Tanjong Malim,
26 April – Kes kematian seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI) yang dilaporkan akibat
terjatuh dari tingkat 5 bangunan E-learning di kampus itu beberapa hari lalu harus
diambil iktibar Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEP&A)
UPSI, Datuk Dr. Junaidi Abu Bakar, menurut Persatuan Alumni UPSI.
Dalam satu
kenyataan, Setiausaha Penaja Persatuan tersebut mendakwa, ramai mahasiswa UPSI
mengadu kepada pihak alumni kes tersebut sepatutnya menjadi tamparan kepada
Junaidi apabila beliau sering menjadi penghalang bagi menganjurkan
program-program agama di kalangan mahasiswa.
Sebagai contoh
katanya, pada semester lalu, Rakan Penggerak Ad-Din (RPA) yang menjadi nadi
kepada program-program agama berbentuk perbincangan usrah di kalangan mahasiswa
sering dihalang dan terpaksa melalui pelbagai pemantauan bagi mengekang program
ini dijalankan.
Tambahnya
lagi, tindakan tersebut telah melemahkan usaha murni mahasiswa untuk membantu
aktiviti dakwah pelajar selain menjadi platform mahasiswa berkongsi pengetahuan
agama.
Mengulas berkaitan
peranan persatuan yang mahu ditubuhkan, beliau berkata persatuan akan
melaksanakan beberapa langkah dalam membantu mahasiswa dari segenap sudut
selain menjadi suara ketiga dalam perjalanan pentadbiran UPSI.
No comments:
Post a Comment