Tanjong Malim, 19 Dis.- Dakwaan mengatakan terdapat kekalutan dalam kerjasama Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JMK) kolej-kolej kediaman UPSI untuk gerak kerja Minggu Suai Kenal ambilan Disember kali ini disangkal oleh beberapa JMK yang ditemui hari ini. Menurut salah seorang ahli JMK yang dihubungi, dakwaan itu tidak berasas sama sekali dan sengaja dibuat bagi memperkecilkan keupayaan kami untuk melaksanakan MSK.
“Ini dakwaan mereka yang tidak bertanggungjawab dan bongkak. Jangan terlalu sombong untuk mengeluarkan kenyataan seolah-olah kami tidak mampu melaksanakan tugas yang diamanahkan,”katanya. Tambahnya lagi,”Kami akan sedaya upaya menjalankan tugas yang diberi dan akan menangkis segala anggapan negatif sebelum ini.”
Seorang lagi ahli JMK yang membuat ulasan mengatakan, kerjasama setakat ini sangat positif dan segala gerak kerja berjalan dengan baik.
“Kerjasama antara JMK dalam MSK menujukkan petanda yang positif dan segala keputusan gerak kerja dibuat secara kolektif antara kami”,katanya.
“Saya dan rakan-rakan yang lain akan berusaha menjalankan tanggungjawab ini dengan baik”,ulasnya lagi.
JMK menangkis dakwaan ini apabila ada cakap-cakap mengatakan mereka tidak setuju apabila diberi tanggungjawab mengurus MSK kali ini. Menurut sumber rungutan ini hanya disuarakan oleh YDP Kolej Ungku Omar, Izi Nasiruddin yang terkenal sebagai orang kuat SMU. Beliau dikatakan turut memboikot MSK kali ini dan tidak terlibat dalam gerak kerja yang disertai semua JMK kolej sejak seminggu yang lalu.
Hari pendaftaran dan Minggu Suai Kenal pelajar baru dijadual bermula 2 Januari ini.
2 comments:
wei izi pondan...
xpayahla berlagak pandai kat UPSI nie..
aku tgk pn naik menyampah dah..
poorahhh...
Sbg JMK y 100% terlibat dlm gerak kerja, saya lebih faham apa y berlaku sebenarnya. Alhamdulillah, setakat ni kami tak berdepan sebarang kekalutan & kami tak tempuh sebarang masalah besar pun. Tuduhan kami xsetuju peralihan kuasa, jawapan saya; kami terima tugas ni dgn hati terbuka memandangkan ini satu tanggungjawab & demi mencari secangkir pengalaman. Insya Allah kami akan laksanakan yg terbaik & kami yakin Allah akan sentiasa bersama-sama org y benar... =) =) =)
Post a Comment