December 29, 2009

UPSIkini terus buka ruang pendapat

Tanjong Malim, 28 Disember – Selepas lebih setahun beroperasi sebagai blog informasi warga UPSI, UPSIkini terus membuka ruang kepada pembaca untuk menyampaikan pandangan dan pendapat mereka melalui ruangan pendapat yang sudah diwujudkan.

Pendekatan memberi ruang kepada pembaca untuk menyampaikan pendapat mereka melalui artikel-artikel yang dikirimkan merupakan salah satu pembaharuan yang dibuat UPSIkini demi menyuburkan ruang intelektual dan demokrasi pelajar dalam menyatakan pandangan mengenai isu politik kampus, sosial pelajar , ekonomi, isu semasa kampus, dan lain-lain.

Menurut Ketua Editor UPSIkini, Mr. Teller, langkah ini diambil selepas melihat perkembangan yang positif di kalangan pembaca dengan kiriman-kiriman pendapat yang dihantar kepada UPSIkini sejak akhir-akhir ini.

“Kita terus menerima banyak pendapat di kalangan pembaca dan dengan adanya ruangan pendapat ini kita boleh ketengahkan pendapat-pendapat mereka untuk tatapan pembaca yang lain seterusnya menyuburkan ruang perbincangan yang lebih luas untuk kebaikan bersama”, jelasnya.

UPSIkini menyambut ulang tahun pertama penubuhannya 10 Oktober lalu selepas setahun beroperasi mengalu-alukan sebarang pendapat mahasiswa. Sebarang pendapat boleh di e-mailkan kepada upsikini@gmail.com.

1 comment:

Anonymous said...

PUTRAJAYA: Graduan lepasan sarjana muda pendidikan dari universiti tempatan hanya akan ditempatkan di sekolah seluruh negara berdasarkan kekosongan dan pengkhususan yang diambil graduan berkenaan.

Ia selari dengan langkah kementerian setiap tahun yang menetapkan unjuran tertentu bagi melatih guru yang akan bertugas di sekolah dikendalikan kementerian di 27 Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata kebanyakan guru yang dilatih di institut pengajian tinggi awam (IPTA) melebihi keperluan kerana mereka biasanya memilih sendiri pengkhususan atau bidang tanpa mengambil kira keperluan pasaran.

“Jadi tidak semestinya kita boleh menerima semua mereka bagi mengajar di sekolah dikendalikan kementerian, mungkin mereka boleh memohon untuk mengajar di sekolah swasta.