November 19, 2008

Isu ‘lelaki lembut’ kecoh dalam forum Upsi Portal

Isu lelaki lembut sememangnya menjadi bualan panas di kalangan mahasiswa di sini meskipun kerap dibangkitkan. Terbaru isu ini sekali lagi kecoh diperkatakan apabila menjadi tajuk perdebatan hangat di kalangan mahasiswa di dalam forum Upsi Portal. Dalam perbincangan melalui ruang forum tersebut, pelbagai pendapat dan kritikan diutarakan. Antara pandangan yang menarik perhatian adalah bagaimana “lelaki lembut” yang semakin menjadi-jadi di kalangan mahasiswa di sini boleh terlepas daripada ujian Medsi yang dilalui oleh mereka sebelum diterima masuk ke UPSI. Pandangan lain yang diutarakan adalah berkenaan kesesuaian mereka untuk memegang tanggungjawab sebagai guru apabila ditempatkan di sekolah pada masa akan datang. Isu yang mula dibincang melalui forum tersebut sejak 3 November lalu kini mencatat lebih 300 respon daripada mahasiswa yang member pandangan masing-masing.

11 comments:

Anonymous said...

auw..mak sentap nok u all wat juga buletinnih..biarlah we all kat UPSI ni begini, yang penting we all jaga tatasusila dan agama...motip nak menyentap..tapi yelah...benda2 tak berfaedahni harus disanggah...

Nasihat we all,
Biar lebut tapi jangan menggedik,
Biar jiwa ni suka kepada kaum sejenis, jangan sekali2 mencintainya,'cuba berjihad..kelak Allah bukakan pintu hati...
Kerana apa? kelak kita bakal menjadi muallim yang mendidik anak bangsa..INSy

p/s : we all antara lelaki2 lembut UPSI yang vogue dan aktif serta dikagumi, namun we all maintain cover dan jaga keimanan...

haha happy holiday suma...x sangka blog ni juga alert dengan isu nih...

مَعهَدين الُمعلمْ said...

hehehe..
kepada semua lelaki lembut. aku tahu korg bukan mintak utk jadi mcm tu. xsalah korg berada dalam bidang perguruan tp mybe x sesuai didalam beberapa aspek. kami tahu korg mmg kreatif dan rajin mngikut ape yg aku tgk la..
hehehe...

Yg penting korg bleh gunakan kelebihan yg korg ada tu untuk mengembangkan Islam. Lelaki lembut harus dibela tetapi lelaki yang cube menukar jantina harus ditentang habis-habisan..

p/s: cube elakkan untuk menyukai kaum sejenis sebab tu adalah perkara yang boleh membawa kepada Laknat Allah..

Anonymous said...

ermm...
mak pon sentap nokk...
xper la nok..
nak wat camner..
da ALLAH bg kita jadi mcm ni..
tp xpenah sekali lupakan tuhan dan abaikan tanggungjawab kepadaNYA..

kpa yg wat blog ni hah..
mak daokan berjaya dunia akhirat...
maklumlah..
mak tgk kat blog ni byk citer berat sbelah...fitnah bersepah..
pastu citer palsu lagi hah..mak xnak komen aper laaa..tp ble nak open citer ni..mak kene bersuara laa....


kepada MPP KEBAJIKAN...Mak nak jmpa u all maser bengkel teater...
xsabar mak nak "ambik kesempatan"...
xtahan nok....


k laa..
mak nak g solat isyak jap ni...
jgn luper berjemaah dan tunaikan solat..
"solat tiang agama"


assalamualaikum...

bye...
~~~daa~~

Anonymous said...

Pondan memalukan bangsa

Anonymous said...

pondan ni mmg x wujud masa ujian Medsi.tapi lepas minggu suai kenal, dorang terjumpa makhluk2 seperti Bekas YDP MPP Raimi, Bekas bendahari MPP Izwan Izwali, Bekas2 exco MPP spt Faiz,Izwan (shrek)dan lain2 lagi..semuanya gay n pondan. Panggil nama org pun kakak..bodoh..
So, junior2 yg baru masuk ni join la dorang sekali..

Anonymous said...

dalam perlembagaan negara tak disebut jenis kesalahan jika seseorang rakyat itu berperibadi lembut mahupun beliau dilahirkan lelaki.

dalam konteks agama juga, tak ada salahnya seseorang itu dilahirkan sebagai khunsa.

dalam kanta sains juga sudah haq dinyatakan yang kelahiran jantina yang tidak tetap bukanlah satu polemik atau kecelaruan dna.

semua prasangka bruk, bias, tidak bertamadun seperti ini hanyalah lahir apabila kita menyembunyikan hakikat dimana bukan hanya wujud lelaki dan wanita sahaja di dunia ini, malah sesungguhnya, khunsa juga memenuhi alam dunia ini sama sperti kalian dan juga saya yang diklasifikasikan sebagai normal.

namun sedihnya, kebenaran hakikat yang saya unjurkan diatas tidak dapat diterima bai koleh kebanykakan manusia lantaran kaum kaum khunsa@pondan ini hadir dalam jumlah monoriti. maka secara marxisma-nya, minoriti akan selalu ditindas oleh majoriti.

ini semua perkara duniawi yang telah lama bertakung di lembah kesedihan dunia kita ini.

sebagai pendidik dewasa kelak,
cuba kalian terus-terusan menanya diri kalian bahawa apakah kalian semua mahu menghamburkan kata kata kesat sperti contoh yang diambil dari ruang komen ini juga yang pada saya super-biadap " Pondan memalukan bangsa" oleh saudara anonymous padaNovember 23, 2008 5:46 PM?

apakah audara yang melabelkan sesuatu golongan itu sebagai satu trend yang memalukan sesuatu kabilah atau bangsa ini yang kita mahu garapkan pada generasi yang akan dtang?

apakah malaysia akan selamanya bertopengkan unsur humanisasi dan keharmonian yang pada dasarnya tonggak pendidiknya membatalkan hak hak manusia lain hanya kerana terdapat golongan golongan yang tidak mewarnakan hidup mereka speerti anda?

saya bukan mahu bertindak seperti nabi yang snetiasa betul, mahupun seperti konfucius yang cuba menyedarkan manusia dengan sekelumit patah perkataan.
akan tetapi, saya amat amat berharap agar suadara saudari dapat menjadikan apa yang terjadi ini sebagai iktibar dan tidak menjatuhkan apa apa hukuman kepada "pondan pondan" ini, kerana di mata Pencipta, mereka ini tetap akan dilimpahkan pahala dan dosa sama sperti kita.

in short... we are damn equal.

my advice...
keep ur negativity within yourself, and let others do their business as they please.

kerana, dalam kata kasarnya,
depa belajar bukan mak bapak hangpa yang tanggung.

salam///

Anonymous said...

sesungguhnya apa yg dijadikan oleh Allah itu adalah sebaik-baik kejadian...so jgnlah kita mengubahnya...yang betul-betul dilahirkan lembut itu tdk mengapalah..tetapi yang menjadi masalah adalah yang sengaja melahirkan jiwa lembut.. belakang parang lagikan diasah lagi tajam..bakat x da tetapi kalau dah minat..di cuba lama- lama jadi jugak... pape pun sebagai bakal pendidik sememangnya kita tidak mahu dikatakan menyampaikan ilmu songsang kepada anak2 murid kita ...so fikir2 kn lh..sesungguhnya yg baik itu datang dari Allah dan yg buruk itu datang dari kesilapan diri kita sendiri..jadilh insan yg sejati..kalau dh lelaki jadilah lelaki yg sejati..bukan lelaki yg menyerupai perempuan..wassalam.

farid said...

SETIAP ORANG ADA UJIANNYA..tapi dalam menhadapi ujian mesti ada jalan penyelesaian. bukan camni caranya jika mahu menegur "lelaki lembut" dengan kata-kata kasar. Mereka pun makhluk ALLAH dan berikan mereka peluang untuk kembali ke pangkal jalan. Saya percaya bukan dorang minta dijadikan camtu atau dipengaruhi suasana camtu cuma kita sebagai hamba ALLAH juga perlu memberi komitmen dalam mengajak dorang kembali ke jalan ALLAH. Kita bukan ditempat mereka, maka kita tidak rasa apa yang dilalui. Kepada "lelaki lembut" - saya percaya jauh di hati anda tersimpan perasaan ingin menjadi lelaki sejati, cuma masa dan keadaan belum tiba.Sabar y :) Apepun banyakkan berdoa sebab ALLAH Maha Pengampun dan Maha Pengasih...Sebarang pertanyaan bolehlah terus ke email-l.renzo@rocketmail.com

farid said...

Asalamualaikum dan selamat sejahtera..saya tertarik untuk memberi sedikit pandangan tentang isu ini. Saya kurang setuju dengan pendapat beberapa orang dengan penggunaan bahasa-bahasa kasar dalam menggambarkan "lelaki lembut" ni.Ini adalah kerana mereka juga makhluk ALLAH. Mungkin ada yang tergelincir daripada ajaran ISlam tapi itu tanggungjawab kita memimpin mereka kembali ke jalan ALLAH. Jangan sesekali menghukum atau menjustifikasi mereka, sbb yang layak menghukumnya hanya ALLAH. Kita sebagai lelaki yang harus memberi tunjuk ajar dengan baik dan bukan dengan penggunaan bahasa-bahasa kasar. Dan kepada "lelaki lembut" jangan sesekali menidakkan hukum ALLAH. Jika ianya mmg semulajadi disebabkan hormon berlebihan ataupun membesar dalam persekitaran yang dikelilingi perempuan, cuba mengubah menjadi lelaki sedikit demi sedikt. Saya percaya bukan semua nak jadi "lelaki lembut" sbb jauh d hati ada yang nak jadi lelaki sejati.Dalam ayat al Quran Allah berfirman dalam surat QS. Ar-Ra'du (13):11-Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum jika bukan kaum itu sendiri yang merubahnya..sebarang pertanyaan emailkan kepada- l.renzo@rocketmail.com

farid said...

Asalamualaikum dan selamat sejahtera..saya tertarik untuk memberi sedikit pandangan tentang isu ini. Saya kurang setuju dengan pendapat beberapa orang dengan penggunaan bahasa-bahasa kasar dalam menggambarkan "lelaki lembut" ni.Ini adalah kerana mereka juga makhluk ALLAH. Mungkin ada yang tergelincir daripada ajaran ISlam tapi itu tanggungjawab kita memimpin mereka kembali ke jalan ALLAH. Jangan sesekali menghukum atau menjustifikasi mereka, sbb yang layak menghukumnya hanya ALLAH. Kita sebagai lelaki yang harus memberi tunjuk ajar dengan baik dan bukan dengan penggunaan bahasa-bahasa kasar. Dan kepada "lelaki lembut" jangan sesekali menidakkan hukum ALLAH. Jika ianya mmg semulajadi disebabkan hormon berlebihan ataupun membesar dalam persekitaran yang dikelilingi perempuan, cuba mengubah menjadi lelaki sedikit demi sedikt. Saya percaya bukan semua nak jadi "lelaki lembut" sbb jauh d hati ada yang nak jadi lelaki sejati.Dalam ayat al Quran Allah berfirman dalam surat QS. Ar-Ra'du (13):11-Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum jika bukan kaum itu sendiri yang merubahnya..sebarang pertanyaan emailkan kepada- l.renzo@rocketmail.com

Anonymous said...

salam, saya nak bagi pendapat sikit..saya merupakan guru 'lembut' yang dihasilkan dari maktab(KPLI). Saya agak kurang setuju dengan cadangan menyekat golongan ini menceburi bidang perguruan. Mungkin mereka tak tahu keadaan sebenar semasa di sekolah. Walaupun fizikal kami lembut itu tak bermakna kami bukan seorang guru yg dedikasi, rajin, komited dan bertanggungjawab. Saya sendiri telah diberikan tugas2 penting semasa berada di sekolah contohnya su PIBG, Guru Data, Audit Dalam, Ketua Panitia malahan jurulatih bowling. Semua guru-guru disekolah tidak memandang kami guru lembut sebagai kelemahan namun mereka bangga kami datang ke sekolah. Bila saya datang ke sekolah saya mengambilalih kelab drama, dan berjaya meningkatkan nama sekolah apabila 3 tahun berturut naib johan drama bahasa inggeris peringkat daerah. Saya juga sering diambil sebagai pengacara nmajlis di sekolah. Kami mampu melakukan semua kerja termasuklah kerja di padang. Saya boleh mengcangkul dan buat line padang. Sape kata kami tak mampu. Untuk orang2 yang memadang prejudis orang mcam kami ini, tolongla buang sikap macam tu kerana anda tidak berada di dalam situasi sebenar....sekian