Tanjung Malim, 17- Proses penamaan calon PRK UPSI mencatat sejarah apabila seramai 59 calon telah menghantar borang percalonan. Keseluruhan kerusi yang dipertandingkan pada sidang ini adalah 29 iaitu berlaku pertambahan sebanyak 4 kerusi.
Bagi calon umum, 5 kerusi dipertandingkan, manakala percalonan yang diterima sebelum bantahan adalah serami 18 orang. Rata-rata kerusi fakuti yang hanya memperuntukkan 2 kerusi menerima pencalonan lebih daripada 3 calon.
Semasa proses penamaan calon pada pagi tadi, Adam Adli merupakan calon Legasi Mahasiswa Prograsif tidak mendapat pengesahan daripada Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi. Berikutan itu, beliau sah dinafikan hak bertanding. Katanya “ saya berasa amat kesal diatas tindakan yang dilakukan oleh pihak SPMPPUPSI kali ini kerana tidak membenarkan saya bertanding dengan beralasan status saya dalam perbicaraan tatatertib universiti, kata beliau."
Semasa tempoh bantahan dibuka, empat calon telah dibantah oleh pihak aspirasi. Calon tersebut terdiri daripada dua calon Mahasiswa Pendidik dan dua daripada Legasi Mahasiswa Progresif. Dalam masa yang sama kelihatan beberapa pendokong dan penyokong MP dan LMP berada di sekitar ruang legar bangunan Bitarasiswa bagi memberi sokongan kepada calon MP dan LMP. Mereka kelihatan tidak berpuas hati tindakan oleh pihak lawan dan akan membuat rayuan bagi mendapatkan kelulusan bertanding.
Dalam pada itu, menurut Zahar merangkap Koordinator MP yang juga merupakan calon umum menyatakan, “saya berpendapat, ini merupakan satu usaha bagi menyekat kumpulan kami daripada bertanding. Ini merupakan satu serangan yang hebat bagi kami dan kami MP dan LMP akan terus teguh bekerjasama bagi menghadapi isu ini dengan baik," ujarnya.
