September 24, 2012
PRK UPSI nyawa Junaidi
September 23, 2012
PRK: Lebih 100 mahasiswa dihalang kempen dikolej
Selain itu, mantan Bendahari Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUPSI), Fauzi Mando, turut dihalang dari memasuki kolej. Dia dilaporkan telah mengkritik pihak pentadbiran atas sikap tidak profesional dan 'double standard' tersebut.
Mahasiswa Pendidik hantar memorandum bantahan esok
- Bersihkan Pilihanraya Kampus
UPSI.
- Membersihkan Kredibiliti
Suruhanjaya Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar 2012.
- Menuntut Proses Penamaan Calon
Diadakan Semula.
- Menolak Campurtangan Dalaman
dalam Pilihanraya Kampus
Dalam pada itu, Koordinator Mahasiswa Pendidik, Shahrul Hazri ketika dihubungi telah mengesahkan bahawa mereka akan menghantar memorandum pagi esok sebagai reaksi kepada ketidakadilan yang berlaku dalam proses penamaan calon sebelum ini.
September 22, 2012
Mahasiswa Pendidik isytihar 'perang'
![]() |
| Koordinator MP, Shahrul Hazri |
Namun mereka tidak digugurkan pencalonan. Ini adalah penipuan yang ketara yang sepatutnya dibasmi oleh jawatankuasa pemilihan. Tetapi bantahan tersebut diketepikan begitu sahaja.
MP buat laporan polis
Menurut sumber, kumpulan Mahasiswa Pendidik dikatakan meragui proses pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) pada kali ini kerana wujud unsur penyelewengan dan penipuan.
Mahasiswa Pendidik mulakan siri kempen
Mantan MPP: Borang tanpa manifesto layak bertanding
September 21, 2012
Zahar: 'Sejarah PRK paling buruk'
Tanjong Malim, 21 Sept - Mantan Koordinator Mahasiswa Pendidik yang juga merupakan Exco MPP sesi 2011/2012, Mohamad Zahar (gambar) mendakwa bahawa pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) pada kali ini adalah yang terburuk dan paling tidak demokratik
PRK: 6 mahasiswa dinafikan pencalonan
Dalam hal berkaitan , kesemua bantahan tersebut dikatakan melibatkan calon dari kumpulan Mahasiswa Pendidik.
Mahasiswa Pendidik anjur Solat Hajat Perdana malam ini
Terkini di lokasi penamaan calon
10.12 pagi : Calon-calon masih berada di dalam dewan bitarasiswa menunggu proses penamaan calon. Para penyokong setia menunggu di luar dewan bagi memberi sokongan moral kepada calon mereka.
Proses penamaan calon dijangka akan ditutup pada pukul 11.00 pagi.
4.00 petang : Banyak borang rayuan yang dihantar dan Jawatankuasa Rayuan & Bantahan sedang menilai bantahan-bantahan yang telah dihantar.
5.08 petang : Jawatankuasa mengumumkan menerima 8 bantahan. 6 daripadanya adalah disebabkan kesilapan tidak mengisi borang dengan lengkap. Kesemua bantahan tersebut adalah kepada calon Mahasiswa Pendidik.
5.15 petang : Proses rayuan dibuka sehingga jam 5.45 petang.
5.20 petang : Calon Aspirasi kelihatan ceria dengan berjaya membuat bantahan terhadap calon MP
6.00 petang : Calon MP yang menerima bantahan dipanggil mengadap jawatankuasa seorang silih berganti. Calon MP kelihatan tenang keluar daripada bilik jawatankuasa rayuan.
6.40 petang : Semua calon dan penyokong masih sabar menunggu keputusan rayuan dikeluarkan pihak jawatankuasa.
7.15 petang : Keputusan diumumkan dengan menolak kesemua rayuan daripada calon MP. Sekaligus tidak melayakkan 6 orang calon MP bersaing dalam pilihanraya kampus.
Keputusan jawatankuasa ini amat mengejutkan banyak pihak kerana terdapat unsur sabotaj kepada calon MP kerana kesilapan teknikal tersebut adalah tidak menjadi kemestian bagi setiap calon mengisi manifesto masing-masing.
September 20, 2012
Penamaan calon PRK UPSI esok
September 14, 2012
Mahasiswa Pendidik sangkal dakwaan tidak sertai PRK
September 13, 2012
Mahasiswa Pendidik (MP) tidak sertai PRK?
May 4, 2012
Siri 19 : Wahai Dato’ Dandut dan Sudaraku di HEPA. Adakah Hatimu Terlalu Keras? Sehingga Tidak Boleh Dilentur Dengan Kematian…
April 26, 2012
Junaidi wajar ambil iktibar
April 16, 2012
Lawatan Mesra GMPK ke KPM Esok.
Tanjung Malim,16 April- Gabungan Mahasiswa Pendidikan Kebangsaan (GMPK) akan mengadakan lawatan mesra ke Kementerian Pelajaran Malaysia di Putrajaya esok. Lawatan ini akan disertai oleh sebahagian besar mahasiswa dan graduan pendidikan bagi mendapatkan maklum balas berkenaan beberapa isu yang berkaitan dengan mahasiswa dan graduan pendidikan.

Menurut sumber, antara isu yang diajukan esok ialah seperti kelewatan petempatan guru baru, elaun praktikal selain isu-isu yang berkaitan dengan pendidikan. Selain itu, turut dimaklumkan penyerahan memorandum juga akan diserahkan kepada Datuk Dr Wee Ka Siong selaku Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Dalam pada itu, respon daripada Saudara Amirul Afzan Exco Majlis Perwakilan Pelajar menyatakan “saya akan bersama-sama dalam lawatan ini bagi mendapatkan pencerahan beberapa isu yang menjadi tanda tanya kepada seluruh mahasiswa UPSI terutama yang akan berpraktikum pada bulan Jun ini serta petempatan guru baru” katanya.
Beberapa front mahasiswa turut menyatakan sokongan kepada lawatan ke KPM esok, antaranya seperti GAMIS, INPIRASI, PMUKM, Gabungan Graduan Pendidikan Malaysia (GGPK) serta Gerakan Kebangkitan Pendidikan Kebangsaan (GKPK).
April 4, 2012
Siri 18 : Memahami Pendekatan DD… Dalam Memastikan Calon-calon Tajaannya Memenangi Pemilihan MPP akan Datang.
Dalam siri yang lepas, penulis banyak mengulas berkaitan kelayakan DD… bagi menerajui HEPA. Ternyata DD… bukan sahaja tidak ada kelayakan dari segi perjawatan, tetapi tidak mempunyai apa-apa visi dan misi dalam aspek pembangunan pelajar. Oleh yang demikian, apa yang dilakukan oleh DD.. adalah untuk mencari populariti politiknya dan malamnya dihabiskan di kelab-kelab karaoke. Mungkin ramai pembaca akan mempersoalkan kenapa penulis membangkitkan aktiviti malamnya? Kerana itu adalah hak DD… kerana waktu kerja rasminya adalah dari jam 8 pg – hingga 5 ptg.
Makluman pembaca sekalian, penulis membangkitkan isu ini kerana dua sebab. Pertama apabila malamnya banyak dihabiskan dengan perkara yang tidak berfaedah sampai larut malam, maka sebelah paginya DD… akan menyusahkan orang lain. Orang pertama yang disusahkan adalah pemandunya yang terpaksa menunggu daripada jam 8 pagi tetapi DD… dikhabarkan akan menunjukkan mukanya antara jam 10 hingga 11 pagi. Penat beb… malam tadi berkaraoke sampai tuan kedai tutup lampu. Mungkin tidak setiap harinya begitu, untuk maklumat lebih lanjut berhubunglah dengan pemandu yang telah membawanya. Mungkin pembaca boleh mendapat maklumat kategori A.
Orang yang kedua disusahkan adalah kakitangan di HEPA, bayangkanlah wahai pembaca yang budiman, jika semua aktiviti yang melibatkan DD… tidak boleh dilakukan sebelum 10 pagi, kalau nak tahu lebih lanjut tanya Pendaftar Kanan di HEPA kerana dia berulang kali menyebut perkara yang sama dalam setiap mesyuarat. DD… bukan memegang jawatan Pekerja Am Pejabat. Jawatannya adalah TNC yang membuat keputusan dan dasar di HEPA. Pembaca boleh bayangkan berapa banyak keputusan penting yang tidak boleh dilakukan untuk kepentingan pelajar kerana sikap DD… yang menyalahgunakan waktu malamnya.
Walau bagaimanapun DD… akan seboleh mungkin menonjolkan dirinya sebagai jaguh di UPSI. Antara apa yang dibuat oleh DD… adalah memastikan setiap program seboleh mungkin namanya akan terselit di surat khabar. Kedua, DD… akan membawa seramai mungkin pemimpin kerajaan ke UPSI untuk menonjolkan dirinya dalam kalangan mereka, ketiga DD… AKAN MEMASTIKAN DENGAN APA CARA SEKALIPUN CALON-CALON TAJAANNYA AKAN MEMENANGI PEMILIHAN MPP AKAN DATANG agar beliau boleh berbangga, sekali gus akan mempopularkan dirinya sebagai jaguh pembersihan di UPSI, dan JAMINAN HAYATNYA DI UPSI LEBIH PANJANG.
Pada siri ini penulis akan mengulas beberapa strategi DD… untuk memastikan calon tajaannya akan memenangi pemilihan MPP akan datang. Mungkin sebahagian penulis menganggap ini sebagai remeh. Tetapi sebenarnya itulah antara keutamaan TNC HEPA di mana-mana universiti. Sejarah membuktikan TNC HEPA yang pertama UPSI ditamatkan kontraknya kerana gagal memberi kemenangan kepada calon-calon ASPIRASI.
Prof. Dr. Sidek Baba ditamatkan perkhidmatannya sebagai Timbalan Rektor UIAM atas kegagalan yang sama. Perkara yang sama berlaku dibanyak universiti. Ini bermakna MEMBERI KEMENANGAN KEPADA CALON-CALON ASPIRASI TAJAAN DD… AKAN MEMANJANGKAN HAYAT DD.. DI UPSI, SEMENTARA MEMBERIKAN KEMENANGAN KEPADA CALON-COLON SELAIN DARIPADA YANG DITAJA OLEH DD… AKAN MEMBUKA PINTU KELUAR KEPADA DD… UNTUK MENINGGALKAN UPSI. Saya yakin dan percaya ramai dalam kakitangan dan pelajar di UPSI yang begitu meluat dengan keangkuhan DD… Oleh, itu marilah kita sama-sama membuka pintu dan jalan keluar untuk DD… dari UPSI agar segala kekotoran yang dibawa oleh DD… ke UPSI akan dibawa pulang bersamanya. Kerana bagi penulis, DD… lebih layak untuk membuka kedai karaoke kerana minatnya yang begitu mendalam dalam bidang tersebut.
Antara strategi pertama yang dilakukan oleh DD… untuk memastikan colan-calon tajaannya memenangi pemilihan MPP adalah melantik juak-juaknya sebagai pengetua kolej kediaman. Sekali lagi penulis mengutarakan kehairanan yang pernah diutarakan sebelum ini. KALAULAH PEMANDU YANG BERJAWATAN KECIL TIDAK SANGGUP BERSEKONGKONG DENGAN DD… DALAM PERKARA YANG BERTENTANGAN DENGAN KETETAPAN AUKU DAN ISLAM, KENAPA ORANG YANG ADA PHD SANGGUP MENGGADAIKAN MARUAH DIRI DAN PRINSIP UNTUK BESEKONGKONG DENGAN RANCANGAN JAHAT DD… Maksud rancangan jahat DD… akan saya ulas pada siri akan datang. Tunggu kemunculannya…
Apa yang lebih menakutkan penulis adalah ada khabar angin yang mengatakan tauke video lucah UPSI. (Mungkin ada dalam kalangan generasi baru UPSI tidak memahami perkataan ini. Maksud penulis adalah seorang pensyarah UPSI yang terkenal dengan rakaman seks terlarangnya dengan pelajar UPSI pada era 2005 -2007, tetapi perbuatannya tidak diambil apa-apa tindakan lantaran hubungan rapatnya dengan pihak pengurusan tertinggi universiti pada ketika itu. Dengan bahasa yang lebih mudah semua pengurusan tertinggi universiti pada ketika itu adalah “teman selubungnya” di padang Golf). Dengar khabar pensyarah ini telah pulang ke tanah air setelah menuntut ilmu di seberang laut. Sekarang ini tengah intim dengan DD… di padang golf untuk mendapat jawatan Prof. Madya kalau semua warga UPSI tidak bertindak maka tunggulah kehancurannya.
Nantikan ulasan seterusnya berkaitan pendekatan DD… dalam memastikan calon tajaannya memenangi Pemilihan MPP akan datang pada siri yang akan datang.
March 30, 2012
Siri 17: Apa Beza Dato’ Dandut Berkaraoke dengan Orang Lain Berkaraoke?.
Selain daripada misinya untuk mencari populariti politik peribadi melebihi daripada aspek pembangunan pelajar yang sepatutnya menjadi keutamaannya, DD… juga dilihat begitu menggilai karaoke. Sekali lagi penulis ulangi pendirian yang pernah dinyatakan sebelum ini. Kalau DD… tidak memegang jawapan TNC HEPA dan berkuasa memutuskan dasar di UPSI, tentu sekali penulis tidak akan mengulas isu peribadi beliau.
Penulis sama sekali tidak akan memperdulikan pusat karaoke mana yang DD… kunjungi, kerana itu adalah hak peribadi beliau. Cuma apabila DD… orang yang berkuasa di UPSI, penulis terpaksa menyebutnya kerana dua sebab. Sebab pertama setiap kali DD… mengunjungi pusat karaoke dia telah membazirkan beberapa banyak duit universiti. Bayangkan satu malam beliau berkunjung ke pusat karaoke dengan menggunakan pemandu universiti. Penulis dikhabarkan seawal-awalnya pukul 12 malam dan boleh berlanjutan sampai jam 3 pagi baru DD... meninggalkan pusat karaoke. Pembaca boleh mengira berapa banyak elaun lebih masa yang perlu dibayar kepada pemandu universiti yang bertugas menunggu kepulanagan DD…
Dalam hal ini, penulis benar-benar kagum dengan pendirian semua pemandu universiti yang tidak sanggup bersekongkong dengan DD… kerana mereka tahu tuntutan elaun yang dibuat ketika menunggu DD… berkaraoke bukanlah urusan rasmi universiti. Sekali lagi saya menyeru kepada Unit Audit Dalam untuk menyiasat perkara ini, kerana penulis dikhabarkan semua pemandu yang membawa DD… mempunyai dua catatan berbeza. Catatan pertama adalah dalam buku log kenderaan universiti dan catatan kedua adalah di dalam buku catatan peribadi yang mencatatkan tempat sebenar yang dikunjungi oleh DD… Mungkin sebahagian daripada salah laku ini telah dilaporkan oleh pengerusi Persatuan Pekerja Am Universiti kepada pendaftar tempoh hari.
Penulis juga terpaksa mengulas isu ini kerana perasaan malu kepada masyarakat setempat hasil daripada kegilaan DD… untuk berkaraoke tanpa rasa segan dan malu. Kalaulah tidak malu pada Allah, malulah pada manusia yang menilainya sebagai seorang yang menerajui pembangunan kerohanian pelajar di UPSI. Benarlah peringatan Rasulullah saw: “Apabila diserahkan sesuatu urusan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah kehancurannya”. Penulis masih ingat betapa malunya warga UPSI apabila keghairahan berhibur pada era 2005-2007 menjadi isu yang dikhutbahkan di Mimbar Masjid Jamek, Tanjong Malim. Apakan tidak, program hiburan yang dianjurkan di UPSI tidak lagi memperdulikan waktu azan dan waktu orang sedang berwirid. Wahai saudaraku warga UPSI, sanggupkah kalian untuk sekali lagi dikhutbahkan di mimbar yang sama?
Sekurang-kurangnya penulisan ini akan menjelaskan kepada masyarakat di luar sana bahawa tidak semua pelajar dan kakitangan UPSI yang gilakan hiburan. Masih ramai lagi jiwa-jiwa yang cintakan benaran di UPSI yang bertuah ini. Juga masih wujud insan-insan yang cintakan Islam dikala wujudnya sekelompok manusia yang ingin bersihkan Islam di UPSI ini.
Jika orang lain berkaraoke menghabiskan duit sendiri, tetapi DD… berkaraoke menghabiskan duit universiti, itulah hebatnya DD… nak dibandingkan dengan orang lain. Dan itulah bezanya antara karaoke DD… dan karaoke juaknya yang lain. Nantikan siri seterusnya dengan tajuk pendekatan DD… bagi memastikan calon tajaanya memenangi pemilihan MPP.
March 23, 2012
Siri 16: Apabila DD… tiba-tiba Berubah Niat
Oleh sebab DD… tidak mempunyai apa-apa matlamat dan pelan dalam aspek pembangunan pelajar di UPSI, maka masanya banyak dihabiskan untuk membina keria politik peribadinya, dan bakinya dihabiskan di pusat-pusat karaoke. Jadi tidak hairanlah apabila semua pengetua dan felo dibawa berkunjung ke rumah Dato’ Mustafa Muhammad di Kelantan tempoh hari. Terbaru Dato’ Pa dijemput berkunjung ke UPSI. Tetapi orang seperti Dato’ Pa tak mudah tertipu dengan tipudaya DD… Akhirnya DD… begitu kecewa dengan pendirian Dato’ Pa sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan yang tidak akan menyenaraikan nama sebagai calon BN di Kelantan walaupun DD… bagaikan nak gila berkempen ke sana ke mari. Kekecewaan DD… terhadap Dato’ Pa terungkap dalam kata-katanya di hadapan beberapa orang pelajar “Kalau Dato’ Pa nak jadi baik tak payah jadi menteri” sambungnya lagi “Semua menteri yang aku kenal semuanya aku dah bagi makan “luar dan dalam” semasa aku berada di Indonesia”. Jika benar apa yang di ucapkan oleh DD… ianya sebagai sesuatu yang amat memalukan kepada semua pemimpin Negara.
Penulis secara peribadinya mengalu-alukan DD… untuk bertanding dalam pilihanraya yang akan datang, kerana UPSI bukan medan untuk berpolitik dan mencari kepentingan peribadi. UPSI ADALAH INSTITUSI PENDIDIKAN YANG MELAHIRKAN PENDIDIK. Wahai DD… silalah ke Kuala Krai kerana masyarakat Kelantan menunggu kehadiran anda untuk dikorbankan di sana.
Dengan perkembangan yang mutakhir ini, DD… sudah berubah niat bahawa targetnya bukan lagi untuk bertanding sebagai calon pilihan raya ke 13, tetapi untuk mendapat jawatan no 1 di UPSI. Maka khabar itu telah menggemparkan seluruh “Jajahan Selama”, betapa risaunya warga UPSI andai benar khabar ini menjadi kenyataan. Tunggulah kehancuran yang akan menimpa UPSI. Pesan penulis kepada semua pembaca “jangan sampai nasi menjadi bubur, buat lah apa sahaja yang termampu, sekurang-kurang berdoa agar orang sepeti DD… tidak dilantik menjadi orang no 1 di UPSI.
Dalam keadaan DD… tidak berkuasa sebagai no 1 pun, pihak bendahari dan unit audit dalam penat melayan kerenah DD… yang kerap kali tidak memperdulikan peraturan kewangan dan pentadbiran untuk memenuhi hobinya berhibur di UPSI.
