September 24, 2012

'Raja Dangdut' guna jentera UMNO dalam PRK UPSI


Tanjong Malim, 21 Sept – Dato’ Paduka Dr Junaidi Abu Bakar , TNCHEP UPSI yang juga terkenal dengan panggilan DDj dikatakan menggunakan khidmat pemuda UMNO sebagai jentera Pro-Aspirasi dalam pilihanraya kali ini.

DDj yang kali pertama beraksi sebagai peneraju di UPSI akan menggunakan segala kuasa yang ada padanya untuk memastikan calon Aspirasi menyapu bersih kerusi MPP akan datang.

DDJ bersama jentera Aspirasi dan
Ketua Wanita UMNO dalam satu
program khas
DDj juga sanggup menggunakan taktir kotor sehingga sanggup mengeluarkan perkataan ‘semua halal untuk kemenangan’. Sikap DDj yang terlalu angkuh akan dibayar dengan sokongan dan undi mahasiswa dalam PRK nanti.

Rekod DDj yang rapat dengan pemimpin UMNO yang korup harus dijadikan sandaran perilakunya. Tambah pula gambar ‘jogetnya’ juga pernah didedahkan sebelum ini yang menyebabkan warga staff UPSI huru-hara.

Mahasiswa harus bijak menilai pemimpin yang akan mereka ikuti kerana setiap undi adalah saham kita. Kumpulan Aspirasi @ We Love UPSI adalah naungan DDj yang harus disingkirkan dalam PRK kali ini. Teruskan Perjuangan Mahasiswa.

Husnil akan perjuangkan kebajikan mahasiswa


Tanjong Malim, 24 Sept. – Calon Umum, saudari Husnil Khatimah Hussin berjanji akan berusaha sedaya mungkin untuk berjuang meletakkan kebajikan mahasiswa sebagai perkara utama apabila dipilih menjadi salah seorang penyandang kerusi kabinet MPP.
 
Dalam siri rapat umum yang dilalui, beliau kelihatan begitu yakin menyampaikan manifestonya kepada rakan mahasiswa lain yang akan membuang undi pada 25hb nanti.

“saya akan menjadi medium pengantara di antara mahasiswa dengan pihak pentadbiran untuk menyelesaikan masalah yang timbul kepada mahasiswa, katanya.”

Beliau merupakan satu-satunya calon Pro-M perempuan yang layak bertanding kerana seorang lagi calon Siti Nur Syuhada telah dibatalkan pencalonan semasa proses penamaan calon baru-baru ini.

Pertembungan pentas kempen antara Pro-M dan Pro Aspirasi meyaksikan gelombang kuning dan merah bagaikan minyak dan air yang tidak boleh bersatu kerana dasar perjuangan yang dibawa jauh berbeza.

Malam ini merupakan saat akhir bagi semua calon memikat hati mahasiswa yang akan membuat pengundian pada hari selasa (esok).



PRK UPSI nyawa Junaidi


Tanjong Malim, 24 Sept. – Keputusan pilihanraya kampus UPSI esok akan menjadi kayu ukur kepada bakal calon ahli parlimen Kuala Krai, Kelantan dalam pilihanraya umum ke-13 nanti, ikon Dangdut Junaidi Abu Bakar (TNCHEP).

Oleh kerana itu, ramai penganalisis politik melihat tindakan Junaidi mencantas enam orang calon Pro-M adalah sebagai perkara yang sudah dijangka. Junaidi sanggup melakukan apa sahaja asalkan Aspirasi dapat menguasai kabinet MPP.

Dalam maklumat berkaitan, Mahasiswa Pendidik diingatkan supaya terus perkemaskan jentera terutama pada hari pembunagan undi nanti. Maklumat awal yang diterima, Junaidi sekali lagi akan menggunakan taktik kotor untuk memanipulasi e-voting pada hari tersebut.

Melalui maklumat risikan yang diperolehi, Junaidi akan memenangkan semua calonnya dengan menyapu bersih 29 kerusi untuk membolehkannnya menjadi winable candidates di mata Pak Najib.

September 23, 2012

PRK: Lebih 100 mahasiswa dihalang kempen dikolej


Tanjong Malim, 23 Sept - Sekumpulan mahasiswa yang mewakili calon yang bertanding dalam PRK dilaporkan dihalang oleh pihak Kolej Aminuddin Baki (KAB) dan Kolej Za'ba ( KZ) dari memasuki kawasan kolej dan berkempen bagi calon mereka.

Tindakan tersebut dikatakan berlaku apabila lebih 100  mahasiswa berarak untuk memasuki kolej berkenaan bagi menjelaskan isu ketidakadilan dan 'double standard' pihak Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar pada kali ini.

Menurut sumber, pihak kolej telah menutup pintu pagar atas arahan Pengetua dan tidak membenarkan  kumpulan mahasiswa ini masuk berkempen.

Selain itu, mantan Bendahari Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUPSI), Fauzi Mando, turut dihalang dari memasuki kolej. Dia dilaporkan telah mengkritik pihak pentadbiran atas sikap tidak profesional dan 'double standard' tersebut. 

Katanya ''mengapa kami yang mempunyai kad matik dihalang masuk ke dalam kolej sedangkan ramai yang berada di kawasan kolej tidak mempunyai kad matrik pelajar. Kami ada bukti dan kami akan tuntut'.

Tindakan tersebut didakwa menjelaskan lagi sikap 'pilih kasih' dan 'double standard' pihak pentadbiran kolej dibawah pantauan TNCHEP, Dato Paduka Dr Junaidi Abu Bakar dalam menguruskan pilihan raya kampus.

Dalam hal berkaitan, sekumpulan mahasiswa sedang berkumpul di Bangunan E-learning sebelum berarak ke Canselori untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Suruhanjaya Pemilihan MPP 2012. 

Mahasiswa Pendidik hantar memorandum bantahan esok


Tanjong Malim, 23 Sept. – Mahasiswa Pendidik dilaporkan akan menyerahkan memorandum kepada Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai bantahan terhadap keraguan yang berlaku dalam proses penamaan calon pada 21 Sept. lalu.

Mereka dilaporkan akan menyerahkan memorandum tersebut kepada Sekretariat Pemilihan MPP yang bertanggungjawab menyelia sepanjang tempoh kempen berlangsung seperti termaktub di dalam peraturan kempen, Bahagian VI Perkara 25(1).

Memorandum tersebut diberi tempoh 12 jam oleh mereka supaya Naib Canselor, Ybhg. Prof. Dato’ Dr. Zakaria Kasa menjawab tuntutan berkenaan sebelum tindakan selanjutnya dilakukan.

Terdapat empat tuntutan yang terkandung di dalam memorandom tersebut adalah seperti berikut;

  1. Bersihkan Pilihanraya Kampus UPSI.
  2. Membersihkan Kredibiliti Suruhanjaya Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar 2012.
  3. Menuntut Proses Penamaan Calon Diadakan Semula.
  4. Menolak Campurtangan Dalaman dalam Pilihanraya Kampus

Dalam pada itu, Koordinator Mahasiswa Pendidik, Shahrul Hazri ketika dihubungi telah mengesahkan bahawa mereka akan menghantar memorandum pagi esok sebagai reaksi kepada ketidakadilan yang berlaku dalam proses penamaan calon sebelum ini.

“Kami akan menghantar memorandum kepada Ybhg. Dato’ Naib Canselor dan kita menunggu respon 12 jam daripada beliau, katanya.”

“Saya berharap Naib Canselor dapat memberikan kerjasama yang baik kepada kami supaya masalah ini dapat diselesaikan dengan cara baik, tambahnya lagi.”

Dalam hal berkaitan, mereka dijadualkan akan menyerahkan memorandum tersebut sekitar jam 9.30 pagi esok. 

September 22, 2012

Mahasiswa Pendidik isytihar 'perang'


Tanjong Malim, 22 Sept – Mahasiswa Pendidik hari ini mengisytiharkan 'perang' menghadapi  Pilihan Raya Kampus (PRK) disebabkan wujud kezaliman melampau dalam proses penamaan calon semalam.

Koordinator MP, Shahrul Hazri
Koordinator Mahasiswa Pendidik (MP), Shahrul Hazri menyatakan pihaknya tidak rela dengan perbuatan tersebut dan akan berusaha untuk mendapatkan hak mereka.

“Saya berjanji akan lakukan usaha yang termampu agar nasib kami terbela dek kelicikan musuh yang menggunakan kuasa 'ghaib' dan  berdepan dengan kami, katanya."

Ketika ditanya apakah perancangan MP selepas ini, beliau menjawab ‘permainan baru sahaja bermula, dan kami telah bersedia.’

“Kita akan gunakan pentas pidato untuk menerangkan kepada mahasiswa agar mereka mengetahui perkara sebenar yang berlaku, ujarnya lagi.”

Dalam hal berkaitan, calon  Pro-Aspirasi dilaporkan turut menerima bantahan menipu maklumat diborang  pencalonan yang mempunyai jawatan yang sama, dalam program yang sama, tetapi orangnya berlainan.

Namun mereka tidak digugurkan pencalonan. Ini adalah penipuan yang ketara yang sepatutnya dibasmi oleh jawatankuasa pemilihan. Tetapi bantahan tersebut diketepikan begitu sahaja.

MP buat laporan polis


Tanjong Malim , 22 Sept - Mahasiswa Pendidik (MP) hari ini membuat laporan polis berhubung  isu pembatalan 6 calon mahasiswa dari menyertai PRK kali ini. Laporan tersebut dibuat apabila 6 mahasiswa telah dinafikaan pencalonan oleh pihak Jawatankuasa Pemilihan MPP atas sebab teknikal yang tiada dalam syarat wajib pemilihan.

Menurut sumber, kumpulan Mahasiswa Pendidik dikatakan meragui proses pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)  pada kali ini kerana wujud unsur penyelewengan dan penipuan. 

Salah seorang daripada calon yang dinafikan pencalonan, Mohd Shukri berkata “setelah pihak kami meneliti dari sudut perundangan dan pengurusan, kita yakin dan percaya penolakan  enam calon untuk tidak dibenarkan bertanding mempunyai unsur penyelewengan, salah guna kuasa dan sabataj dari pihak HEP kepada pihak mereka”.

Selain itu, pihak Pro-Aspirasi  dilihat ketandusan calon kerana ramai calon dari pihak mereka terdiri daripada pelajar diploma. Ura-ura menyatakan salah seorang daripada calon Pro-Aspirasi ingin bersama dengan Mahasiswa Pendidik.

Dalam pada itu, sekitar jam 1.00 tenghari kelihatan poster-poster calon mula dinaikkan oleh wakil-wakil calon dan penyokong khususnya Mahasiswa Pendidik. Sementara poster kumpulan Pro-Aspirasi masih lagi tidak digantung. 

Mahasiswa Pendidik mulakan siri kempen


Tanjung Malim, 22 Sept : Mahasiswa Pendidik telah memulakan siri kempen yang pertama pada malam tadi. Selesai proses penamanaan calon yang memakan masa sehingga 8.30 malam memperlihat enam percalon daripada Mahasiswa Pendidik dibatalkan. Sehubungan dengan itu, masih lagi tinggal empat calon yang masih lagi sah untuk bertanding pada Pilihan Raya Kampus (PRK) kali ini, manakala seorang calon Mahasiswa Pendidik menang tanpa bertanding.

Rapat umum bagi siri kempen PRK kali ini bermula di kafe KUO (kampus baru), kelihatan  barisan calon Mahasiswa Pendidik  yang memberi  ucapan pada malam tadi. Dalam ucapan dihadapan kira-kira 70 orang pengokong MP, calon Mahasiswa Pendidik antaranya Shahrul Hazri, Maghfur Ibrahim (calon umum) dan Muhammad Syafiq (calon FBK) masing-masing memberi penerangan berkenaan dengan proses penamaan calon yang penuh dengan penyelewengan dan tidak mengikut undang-undang yang ditetapkan.

Semetara itu, melihat kepada pekembangan semasa laman sosial KSMP, dijangkan Mahasiswa Pendidik akan memulakan siri menggantung poster berdekatan pintu timur. Pihak MP dimaklumkan oleh pihak HEP poster akan dikeluarkan sekitar jam 10 bagi calon yang bertanding.


Mantan MPP: Borang tanpa manifesto layak bertanding

Tanjong Malim, 21 Sept -  Mantan Exco Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sesi 2011/2012 , Herwana  Herman menyatakan bahawa pilihan raya kampus (PRK) pada tahun 2011 tiada calon yang dibatalkan pencalonan disebabkan tidak mengisi ruangan manifesto pada borang.

Katanya menerusi Facebook  'Pilihan Raya Kampus tahun lalu ada 7 borang kosong tanpa manifesto semua (layak) bertanding, 4 berjaya menjadi MPP UPSI  2011/2012, 3 kecundang (dalam pemilihan).

Berbeza sada sesi pemilihan kali ini, 6 mahasiswa dinafikan pencalonan disebabkan tidak mengisi ruangan manifesto sedangkan perkara tersebut dikatakan tidak termasuk dalam syarat pemilihan. 

Dalam hal berkaitan, tinjauan UPSIkini mendapati rata-rata mahasiswa menganggap bahawa tindakan menafikan pencalonan 6 mahasiswa atas sebab teknikal kecil tersebut sebagai cubaan pihak tertentu untuk mematikan demokrasi kampus.

September 21, 2012

Zahar: 'Sejarah PRK paling buruk'


Tanjong Malim, 21 Sept - Mantan Koordinator Mahasiswa Pendidik yang juga merupakan Exco MPP sesi 2011/2012, Mohamad Zahar (gambar) mendakwa bahawa pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti  Pendidikan Sultan Idris(UPSI) pada kali ini adalah yang terburuk dan paling tidak demokratik

Katanya, sepanjang berada di UPSI, inilah sejarah politik kampus terburuk yang berlaku di UPSI apabila 6 calon ditolak kerana kesilapan teknikal yang terlalu remeh dan tiada dalam peraturan pencalonan.

Ujarnya, pembatalan pencalonan tersebut jelas mempunyai agenda tersembunyi dan mempunyai unsur manipulasi yang jelas untuk membatalkan pencalonan mahasiswa dari mencabar calon Pro-Aspirasi UPSI sekali gus memenangkan calon Pro-Aspirasi.

Sebelum ini, kesilapan teknikal yang lebih berat masih diberi peluang oleh Jawatankuasa Pemilihan kepada calon bertanding untuk meneruskan proses pemilihan bagi menghidupkan dan memeriahkan demokrasi kampus sekaligus melahirkan kepimpinan berkualiti.

Katanya, 'saya amat meragui kewibawaan Jawatankuasa Pemilihan pada kali ini atas keputusan membatalkan 6 calon Mahasiswa Pendidik atas sebab teknikal yang sangat kecil.'

Dalam hal berkaitan, 6 calon Mahasiswa Pendidik dinafikan pencalonan pada hari ini hanya kerana tidak mengisi ruangan maklumat manifesto di borang pencalonan.


PRK: 6 mahasiswa dinafikan pencalonan

Tanjong Malim, 21 Sept - Pilihanraya kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini menyaksikan 6 mahasiswa dinafikan pencalonan bagi merebut kerusi Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2012/2013.

Daripada 37 borang pencalonan yang diterima, terdapat 8 bantahan dibuat oleh beberapa kumpulan yang terlibat. Manakala 6 daripada bantahan tersebut telah  diterima oleh Jawatankuasa Rayuan dan Bantahan, Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UPSI.

Menurut sumber yang diterima UPSIkini, bantahan diterima disebabkan kesilapan tidak mengisi borang pencalonan dengan lengkap. Namun, wujud dakwaan mahasiswa bahawa pembatalan pencalonan tersebut tidak munasabah dan dimanipulasi oleh pihak tertentu untuk menafikan pencalonan. 

Dalam hal berkaitan , kesemua bantahan tersebut dikatakan melibatkan calon dari kumpulan Mahasiswa Pendidik.




Mahasiswa Pendidik anjur Solat Hajat Perdana malam ini


Tanjong Malim, 21 Sept – Mahasiswa Pendidik akan menganjurkan solat hajat perdana sempena pilihanraya kampus yang bakal berlangsung dalam minggu ini.

Laman facebook rasminya mengeluarkan hebahan program tersebut yang akan dilakukan di Masjid Induk Kampus Sultan Azlan Shah yang akan bermula pada pukul 6.30 petang.

Seluruh mahasiswa yang beragama Islam dijemput untuk mengimarahkan lagi program tersebut supaya perjalanan pilihanraya kali ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan kesulitan.

Sebagai umat Islam, kita harus yakin dengan pertolongan Allah dan doa adalah senjata bagi orang mukmin. Sebarang ketentuan adalah milik Allah yang disandarkan dengan usaha dan tawakkal daripada kita sebagai khalifah di muka bumi ini
.
Oleh itu, kepada kumpulan Aspirasi juga dijemput untuk sama-sama turun bermunajat kepada Allah supaya setiap tindakan kita terbimbing dengan rahmat Allah dan tidak berlandaskan nafsu semata-mata.

Pihak Media Upsikini juga berdoa dan berharap supaya semuanya berada didalam keredhaan Allah.

Terkini di lokasi penamaan calon


Tanjong Malim, 21 Sept – Proses penamaan calon pilihanraya kampus UPSI berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan dan provokasi daripada kedua-dua kumpulan.

8.45 pagi : Kelihatan sekumpulan mahasiswa yang memakai tema baju kuning berkumpul di ruang bangunan     e-learning

8.50 pagi : Calon-calon MP yang ingin menghantar borang pencalonan kelihatan tiba dengan berpakaian kemas

9.00 pagi : mereka mula berarak menuju ke bangunan bitara siswa dimana tempat berlangsungnya proses penamaan calon. Kedengaran laungan keramat ‘Hidup Mahasiswa’ dan ‘Bangkit Mahasiswa’ daripada gerombolan yang berarak.

9.15 pagi : Calon menunggu kedatangan Dekan Fakulti untuk membuat pengesahan borang pencalonan setiap calon yang bakal bertanding.

Unit berita Upsikini masih lagi menunggu maklumat bilangan calon yang akan dihantar Mahasiswa Pendidik bertanding dalam PRK kali ini. Ikuti perkembangan terkini daripada kami.

10.12 pagi : Calon-calon masih berada di dalam dewan bitarasiswa menunggu proses penamaan calon. Para penyokong setia menunggu di luar dewan bagi memberi sokongan moral kepada calon mereka.

Proses penamaan calon dijangka akan ditutup pada pukul 11.00 pagi.


3.30 petang : TNCHEP Dato' Junaidi sedang mengumumkan calon-calon yang layak bertanding. 37 orang diumumkan senarai layak bertanding. Waktu bantahan dibuka.

4.00 petang : Banyak borang rayuan yang dihantar dan Jawatankuasa Rayuan & Bantahan sedang menilai bantahan-bantahan yang telah dihantar.

5.08 petang : Jawatankuasa mengumumkan menerima 8 bantahan. 6 daripadanya adalah disebabkan kesilapan tidak mengisi borang dengan lengkap. Kesemua bantahan tersebut adalah kepada calon Mahasiswa Pendidik.

5.15 petang : Proses rayuan dibuka sehingga jam 5.45 petang.

5.20 petang : Calon Aspirasi kelihatan ceria dengan berjaya membuat bantahan terhadap calon MP

6.00 petang : Calon MP yang menerima bantahan dipanggil mengadap jawatankuasa seorang silih berganti. Calon MP kelihatan tenang keluar daripada bilik jawatankuasa rayuan.

6.40 petang : Semua calon dan penyokong masih sabar menunggu keputusan rayuan dikeluarkan pihak jawatankuasa.

7.15 petang : Keputusan diumumkan dengan menolak kesemua rayuan daripada calon MP. Sekaligus tidak melayakkan 6 orang calon MP bersaing dalam pilihanraya kampus.

Keputusan jawatankuasa ini amat mengejutkan banyak pihak kerana terdapat unsur sabotaj kepada calon MP kerana kesilapan teknikal tersebut adalah tidak menjadi kemestian bagi setiap calon mengisi manifesto masing-masing.

September 20, 2012

Penamaan calon PRK UPSI esok


Tanjong Malim, 20 Sept – Proses penamaan calon bagi pilihanraya kampus UPSI akan diadakan pada pagi esok bermula jam 9.00 pagi.

Pilihanraya kampus kali ini dijangka sengit daripada musuh tradisi ‘aspirasi’ dan ‘ Mahasiswa Pendidik’. Kedua-dua kumpulan terbabit dilihat telah mula membuat persiapan awal sebelum proses penamaan calon esok.

Kedua-dua kumpulan tersebut mempunyai sejarah pertembungan yang hebat dalam lipatan politik kampus UPSI. Sebelum ini, mereka dilihat mempunyai kekuatan tersendiri untuk meraih sokongan mahasiswa terutamya semasa siri kempen pentas pidato. 

Setakat ini, Upsikini masih belum mendapat maklumat daripada kedua-dua front tersebut berkaitan bilangan calon yang akan dihantar bertanding dalam merebut kerusi Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2012/2013.

September 14, 2012

Mahasiswa Pendidik sangkal dakwaan tidak sertai PRK


Tanjong Malim, 14 Sept – Selang beberapa jam selepas isu Mahasiswa Pendidik tidak akan sertai pilihanraya kali ini, mereka mengeluarkan dakwaan balas melalui laman sosial facebook rasminya.

" Kami akan teruskan perjuangan," respon balas ringkas yang ditulis oleh mereka petang tadi.

Pihak upsikini turut menghubungi wakil Mahasiswa Pendidik untuk mendapat penjelasan berkaitan pendirian MP untuk berdepan dengan PRK yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Namun, mereka masih belum memberi gambaran melainkan hanya memberitahu supaya menunggu kejutan yang akan diumumkan nanti.

“ saya tak boleh nak komen lebih, tunggu je lah nanti,” katanya dengan nada berseloroh.

Untuk rekod, sejak tahun 2008 barisan Mahasiswa Pendidik sentiasa meletakkan calon-calon mereka mengisi kerusi yang dipertandingkan dalam pilihanraya kampus UPSI.

September 13, 2012

Mahasiswa Pendidik (MP) tidak sertai PRK?


Tanjong Malim, 13 Sept – Bahang pilihanraya kampus makin terasa apabila JHEPA telah mengeluarkan notis tarikh pilihanraya yang akan dilakukan pada 25 Sept. nanti.

Dalam pada itu, persiapan daripada ‘kumpulan’ yang akan bertanding juga nampaknya rancak dipromosikan melalui facebook mahupun edaran bahan bercetak.

Namun, terdapat persoalan yang timbul melalui khabar angin bertiup mengatakan Mahasiswa Pendidik tidak akan menyertai pilhanraya pada kali ini.

Pihak upsikini masih berusaha mendapatkan penjelasan daripada pihak Mahasiswa Pendidik namun masih gagal mendapat respon balas berkaitan perkara berkenaan. Jika betul maklumat ini, maka pihak aspirasi sudah pasti bertepuk tangan menyambut kemenangan awal untuk mereka.

May 4, 2012

Siri 19 : Wahai Dato’ Dandut dan Sudaraku di HEPA. Adakah Hatimu Terlalu Keras? Sehingga Tidak Boleh Dilentur Dengan Kematian…



Sekian lama penulis menyepikan diri dalam menulis sambungan siri tentang DD ini. Setelah satu kejadian tragis yang berlaku menyebabkan penulis terpanggil bagi menerangkan beberapa perkara dan berdekatan dengan pesta Konvokasyen pada minggu depan. Kematian adalah peringatan untuk seseorang yang masih mengecap nikmat kehidupan, sedangkan kehidupan adalah medan untuk persedian menuju kematian. Begitulah dua alam yang saling berkait antara satu dengan yang lain, agar manusia sentiasa beringat dan berwaspada dalam kehidupan.

                Tidak susah untuk mencari contoh mereka yang belajar dari kematian, lihatlah apa yang dilakukan oleh DYMM Sultan Perak yang telah mengangguhkan segala majlis keramaian dan penyampaian darjat kebesaran lantaran musibah kematian yang menimpa kerabat baginda. Itulah contoh teuladan untuk diikuti oleh seluruh rakyat jelata di bumi bertuah ini.

                Tetapi malang, contoh yang baik itu tidak langsung diendahkan oleh Dato’ Dandut dan “kaum kerabatnya” di HEPA. Dalam keadaan warga UPSI masih bersedih di atas musibah kematian penuh tragis salah seorang pelajarnya tidak sampai dua minggu. Dalam keadaan kekalutan dan keresahan yang melanda warga UPSI akibat daripada beberapa  cubaan yang sama selepas itu. Aneh sekali kelakuan Dato’ Dandut dan “kerabatnya” di HEPA, rupa-rupanya tidak pernah memperdulikan suasana itu. Lihatlah atur cara pesta konvokesyen yang disediakan oleh HEPA  untuk “menginsafi kematian” itu, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Ya Allah… di manakah iman kita di saat berhadapan dengan keadaan ini? Di manakah maruah kita warga UPSI di mata masyarakat?. Penulis dikhabarkan pihak penganjur pada awalnya telah mengisi ketiga-tiga malam pesta konvokesyen tersebut dengan program konset dan hiburan. Namun, kerana bantahan beberapa individu  tertentu akhirnya pihak penganjur terpaksa menggantikan salah satu daripada malam tersebut dengan forum agama. Aduhai… malangnya nasib program agama dalam era Dato’ Dandut, sekadar menggantikan konsert hiburan, sekadar mengkaburi mata warga UPSI, program agama hanya sekadar menutup program mungkar malam-malam sebelumnya. Wahai saudaraku yang cintakan Islam, tidakkah anda rasa terhina atas perlakuan ini?

Wahai Dato’ Dandut dan saudara warga HEPA, adakah hatimu terlalu keras sehinggakan tidak boleh dilenturkan dengan kematian? atau hatimu sebenarnya telah mati sebelum kematian itu? Sehinggakan kematian itu tidak mampu walau hanya seketika untuk kamu tinggalkan kemungkaran, atau sekurang-kurangnya tidak menjadi penganjur kepada kemungkaran. Wahai saudaraku, jangan biarkan hatimu mati sebelum kematian jasadmu…

Wahai saudaraku Dato’ Naib Canselor, Tidakkah Dato’ mempunyai kuasa untuk mengarahkan kemungkaran itu dihentikan untuk menghormati kematian demi maruah warga UPSI?… Wahai saudaraku yang memiliki sedikit kuasa kurnian Tuhan, tidakkah egkau ingin menjadi penghalang kepada kemungkaran di depan mata, agar ada penyaksian di hadapan Tuhanmu kelak?... Wahai saudaraku kakitangan UPSI, sebarkanlah penulisanku ini kepada sesiapa yang kau fikirkan mampu menjadi  penghalang kemungkaran ini. Wahai saudaraku mahasiswa UPSI, bangkitlah dengan segala kekuatan yang anda miliki, sebagai tanda pengorbanan kepada sahabat yang telah dijemut Ilahi. Jangan biarkan Dato’ Dandut dan “kerabatnya” di HEPA begitu biadap menganjur kemungkaran di saat warga UPSI diselubungi kesedihan dan kepedihan itu.

Wahai saudaraku warga UPSI, andainya kamu tidak mampu menjadi penghalang kepada kemungkaran itu, andai masih ada sedikit iman dihatimu, jangan biarkan kakimu memijak walau sesaat  di pesta malam kemungkaran itu. jangan tunggu musibah kamatian yang tragis itu datang menjemput anak dan saudaramu sendiri, untuk kamu sedar erti sebuah kamatian, agar kamu kenal erti sebuah penghormatan.