November 10, 2008

“Kita bukan sekadar mahu menang”- Pro Kebajikan

Pertemuan Pro Kebajikan bersama penyokong mereka petang semalam meleraikan segala rasa tidak puas hati yang terbuku di kalangan penyokong. Pertemuan yang diadakan membuka ruang dialog antara penyokong dan pemimpin Pro Kebajikan. Dalam pertemuan tersebut, Pro Kebajikan mencapai satu kata sepakat untuk mengajak semua penyokong mereka bersama-sama membantu dalam mengisi kemenangan yang telah dicapai.
“Perjuangan Pro Kebajikan bukan hanya mahu menang malah kita akan berusaha mengisi kemenangan ini agar matlamat kita tercapai. Perjuangan kita bukan sekadar mahu menang,”jelas salah seorang wakil yang berucap.
Salah seorang penyokong yang ditemui, Abdullah, mengatakan bahawa mereka sebagai penyokong akan tetap bersama pemimpin Pro Kebajikan dan bersedia membantu untuk mengisi kemenangan yang dicapai.
“Kami sebagai penyokong memang tetap bersama mereka dan akan membantu dalam mengisi kemenangan ini,”jelas beliau.
Menurutnya lagi,”Kekecewaan itu tetap dirasai namun kami yakin kekecewaan itu pasti akan terubat sekiranya matlamat untuk mengisi kemenangan ini tercapai”.
Pro Kebajikan turut memberi jaminan untuk mempertimbang dan menganalisa beberapa cadangan yang dikemukakan oleh penyokong mereka bagi memastikan manifesto mereka terlaksana.

11 comments:

Anonymous said...

bagus le kalo cam tu..skang ni time tunaikan t/jwb..lupa kn ap tu prokebajikan n lupakan ap tu prokualiti..sbb skang ni korang tu MPP(Majlis Perwakilan Pelajar). xkisah le korang dr puak yg mana.. tp jgn abaikan hak pelajar..paham

Anonymous said...

ek... hehehehehe... apa la penulis blog ni... asyik tanya prokebajikan jer... g lah inteview prokualiti plk... mcm berat sebelah plk blog ni... ke ni blog prokebajikan.... kui3.. ptt la berunsur mengutuk jer... huhuhuhu... pergi la interview prokualiti plk... dgr plk apa mereka ckp... baru adil dan saksama... ni tk... apa la.... klu betul nk perjuangkan... tnya kedua2 belah pihak k.... jawap la sapa nk jawap...

Anonymous said...

aku tengok bilik mpp dh start bukak..tp x nmpk pun mpp kebajikan dlm tu..maybe turun padang kot y masalah pelajar.yg nmpk mpp kualiti jew..itu pun berapa kerat jew..huhuhu..mn korang dak2 mpp...kalo duk opis pun malas..pe lagi nk turn padang..jgn ckp jew lebih..ayuh buktikan

Anonymous said...

hahahha, x abih2 ngan jual crite bodoh pro kebajikan, pndapat sanalah, sinila, da lapok la...
anda telah memperbodohkan organisasi anda....

Nazre aka Abu Fahmi Al-Banjari said...

Satu model pemikiran yang bernas, saya harap pemimpin yang memperjuangkan kebajikan mahasiswa akan berjuang kerana faham bahawa segala gerak-kerja mereka nanti adalah ibadah kepada Allah dan akan sentiasa di pantau oleh "kiraman katibin".

Anonymous said...

pengecut la anonymous..ntah2 ko konco2 pro kualiti..podahhh...

Anonymous said...

Salam,
Blog diwujudkan dengan tujuan memberi perspektif berbeza, memberi ruang menilai dan menerima dengan pertimbangan intelek. Sewajarnya pengunjung berani menggunakan nama sendiri atau nama samaran bukan anu apa entah. Bila bercakap hal kemahiran komunikasi dalam kepimpinan, maka berhujahlah secara bitara supaya dipandang tinggi untuk menjadi mahasiswa yang mampu memimpin masyarakat bukan setakat baling batu sembunyi tangan. jadilah mahasiswa yang mampu menjadi penyemak dan pegimbang kepada Pro Kualiti dan HEP.

Anonymous said...

hehehe..tu la..
Dulu MPP kualiti sll jer disebut dalam blog cintaupsi(blog kaki2 fitnah)..
tp skrg blog cintaupsi dh xde.dh lupus. serang2 lari..
ntah lari kemana blog cintaupsi tuh..xkan la skrg nie MPP kualiti nk menagih simpati blog upsikini plak. ikut suka penulis blog la nk tulis ape. mcm gak berita harian dan utusan. selalu dop heboh2kan dasar kerajaan. dasar pembangkang plak selau dikutuk di caci..
hah..ada faham?? +=)

Anonymous said...

aku rasa korang ni dh parah dh ni... klu dh taksub sgt ngan politik 2 xyah la jadi cikgu... g la daftar nama u jd calon kat luar nun... jd la kerajaan ka @ pembangkang... 2,2 pun xkisah... g la temberang apa2 pun... tp jgn la buat kat profesion perguruan ni... tlg la jd pendidik y profesional... nanti org kata produk dari UPSI xlayak jd cikgu, tp layak jd ahli POLITIK y kuat temberang n fitnah menfitnah org... korang ni xtau malu ka... y dh lepas 2 biar la lepas... knp la gila sgt kat pangkat dunia ni... xkira la kenajikan ka kualiti... sama ja 2,2 tu... klu dh pegang amanah tunaikan jgn nk bebalah plk... nanti MPP kemana hak PELAJAR pun tah kemana... tlg la ya... udah2 la 2... buat2 la bedamai... xdanya istilah kerajaan n pembangkang kat UPSI ni... semua bakal CIKGU... OK... =)

Anonymous said...

ahli parlimen n ADUN bpe ramai yg ckg sblm ni???

kat smbn ade sorg ckg KH aku dh jadi ADUN..

klu ye pun,buke la minda si anonymous yg pondan..jgn la smp annoying org len sbb keJUMUDan dan keJAHILan kamu..

ok???anwar ibrahim,Parthiban,dorg ckg gak b4 msuk dunia politik..

Anonymous said...

politik nie bagus kalau dibincangkan tanpa emosi dan fitnah..
bukan sahaja boleh menajamkan fikiran malah boleh memberi idea2 yg bernas dalam memajukan sesebuah organisasi. yg orang xsuka nie adelah kesan daripada 'pembasuhan' yg dilakukan oleh org yg tidak bertanggungjawab. Katanya tugas pelajar di unuversiti hanya belajar jer.. Jgn amik tahu pasal politik. Bila pelajar dh dipasak ngan pikiran mcm nie kesannaya berapa ramai plaja yg x turun mengundi hr tu...MEMALUKAN...XDE KESEDARAN