Kabinet MPP yang dibentuk baru-baru ini masih belum sah menurut seorang sumber yang melaporkan kepada Upsikini pagi tadi. Kabinet MPP yang diwar-warkan merupakan cadangan dan belum mendapat sebarang pengesahan daripada pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA). Ini berikutan senarai kabinet yang menyenaraikan Hairie sebagai Yang Dipertua belum dimaklumkan kepada Timbalan Naib Canselor HEP & A untuk dipanjangkan kepada Naib Canselor sebelum watikah perlantikan dikeluarkan. Sumber turut melaporkan pihak HEP akan meneliti kabinet tersebut sebelum disahkan dan dalam tempoh 14 hari ini, sebarang kemungkinan boleh berlaku.
Upsikini yang mengajukan berita ini kepada pihak Pro Kebajikan menyatakan bahawa mereka bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan tersebut dan akan terus menuntut beberapa kerusi MT bagi pihak mereka.
Tempoh pembentukan kabinet akan berakhir pada 5 November ini selepas 14 hari selepas keputusan PRK diumumkan secara rasmi pada 22 Oktober yang lalu.
November 1, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
ak sokong akmal...
Ya Allah.. kalo betul akmal seorg pemimpin yg baik dan dapat memimpin ke jalan Mu..jadikanlah dia seorg ketua kepimpinan di UPSI as YDP..
kalo betul dia tidak ader kekutan ke arah itu..ko tunjuklah dia jalan MU..
semoga dia kuat dalam menghadapi dugaan dunia..semoga ISlam terus megah di UPSI dan Dunia amnya..
Amin...
Post a Comment