Tanjong Malim, 31 Dis - Mahasiswa pendidikan UPSI,mempertikaikan kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi mengenai lantikan guru lepasan ijazah pendidikan mengikut kekosongan yang dinyatakan di dalam akhbar hari ini.
Beliau hari ini menyatakan, Institut Pendidikan Guru (IPG) melatih guru-guru bagi memenuhi keperluan Kementerian Pelajaran berbanding IPTA yang kebanyakkannya bertujuan memenuhi permintaan sektor swasta.
Katanya , "keutamaan bagi penempatan sekolah akan diberikan kepada lulusan Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah (KPLI) dan graduan IPTA ditempatkan jika terdapat kekosongan dan bergantung kepada bidang pengkhususan."
Menurut Presiden Persatuan Mahasiswa Sains UPSI, Nik Azrul Nik Kamaruddin ketika ditemui berkata, tidak sepatutnya sebagai seorang Timbalan Menteri apatah lagi di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengeluarkan kenyataan seolah-olah mahasiswa pendidikan di IPTA lain seperti anak tiri kepada KPM.
"Sebagai mahasiswa pendidikan di IPTA, saya tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau kerana IPTA juga melatih bakal guru yang kompeten dan mampu memenuhi keperluan Kementerian Pelajaran terutama di masa hadapan.
"Jika beliau berpendapat kursus pendidikan di IPTA kebanyakannya bertujuan memenuhi permintaan sektor swasta, saya menyarankan agar kursus pendidikan yang ditawarkan di semua IPTA dikurangkan pengambilannya atau tutup sahaja kursus pendidikan di IPTA,” katanya lagi.
Bagi penempatan sekolah pula, saudari Nur Aqilah Hanis, Exco Akademik dan Kerjaya MPP UPSI berpendapat bahawa sepatutnya Kementerian Pelajaran perlu lebih mengutamakan kualiti bakal guru tanpa mengira sama ada mereka berada di bawah KPM atau KPT.
"Untuk penempatan di sekolah, saya mempersoalkan mengapa perlu diberikan keutamaan kepada IPG berbanding IPTA. Saya berpendapat sepatutnya KPM melihat kualiti yang ada dalam diri seseorang bakal guru tersebut tanpa mengira sama ada mereka keluaran IPG mahupun IPTA,” katanya ketika dihubungi oleh wartawan upsikini.
Dalam hal berkaitan, Dr. Mohd Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran mengeluarkan kenyataan mengenai lantikan guru lepasan ijazah pendidikan mengikut kekosongan menimbulkan keraguan mahasiswa pendidikan IPTA mengenai status penempatan mereka.

7 comments:
tak dapat den nolongnye.....
ha2...akhirnya terselah kerajaan lbih suka menghabiskan duit kepada projek berbillion ringgit yang membazir daripada membayar gaji guru yang mengajar anak bangsa...
haha...inilah menteri kita..
pangkah lagi..pangkah ler...
1 malaysia beb..IPG didahulukan..upsi di anak tirikan...
tolonglah kepada pihak yang berkenaan dapatkan kepastian sebetulnya...kalau betul tiada penempatan kami boleh merancang dengan lebih awal.Kalau IPTA tidak diperlukan untuk melatih bakal-bakal guru, lebih baik tutup saja dari merugikan banyak pihak seperti ibubapa yang menaruh harapan, ptptn/biasiswa yang mengeluarkan belanja dan kakitangan universiti yang terlibat.
'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'...camner tu kalau kerajaan macam x kisah jer dengan penempatan bakal-bakal gur ni.
rakyat didahulukan ke belakang, pencapaian diri di utamakan ke hadapan.
confirm aku pakat ramai-ramai pangkah Pakatan Rakyat PRU akan datang ni kalau isu ni xleh selesai! Kitorang dah boleh mengundi.jgn lupa pak menteri!
Post a Comment