Tanjong Malim, 22 Disember – Daripada 233 yang ditawar hanya 146 pelajar mendaftar bagi ambilan Disember Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Pendaftaran yang dijalankan Kolej Za'ba semalam mencatat jumlah pendaftaran yang rendah berbanding Disember tahun lepas.
Pendaftaran pelajar Disember kali ini mencatat jumlah rendah berbanding tahun lepas iaitu 146 mendaftar dimana 103 darinya Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) dan 43 terdiri dari guru tajaan JAIS bukan sepenuh masa. Dalam pada itu, kesemua pelajar baru hanya ditempatkan di dua kolej sahaja iaitu Kolej Aminuddin Baki dan Za’ba.
Semalam, pengambilan pelajar bagi Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) telah berjalan dengan lancar dan tiada kesesakan yang berlaku. Sementara itu , bermula semalam, pelajar baru sedang menjalani minggu suai kenal universiti.
7 comments:
awalnya blogger datang upsi. hehe. Maklumla dah sebulan xupdate nya kan. ok la tu. apapun selamat kembali ke upsi.
Teruskan bersama UPSIKINI dan selamat kembali juga.
yang tulis ni pun sebenarnya xtau ape2 tentang kemasukan pelajar baru.setakat amek data je..dah la..manusia hipokrit!!
maklumat yg pasal pendaftaran tue minta kaji balik la...
jgn berikan maklumat yg xbtol..
auta semata2..
aku nak betulkan pasal guru jais tu ..untuk pengetahuan kitaorang guru jais ni mana ada jais taja belajar guna kos sendiri lah ...nama saja kerjasama upsi - jais..duit kami sendiri tau
Assalamualaikum semua..kami guru Jais siapa kata Jais tanggung kos..kami belajar di upsi guna duit kami sendiri ..tidak ada mana mana pihak tanggung kos pengajian kami di upsi..kami guna duit sendiri saja..Upsi hanya beri kerjasama dengan pihak Jais saja cuma Pihak Jais saja yang inginkan namanya tersohor kata hantar guru nya sambung pengajian di UPSI.
sehingga minggu lepas pelajar ISMP Jais yang mendaftar meningkat mencecah lebih 70 orang. apa2 pun selamat maju jaya semua.
Post a Comment