mereka yang bertegas dengan prinsip mereka turut menyatakan mereka tidak akan sekali-kali tunduk dengan tuntutan yang melanggar prinsip dan imej mereka.
“Kami akan tetap dengan prinsip kami, berpakaian sebagai seorang muslimat dan syarat pemakaian skirt labuh dan kemeja ini bukan perkara utama bagi kami. Perkara yang lebih penting adalah isu yang ingin dibangkitkan dalam pertemuan dengan KPT nanti,”jelas mereka.
Lawatan tersebut dijangka akan dibuat pada 22 Disember ini.
4 comments:
undang-undang kuno, bodoh dan tidak bertamadun..
Rilek r maahadian...yg penting menutup aurat..lgpn sbenarnya skirt labuh dgn kemeja 2 hanya cadangan..bukan syarat lg la...rilek..be cool
Salam
pada ana yang penting kita ttp aurat..pakai j skirt labuh tapi kemeja n tudung labuhkan..asalkan ianya mengikut syariat ianya xsalah..kita kena ingat iSLAM is a solution. dan kita kene ingat mereka adalah sasaran dakwah kita..islam itu luas, jgn biarkan fikiran mereka mengatakan islam itu sempit..kita tunjuk islam adalah solution..
Takbir!!!
betul tu..
Post a Comment